Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan tersebarnya video ‘Pass Out Challenge’ di laman media sosial. Dalam video tersebut, seorang individu ditekan pada dadanya oleh seorang individu lain sehingga dia pengsan selama lima saat. Apabila individu tersebut sedar, kita dapat lihat ekspresi keceriaan dia dan hilai tawa orang di sekeliling tanpa menyedari bahaya kematian yang menanti. Semua orang tahu ini kerja gila tetapi apa itu ‘Pass Out Challenge’ sebenarnya?

‘Pass Out Challenge’ bukanlah sesuatu yang baru dalam kalangan remaja. Permainan ini yang dikatakan diperkenalkan pada tahun 90-an di mana ia turut dikenali sebagai ‘Choking Game’ atau ‘Californian Knockout’. Terdapat beberapa kaedah bagaimana ia dimainkan:

i) Si pemain akan duduk bertinggung, ambil nafas dalam-dalam laju-laju selama 45 saat, bangun dengan cepat dan duduk semula, letak ibu jari pada mulut dan tiup sehingga si pemain itu pengsan.

ii) seorang pemain akan meletakkan tekanan pada dada seorang pemain lain sehingga pengsan. Menurut pakar, selain tangan, pemain yang menekan menggunakan lutut untuk menekan dada pemain lain, duduk atau berdiri pada dada orang tersebut.

iii) si pemain akan mencekik dirinya dengan tangan atau tali sehingga mereka merasakan mereka akan pengsan dan longgarkan cekikan atau jerutan bagi mencapai euforia iaitu satu perasaan sangat gembira berikutan kekurangan oksigen dalam otak.

 

Banyak sebab mengapa sesetengah masih mahu bermain ‘Pass Out Challenge’ walaupun banyak laporan menyebut bahaya pada kesihatan pemain dan kematian. Antaranya:

– pengaruh rakan-rakan. Ada sesetengah yang bermain kerana diajak oleh kawan-kawan. Ada juga yang mahu bermain sebagai tanda kemasukan dalam kumpulan mereka atau sekadar suka-suka saja. Dalam sesetengah kes, ada juga dipaksa bermain dan ini memberi petunjuk kepada elemen buli.

– rasa ingin tahu tentang bagaimana rasa apabila pengsan dan pengalaman hampir mati.

– percaya ia boleh mencetuskan rasa euforia walaupun seketika.

– prospek untuk khayal walaupun sekejap. Menurut Steve Field, Pengerusi Kolej Diraja Perubatan Am di London menyatakan kanak-kanak dan remaja memilih permainan ini kerana mereka mahu khayal tanpa sebarang elemen dadah atau bahan mengkhayalkan.

Jika anda nak tahu apa tanda anak-anak, adik-beradik atau saudara-mara terlibat dengan permainan gila ini, sila rujuk gambar di bawah:

Figure 1: Kredit https://nobullying.com/pass-out-challenge/
  • Lebam yang tidak boleh dijelaskan pada bahagian badan terutama pada leher dan dada. Pemain permainan ini akan cuba menutup lebam tersebut sehabis mungkin supaya mereka tak perlu jelaskan bagaimana lebam tersebut muncul.
  • Sakit kepala kuat yang berlaku selama beberapa hari selepas permainan dimainkan di mana ia akan mengganggu penglihatan dan pertimbangan peserta.
  • Lihat mata sama ada merah atau tidak. Mereka akan nampak letih dan tidak bermaya.
  • Tidak sedar akan situasi di sekeliling mereka.

Kebimbangan pakar kesihatan tentang perkara ini bukan perkara baru. Contoh semasa video tersebut tersebar, Ketua Kluster Pembangunan Sosial dan Kesejahteraan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora menyifatkan permainan tersebut boleh membawa maut dan mengundang penyakit strok. Menurut beliau, apabila seseorang itu menekan dada individu lain, ia akan menghentikan fungsi jantung yang menghantar oksigen ke otak, seterusnya mengakibatkan kematian. Beliau turut menambah sekiranya oksigen tidak sampai ke otak dalam tempoh tujuh saat, pemain boleh saja mati.

Selain itu, bila jantung gagal menghantar oksigen ke otak, ini mengakibatkan sel-sel otak mati. Pakar-pakar memberi amaran kuantiti sel yang mati dan lokasi sel yang mati boleh menyebabkan kerosakan pada saraf motor, penglihatan, ucapan dan fungsi otak. Kerosakan sebegini harus dipandang serius terutama kerosakan saraf motor. Ini kerana apabila kerosakan saraf motor berlaku, agak sukar bagi pemain melonggarkan cekikan atau jerutan dan selalunya ia berakhir dengan kematian. Dan ini juga boleh mendatangkan kecederaan serius sekiranya mereka tidak berupaya menggunakan tangan dan kaki mereka untuk menahan mereka dari jatuh. Akibatnya, mereka boleh mendapat kecederaan kepala, muka dan anggota tubuh badan.

Statistik yang dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mendedahkan sejak tahun 1995, 82 kanak-kanak dan remaja antara enam hingga 19 tahun mati di Amerika Syarikat akibat permainan ini. Daripada statistik berkenaan, 86.6% kematian membabitkan lelaki dengan purata umur ialah 13.3 tahun. 95.7% kematian berlaku apabila peserta berseorangan di rumah sementara 92.9% ibu bapa tidak sedar anak mereka terlibat dalam permainan tersebut. Kematian yang direkodkan dari permainan ini berlaku di 31 negeri dan tidak dikumpulkan berdasarkan lokasi, musim, hari atau minggu.

 

Figure 2: Statistik kematian akibat permainan ‘Pass Out Challenge’ oleh pihak CDC. Kredit: https://www.cdc.gov/mmwr/preview/mmwrhtml/mm5706a1.htm

Contoh kes kematian membabitkan ‘Pass Out Challenge’:

  • Tiga pelajar dari sebuah sekolah di New Jersey meninggal dunia akibat bermain permainan tersebut. Mereka ialah Gage Dobson, seorang pelajar Gred Lapan, Sekolah Menengah William Annin pada 28 Februari 2017. Setahun sebelum itu, dua pelajar Sekolah Tinggi Ridge iaitu Kyra O’Dwyer dan Martha Moye mati atas sebab sama pada 9 Disember dan 29 Mac 2016.
  • Da’Vorius Gray, seorang pelajar dari Carolina Selatan dijumpai mati di rumahnya selepas melakukan permainan tersebut.

Marah bukan solusi terbaik bila kita mendapat tahu anak-anak, adik-beradik atau saudara-mara terlibat dengan permainan ini. Pakar-pakar menyediakan beberapa tips tentang aspek solusi:

  • Fahami terlebih dahulu fenomena permainan merbahaya ini.
  • Tidak marah-marah, menjerit atau berleter kerana pendekatan sebegini hanya mencetuskan ketegangan dan kurangnya komunikasi antara ibu bapa/penjaga dengan anak-anak.
  • Bila mahukan maklumat tentang permainan ini, rujuk kepada pihak yang benar-benar arif seperti doktor perubatan dan pakar psikologi.
  • Cari masa yang sesuai untuk bertanya kepada mereka tentang cabaran ini.
  • Tunjukkan kepada anak-anak bahawa ibu bapa/penjaga benar-benar bimbang dan mengambil berat akan kesihatan dan kebajikan mereka.
  • Jika merasakan sokongan yang diberi tidak mencukupi, minta bantuan pihak profesional untuk bantu ibu bapa tangani isu sebegini.
  • Pantau penggunaan media sosial anak-anak.

SUMBER

  1. Powell, Allyson. (2016). WYFF4. Upstate 11-year-old dies playing online ‘pass-out challenge’ game, mother says. http://www.wyff4.com/article/upstate-11-year-old-dies-playing-online-pass-out-challenge-game-mother-says-1/7020883
  2. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). (2008). Unintentional Strangulation Deaths from the “Choking Game” Among Youths Aged 6–19 Years — United States, 1995—2007. https://www.cdc.gov/mmwr/preview/mmwrhtml/mm5706a1.htm
  3. NoBullying.com. (2016). The Real Story About The ‘Pass Out Challenge’. https://nobullying.com/pass-out-challenge/
  4. Sekaran, Kohilah. (2017). Astro Awani. Game mati 5 saat: ‘Mati pun boleh buat main-main?’ – Kecam netizen. http://www.astroawani.com/gaya-hidup/game-mati-5-saat-mati-pun-boleh-buat-main-main-kecam-netizen-157929

 

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply