Semasa Daulah Uthmaniyah menguasai Tanah Haram, jawatan Imam Besar Masjidil Haram terbuka kepada umat Islam dari seluruh dunia yang benar-benar berkelayakan. Dalam tempoh tersebut, hanya ada tiga orang ulama besar dari Nusantara yang dicatatkan pernah diangkat menjadi Imam Besar Masjidil Haram. Mereka ialah :-

1) Syeikh Junaid Al Batawi

Lahir di perkampungan yang melahirkan ramai ilmuan Betawi iaitu Pekojan, Jakarta Barat. Beliau sangat masyhur di Tanah Arab kerana keilmuannya sehingga diberi gelaran Syaikhul Masyaikh Dikatakan panggilan ‘Siti Rahmah’ oleh orang-orang Arab kepada wanita-wanita Indonesia di Arab Saudi pada hari ini berasal dari nama isteri Syeikh Junaid Al Batawi. Beliau meninggal dunia di Mekah sekitar tahun 1840 an

2) Syeikh Nawawi Al Bantani

Lahir di Kampung Tanara, Serang, Banten pada tahun 1815. Mendapat gelaran Sayyidul Ulama Al Hijjaz (penghulu Ulama Nusantara di Hijjaz). Karyanya yang ditemui adalah sekitar 38 buah dalam pelbagai bidang seperti tafsir, hadith, tauhid, fiqh, tasawwuf & lain2. Beliau meninggal dunia di Mekah pada tahun 1897 dan dikebumikan berhampiran dengan makam isteri Rasulullah SAW, Sayyidatina Khadijah R.ha.

3) Syeikh Ahmad Khatib Al Minankabawi.

Lahir di Koto Tuo, Agam, Sumatera Barat pada tahun 1860. Beliau berguru dengan beberapa orang ulama besar Mekah antaranya mufti Mekah, Syeikh Ahmad Zaini Dahlan. Beliau bukan sahaja pakar dalam bidang agama, malah beliau juga mahir dalam ilmu matematik. Antara karya matematik tulisannya ialah Raudatul Hisab & Alam al-Husab fi Ilm al-Hisab. Beliau meninggal dunia pada tahun 1916 di Mekah.

Gambar : Masjidil Haram tahun 1889


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Leave A Reply