Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengeluarkan beberapa perkataan baharu dalam bahasa melayu yang selaras dengan pemodenan dan istilah-istilah berkaitan teknologi terkini. Antara perkataan baharu yang dicerakinkan oleh DBP pada tahun lalu ialah swafoto (selfie), tular (viral),  hantaran (posting), pesan hantar (drop ship), tanda pagar (hashtag), sohor kini (trending), iklan acah (teaser) dan makanan cekut (finger food). Pada tahun ini, DBP mengeluarkan lagi beberapa perkataan yang dicerakinkan daripada perkataan-perkataan yang telah wujud dalam bahasa melayu dan dimodenkan dengan perkembangan istilah moden iaitu Tunafoto (Photobomb), Swafoto Maut (Killfie), meridap (nap) dan kata pikat (pickup-line).

Malangnya, perkataan tunafoto yang disenaraikan oleh DBP sebagai gambar foto yang terganggu atau rosak disebabkan suatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto, disalahertikan sebagai Ikan Tuna dan perkataan tersebut juga dijadikan bahan gurauan oleh Page Picisan di Facebook. Sedangkan perkataan tuna dalam bahasa melayu telah lama digunakan dalam karya-karya kesusasteraan melayu lama. Keindahan bahasa melayu melalui sastera lama memang tidak dapat disangkal lagi dan seharusnya kita perlu menyokong kebangkitan semula (revival) perkataan-perkataan melayu klasik ini dalam penggunaan seharian untuk menjadi suatu strata bahasa yang menarik.

Bahasa Melayu bukanlah bahasa picisan, sejak zaman-berzaman bahasa melayu berkembang selari dengan kemajuan dunia dan bahasa melayu pernah menjadi bahasa perhubungan dalam dunia maritim, bahasa pemersatu di antara 14,000 gugusan kepulauan Hindia Timur Belanda dan salah satu bahasa yang digunakan di Kota Suci Mekah Al-Mukarramah. Betapa global dan tingginya nilai sebuah bahasa yang kelima teramai penuturnya di dunia ini.

Bahasa melayu ialah bahasa yang berprestij. Tindakan memperlekehkan dan memberikan dwistandard bahasa kepada bahasa melayu adalah suatu tindakan yang tidak patut. Sejak British menjajah kita, bahasa inggeris diangkat menjadi bahasa rasmi Syarikat Hindia Timur British dan bahasa kedua di Tanah Melayu, bukan bahasa rasmi Tanah Melayu. Untuk perhubungan dengan kerajaan-kerajaan yang sangat banyak di seluruh kepulauan melayu, British dan koloni-koloni Eropah yang lain perlu menulis dalam bahasa melayu dan dibalas dalam bahasa melayu klasik yang tinggi nilai kesusasteraannya. Semasa Perang antara British dan Empayar Perancis (Di Bawah Napoleon), Belanda secara rasminya telah diserap ke dalam Empayar Perancis menyebabkan seluruh kepulauan Hindia Timur Belanda menjadi sebahagian daripada milik Perancis. Kelonggaran Perancis mentadbir Hindia Timur Belanda menyebabkan British dapat menakluki seluruh Kepulauan tersebut dan pada Tahun 1811 dengan menduduki Batavia (Betawi atau Jakarta). Yang paling menghairankan, British menulis Perisytiharan Pendudukan dalam Bahasa Melayu, bukan Bahasa Inggeris, bukan Bahasa Sunda ataupun Bahasa Belanda. Sir Stamford Raffles ketika itu menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa untuk menukilkan perisytiharan tersebut kerana Bahasa Melayu telah menjadi Lingua Franca di Kepulauan Melayu di masa itu.

Seharusnya, kita mempertahankan bahasa kita dan meletakkan ia di suatu takat tertinggi dalam penggunaannya dan sebagai bahasa yang paling mudah berasimilasi dengan bahasa lain. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa terpenting dalam penyebaran Agama Hindu-Buddha semasa trend agama tersebut di seluruh bahagian timur bumi, menerusi trend Selatanisasi yang dipopularkan oleh Tamadun Gupta. Kebanyakan Biksu-biksu Buddha yang merentasi Kepulauan Sriwijaya pasti mempelajari bahasa tempatan (semestinya bahasa melayu) demi mendalami ajaran Buddha kerana ajaran Buddha banyak tertulis dalam bahasa melayu ketika itu.

Bahasa Melayu juga telah berkembang dan mencapai kemuncak prestijnya semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kurun ke-19M, dengan mengharungi zaman klasiknya yang tersendiri. Bahasa Melayu Klasik merupakan sebuah bahasa yang sangat bermutu tinggi. Ia sezaman dengan Era Romantik British dan Era Romantik Melayu ini juga sangat bermutu tinggi dengan kehalusan bahasa dan ketinggian nilai dalam bahasa melayu yang digunakan di zaman itu.

Menurut Encyclopedia.com, Classical Language is: “A prestigious, often ancient language, such as LATIN or SANSKRIT, or a variety of a language, such as classical GREEK. Such a language is usually learned formally, is often a yardstick against which other languages are measured, and may be a norm in terms of which they are described. Classical languages are often contrasted with VERNACULAR languages, in a relationship of ‘high’ to ‘low’. They have traditionally provided models for successor or dependent languages, especially for styles of verse and prose, literary genres, grammatical descriptions, pronouncements on usage, and philosophical and other texts. They have a body of literature, usually preserved in manuscript form and organized into a canon which may be scriptural (as with Sanskrit and Arabic), secular or secularized (as with classical Greek), or a mixture of these (as with Latin). The evaluation is often historical, made by later generations, and in many instances a certain period in the history of such a language has been regarded as a golden age.”

Bahasa Melayu Klasik juga mempunyai nilai kesusasteraan tersendiri yang menarik, ada perbezaan dengan bahasa vernakular melayu, ada keunikan dalam struktur bahasa dan keindahan nilai estetika, malahan zaman keemasan Bahasa Melayu Klasik bukan hanya di zaman Kesultanan Melayu Melaka, malahan semasa kehadiran imperialis barat, karya-karya dalam bahasa melayu klasik terus dihasilkan dan kini lebih 12,000 manuskrip melayu yang dikesan berada di seluruh pelusuk dunia, menanti diterjemahkan dengan meluasnya.

Bahasa Melayu seharusnya dibiarkan mandiri dalam pembelajaran Sains dan Matematik, seperti Bahasa Melayu yang digunakan dalam Kitab-kitab pengajian Agama di Tanah Melayu suatu masa dahulu. Bahan-bahan rujukan Berbahasa Melayu perlu lebih banyak dihasilkan atau diterjemahkan kerana ia dapat memudahkan negara kita memperkembangkan lagi teknologi kita, seperti yang berlaku sepanjang zaman kegemilangan tamadun melayu di zaman pertengahan dahulu. Pada pendapat saya, tindakan memperkecilkan kebolehan Bahasa Melayu dalam Sains dan Teknologi adalah suatu perkara yang amat mendukacitakan. Setelah lebih kurang 10 tahun perlaksanaan PPSMI dan MBMMBI, hari ini kita dapat lihat lahirnya generasi-generasi bukan melayu dan melayu liberal yang mempersendakan bahasa melayu dan memperlekehkan usaha bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Generasi kini mungkin tidak tahu akan betapa sukarnya kita keluar dari saka-saka penjajah apabila Bahasa Melayu masih lagi tidak digunakan sebagai bahasa ilmu di era 60-an. Lalu, Penyata Rahman Talib yang disemak pada Tahun 1961 berjaya mengangkat kembali Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu secara keseluruhan, selaras dengan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Seharusnya, kita mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa berprestij tinggi dan meletakkannya setaraf dengan bahasa dunia lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Arab, Bahasa Perancis dan Bahasa Sepanyol.

Sempena Bulan Bahasa, marilah kita memartabatkan penggunaan bahasa melayu di tahap tertinggi dengan menggunakan istilah Bahasa Melayu yang betul dalam setiap hantaran kita di muka buku, blog, laman sosial yang lain dan penggunaan seharian kita. Jadikan ia suatu amalan. Sesungguhnya Bahasa Melambangkan Bangsa. Rosak Bahasa, rosaklah Bangsa. Sekian dulu, salam sayang dari saya.

Tanda Pagar: #Bahasa Jiwa Bangsa.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nornizam Jamal merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah yang mempunyai minat dalam menulis. Penulisan beliau lebih cenderung kepada Sejarah Melayu, Marcapada Dunia, Isu-isu pendidikan dan Sains

Leave A Reply