Sebelum wujudnya media sosial, tentu ada manusia dah pernah bercita-cita untuk tahu apa yang manusia lain fikirkan.

Kemudian, wujudnya media sosial merealisasikan cita-cita itu. Manusia lain rela berkongsi apa yang mereka fikir, tanpa kita menceroboh.

Bukan saja apa yang kita fikir, malah kehidupan sosial sehinggalah pada kehidupan peribadi.

Bagaimana satu hari nanti, manusia sudah rela membuka privasi mereka sendiri kepada umum demi sebuah keselamatan dan keamanan?

The Circle adalah sebuah syarikat yang membina pengawasan (surveillance) yang memerhati setiap gerak-geri manusia walaupun di dalam rumah sendiri.

Kamera diletakkan di setiap pelosok dunia. Bayi yang baru lahir, diletakkan cip pada tulang mereka untuk membanteras culikan.

Mudah cerita, kau tak ada privasi. Dalam filem ini, manusia tak dipaksa, tapi suka rela mendaftarkan diri untuk dilihat.

Sebabnya supaya mereka dalam keadaan selamat dan terlindung. Supaya jenayah tak dilakukan sebab kita diperhati. Orang akan sentiasa menjaga tingkah laku mereka sebab diperhati.

Mae Holland (Emma Watson) kata, “Aku berada dalam keadaan diri aku yang paling teruk pada waktu tiada sesiapa memerhatikan aku.”

Manusia yang tak berdaftar juga seperti diawasi oleh berjuta-juta manusia yang berdaftar. Macam polis ada di mana-mana. Sebab, apa yang manusia lain lihat akan masuk ke penyimpanan data di The Circle.

Dalam undang-undang dan etika, definisi privasi akan mempunyai konflik dengan keselamatan dan keamanan masyarakat.

Kadangkala, keselamatan boleh jadi justifikasi privasi diceroboh dan kehidupan peribadi diawasi. Kalau perkara ini cuma dilakukan ke atas orang-orang tertentu dan berpotensi melakukan jenayah, keadilan akan dipersoalkan.

Dalam The Circle, penjenayah mudah dijumpai, tapi pada masa yang sama ia juga mudah menceroboh privasi orang lain yang tak lakukan jenayah untuk berseorangan tenangkan diri.

Kadangkala pengawasan ini juga akan membataskan autonomi individu. Ini pun bukan benda yang bagus apabila keputusan dan rasionalisasi kita sentiasa diperhatikan oleh orang lain secara terbuka. Ini akan menjatuhkan integriti.

Pada masa yang sama pengawasan ini juga mungkin akan jadi justifikasi untuk mengawal keputusan yang boleh mengakibatkan kesan yang lebih buruk seperti jenayah.

Dalam sudut politik yang dibawa dalam filem ini pun menarik apabila ahli politik diberikan pengawasan juga. Sudut baiknya, orang awam dapat tahu ahli politik ini betul-betul buat kerja (accountability).

Tapi sudut buruknya, tak semua urusan politik orang awam harus tahu kerana tahap kefahamannya boleh menimbulkan kesan yang lebih buruk seperti revolusi yang tak perlu tapi menumpahkan darah.

Tuan rumah mungkin letak kamera dalam rumah dia sendiri untuk menjaga barang-barangnya, bukannya untuk mengintip penyewa apa yang mereka buat.

Ibu bapa mungkin letakkan kamera untuk memastikan bayinya berada dalam keadaan selamat, bukannya nak mengintip apa yang ‘babysitter’ itu buat.

Sangat rekemen!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Leave A Reply