Roy Cleveland Sullivan (7 Februari 1912 – 28 September 1983) merupakan seorang ranjer di Shenandoah National Park, Virginia. Dalam jangka masa 1942 hingga 1977, Sullivan dipanah kilat tujuh kali di masa dan tempat yang berbeza. Atas sebab ini, beliau mendapat nama samaran ‘manusia konduktor kilat’ atau ‘manusia rod kilat’. Sullivan diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai orang yang dipanah petir kali lebih direkodkan daripada mana-mana manusia yang lain. Namun, Sullivan, yang merupakan anak kelahiran Greene County, Virginia pada 7 February 1912, meninggal dunia pada usia 71 akibat luka tembakan di perut. Tembakan ini dilakukan oleh diri beliau sendiri atas sebab cinta yang bertepuk sebelah tangan.

Dalam hidupnya, orang akan mengelakkan diri dari mendekati beliau, kerana bimbang dipanah petir. Situasi ini menyedihkan dirinya. Pada satu ketika, beliau berjalan dengan seorang ketua renjer di situ, beliau dipanah petir secara tiba-tiba. Ketua ranjer itu hanya berkata “Jumpa kamu nanti”.

Panahan kilat pertama yang dicatat oleh Sullivan berlaku pada bulan April 1942. Beliau bersembunyi dari ribut petir di menara tinjau kebakaran. Menara ini baru dibina dan tidak mempunyai rod kilat pada masa itu. Menara itu pernah disambah kilat tujuh atau lapan kali sebelum itu. Ketika panahan kilat di dalam menara ini, dikatakan “api melompat di seluruh tempat”. Sullivan berlari keluar dan hanya beberapa langkah, beliau menerima apa yang dianggap panahan kilat terburuk bagi beliau. Ia menghasilkan satu jalur kesan terbakar, setebal setengah inci di sepanjang kaki kanannya, dan meninggalkan lubang di kasutnya.

Beliau telah dipanah petir sekali lagi pada bulan Julai 1969. Yang peliknya, beliau dipanah petir ketika berada dalam trak, ketika sedang memandu di denai gunung. Kenderaan biasanya akan melindungi badan dari dipanah petik dengan bertindak seperti sangkar Faraday. Kilat itu mulanya memanah sebatang pokok berhampiran dan berpesongkan ke arah tingkap trak yang terbuka. Panahan itu membuatkan Sullivan tidak sedarkan diri dan membakar kening beliau, bulu mata, dan sebahagian besar rambutnya. Trak yang tidak terkawal terus bergerak sehingga ia berhenti berhampiran tepi tebing.

Pada tahun 1970, Sullivan sekali lagi dipanah petih ketika berada di halaman depan rumahnya. Kilat itu memanah sebuah transformer elektrik di tiang elektrik yang berhampiran dan dari sana ia melonjak mengenai bahu kirinya.

Pada tahun 1972, Sullivan sedang bekerja di dalam stesen renjer di Taman Negara Shenandoah apabila panahan petir itu berlaku. Ia telah menyebabkan rambut beliau terbakar. Beliau cuba untuk memadamkan api dengan jaket beliau. Dia kemudian bergegas ke tandas, bertindak cuba duduk di bawah paip air tetapi gagal dan kemudiannya menggunakan tuala basah. Walaupun beliau seorang yang berani, selepas panahan petir keempat ini, beliau mula percaya bahawa ada pihak yang berusaha membunuh beliau. Sullivan kemudianya menjadi seorang yang takut mati. Selama berbulan-bulan, apabila dia terperangkap dalam ribut semasa memandu trak, beliau akan berbongkok di tempat duduk depan sehingga ribut berlalu. Dia juga mula membawa satu tin air bersama beliau dan percaya bahawa dia akan menarik kilat walaupun dia berdiri di dalam kerumunan orang.

Pada 7 Ogos 1973, ketika beliau keluar meronda di hutan, Sullivan melihat awan ribut membentuk dan beliau mula memandu dengan cepat. Tetapi awan itu dikatakan seolah-olah mengejar Sullivan. Sampai ke satu tahap beliau rasa tidak dapat lari, beliau memutuskan adalah lebih selamat untuk meninggalkan trak. Tidak lama selepas itu, beliau telah dipanah kilat. Sullivan menyatakan bahawa dia dapat melihat panahan kilat yang menyerang beliau. Panahan itu menyebabkan rambutnya terbakar, mengalir ke lengan kiri dan kaki kiri dan menembusi kasutnya. Aliran itu kemudian berpindah ke kaki kanannya tepat di bawah lutut. Dalam keadaan sedar, Sullivan merangkak ke trak dan menuang air dari tin yang sentiasa dibawa bersamanya, ke atas kepala beliau yang sedang terbakar.

Pada 5 Jun, 1976, dengan kecederaan pergelangan kaki, beliau melaporkan terlihat sekumpulan awan, dikatakan sedang mengekori beliau. Sullivan cuba melarikan diri, tetapi tetap terkena panahan petir.

Pada pagi Sabtu, 25 Jun, 1977, Sullivan dipanah petir ketika menangkap ikan di sebuah kolam air tawar. Kilat itu mengenai bahagian atas kepalanya, mengalir ke bawah, dan membakar dada dan perutnya. Sullivan melangkah ke arah keretanya. Namun sesuatu yang tidak dijangka berlaku – seekor beruang mendekati kolam dan cuba untuk mencuri ikan trout dari hasil memancing beliau. Dengan sisa kekuatan dan keberanian, Sullivan menyerang beruang itu dengan dahan pokok. Beliau mendakwa bahawa ini adalah kali yang 22 beliau memukul beruang dengan batang kayu dalam hayatnya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply