Hampir setiap masa akan timbul soalan-soalan tidak intelektual tentang angkasa, terutamanya mengenai pendaratan Bulan. Perkara ini adalah hasil daripada budaya suapan dan kelemahan dari segi penguasaan bahasa Inggeris. Tidak henti-henti mereka mempersoalkan kenapa Amerika Syarikat tidak menghantar sesiapa ke Bulan sedangkan teknologi sudahpun berkembang.

Memang benar prasarana teknologi sudah jauh lebih maju berbanding keadaan 48 tahun lepas. Penerbangan memudahkan perjalanan jauh. Kereta pula sudahpun jauh lebih maju bagi perjalanan dekat. Teknologi berubah setiap saat sebenarnya. Namun, biarpun seratus tahun, manusia masih kekal sama. Sejak azali lagi, manusia mempunyai sifat ingin tahu dan tidak puas. Jika adanya satu lembah emas, manusia akan cuba cari satu lagi akibat nafsu ini.

Lautan yang luas telahpun diredah, meskipun pada asalnya manusia disekat ombak-ombak pantai. Tidak puas dengan tanahair sendiri, manusia mula menjelajahi dan kemudian menakluki negara seberang. Naluri ini tidak akan mati. Cuma tiada negara yang manusia dapat takluki di luar angkasa. Tidak puas dengan Bumi, manusia mula merancang untuk menerokai Bulan dan Marikh. Ada yang menimbang risiko untuk mendarat di Europa pun.

Sama seperti nenek moyang yang telah dimamah zaman, manusia menghadapi dua masalah utama: implikasi dan keupayaan. Masalah implikasi adalah halangan dari segi teknologi. Manusia membina kapal-kapal besi yang besar untuk mengharungi ombak-ombak dahsyat. Dari situ, manusia mempelajari ilmu-ilmu baru untuk diaplikasikan dalam perkara lain. Contohnya, program Apollo telah membuat satu revolusi baru dalam industri penerbangan. Apa yang mereka pelajari dalam sembilan tahun dan AS$115 bilion tidak sewenang-wenangnya habis pada tahun 1973 apabila program Apollo ditamatkan susulan kejayaan besar beberapa misi.

Tetapi manusia tidak dapat mengubah keupayaan. Sekalipun teknologi berkembang pesat, manusia masih lagi perlu makan, minum dan tidur. Manusia juga memerlukan graviti dan tekanan seimbang. Menurut Jay Buckey, seorang doktor serta angkasawan, tubuh badan manusia sudah serasi dengan persekitaran Bumi. Jika manusia berhijrah ke angkasa, sistem imunisasi akan lemah. Jisim otot dan tulang akan mereput sedikit demi sedikit oleh kerana perubahan dari segi imbangan. Sel darah merah pula akan mati, dan angkasawan terdedah pula kepada penyakit anemia.

Luka akan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Dan tidur pula akan terganggu. Tidur adalah satu aktiviti yang dapat mengekalkan kestabilan emosi dan mental bagi angkasawan. Oleh kerana perjalanan yang jauh, makanan teruk dan tempat sempit akan merosakkan emosi. Sebab itulah fiksyen sains akan menggunakan proses stasis seperti Avatar dan Mass Effect. Itu belum lagi dikira dengan kapal meletup di tengah-tengah ‘padang’ angkasa. Ruangan angkasa sebenarnya sangatlah kotor dengan batu-batu asteroid berapungan sambil mengancam nyawa. Batu-batu yang kecil pun bergerak pada kelajuan 27,000 km/j. Saiz satu inci sudahpun mencukupi untuk menembus binaan kapal.

Inilah rintangan-rintangan yang Barat sentiasa akan fikir jalan penyelesaian. Sementara itu, golongan tidak intelektual akan kekal mempertikaikan. Aneh benar hujah golongan anti-Apollo tidak pernah mempersoalkan kenapa manusia masih lagi boleh mati terbakar sedangkan teknologi sudahpun lebih maju.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply