Pengetahuan kita tentang sejarah dan budaya asing lemah, jadi senang dikelentong oleh kapitalis penunggang budaya (“cultural appropriator”).
Salah satu contoh ialah polemik pasal Oktoberfest kebelakangan ini. Politikus sibuk nak buat modal. Ada yang nak tunjuk mereka “holier than thou”, ada yang nak tunjuk mereka “more liberal than thou”.
Tapi semua “missed the point” bahawa “Oktoberfest” yang cuba diadakan hanyalah beer fest yang berlindung disebalik nama Oktoberfest. Kalau nak buat beer fest kenalah deal dengan prosedur dan pihak berkuasa. Itu common sense, tak perlu nak polemikkan soal hak dan kebebasan, atau kononnya “appreciate German culture”.
Sebenarnya mereka know nothing pasal Oktoberfest.
Oktoberfest adalah pesta rakyat (“volksfest”) di kawasan Bavaria (atau Bayern) untuk meraikan hasil tuaian. Ia mempunyai sejarah beratus-ratus tahun, kemudian ia dijadikan sambutan tahunan besar-besaran sempena perkahwinan Putera Mahhkota Ludwig pada tahun 1810 dan diteruskan sehingga kini.
Pada asalnya, “Bavaria is not Germany”. Negara bernama “Germany” hanya wujud bermula tahun 1871. Sebelum 1871, yang ada hanya berpuluh-puluh negeri yang dihuni oleh orang Jerman (“German states”).
Menjelang abad ke-19, sebuah negeri Jerman dari utara bernama Prussia cuba menyatupadukan semua negeri-negeri Jerman menjadi sebuah negara “Germany”. Bavaria tak nak join Germany sebab Bavaria ni negeri Katolik, sedangkan kebanyakan negeri-negeri Jerman tu negeri Protestan. Namun Bavaria akhirnya join disebabkan kalah perang dengan Prussia.
Sentimen pemisahan itu masih ada, cuma tak sekuat Catalonia atau Scotland. Namun Bavaria tetap ada pride dia. Oktoberfest adalah masa untuk orang Bavaria mempamerkan budaya dan identiti tersendiri yang berbeza daripada Jerman yang didominasi oleh Prussia.
Mereka memperkenakan pakaian tradisional (“trachten”) seperti Dirndl dan Lederhosen. Muzik tradisional Bavaria dimainkan. Dan simbol-simbol Bavaria seperti bendera biru-putih dikibarkan. Lambang biru-putih ni boleh nampak kat logo BMW (akronim kepada Bavarian Motor Works) dan logo kelab bola sepak Bayern Munich.
Itulah “Bavarian pride”. Jadi kalau nak kata Oktoberfest sebagai “celebration of German culture” adalah satu insult kepada orang Bavaria. Was zum teufel ist “German F&B Festival”? Just call a spade a spade.
Beer yang dihidang semasa Oktoberfest juga merupakan sumber pendapatan orang Bavaria. Beer mereka bukan sebarang beer tapi “Oktoberfestbier/
Satu-satunya Oktoberfest yang “authentic” di Malaysia ialah Oktoberfest yang dianjurkan oleh Malaysian-German Society (MGS) sejak tahun 1973 di Pulau Pinang. Untuk tahun ini, MGS buat secara bebas alkohol (http://
Yang selainnya lebih kepada Kelentongfest. Penaja utama pun Carlsberg dan Heineken. Apa jadahnya Carlsberg (syarikat Denmark) dan Heineken (syarikat Belanda) nak promote budaya Jerman? Tapi orang kita tak kira, tengok ada “-berg” dan “-ken” je terus ingat Jerman.
Jadi, kalau kamu betul sayangkan budaya Jerman atau lebih tepat budaya Bavaria, baik kamu simpan duit pergi ke Munich menghadiri Oktoberfest yang sebenar untuk menyumbang kepada ekonomi Bavaria. Bukannya memperkayakan kapitalis yang menunggang budaya.
Otherwise, you’re just a cultural appropriator, not a cultural appreciator.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih