Tahun 2011 tertubuhnya satu unit strategik di Jabatan Perdana Menteri yang diberi tanggungjawab sebagai pemudahcara hal ehwal perniagaan, penggerak pelaburan, perancang polisi, pemangkin pembangunan dan yang paling penting penyelaras utama dalam penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara selaras depan Plan transformasi Negara. Unit strategik itu ialah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)
TERAJU adalah tulang belakang kepada Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Dengan penglibatan 25 unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di semua kementerian, boleh dikatan penyelarasan aktiviti TERAJU disifatkan sebagai menyeluruh. Di samping itu, sokongan yang utuh daripada Jatawankuasa Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.yang diperngerusikan oleh Ketua Setiausaha atau timbalan Ketua Setiausaha di kementerian membolehkan penguatkuasaan 94KPI bumiputera terlaksana dan dalam masa yang sama memperkukuhkan asas keusahawanan dan perniagaan Bumiputera di Malaysia. KPI Bumiputera diberikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif GLIC/GLC.
TERAJU juga memainkan peranan sebagai sekeretariat kepada Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang diperngerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan masa ini diperngerusikan oleh YB Datuk Haji abd Rahman Bin Haj Dahlan, menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Dengan tertutubuhnya Majlis Ekonomi Bumiputera, secara tidak lansung YAB Perdana Menteri memantau pelaksanaan insiatif insiatif Agenda Pemeriksaan Ekonomi Bumipitera secara lebih dekat merentasi kementerian dan GLIC/GLC
Komitment yang diberikan TERAJU amat tinggi untuk memastikan usahawan Bumiputera tetap relevan dan berdaya saing seperti yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri. Walaupun terdapat pelbagai cabaran baru dalam abad ke-21 ini, TERAJU sentiasa melaksanakan program program untuk memperkasakan usahawan Bumiputera.
TERAJU berjaya menyediakan peluang pekerjaan, pembiayaan, pembangunan modal insan, pelaburan swasta dan penciptaan nilai melebihi RM94.31 bilion sehingga September 2016 sahaja. Penglibatan daripada pelbagai kementerian, sektor swasta, agensi agensi kerajaan dan Koridor Ekonomi telah membuatkan insiatif ini terlaksana denga jayanya. TERAJU juga mengadakan kerjasama dan menentukan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dilaksanakan oleh GLIC/GLC melalui Khazanah Nasional Berhad yang menjadi sekretariat kepada Jawatankuasa Putrajaya Bagi Prestasti Tinggi GLC (PCG)
Agihan pembiayaan sebanyak RM 50.5 juta telah diberi kepada 101 pemenang daripada program yang mendorong inovasi usahawan, Skim Usahawan Pemulaan Bumiputera (SUPERB) dengan kerjasama MTDC, Mycreative Ventures, BioTech Corp, KMP, Cradle, MDEC, PUNB, MDV, MAVCAP dan juga TPM.
Semangat TERAJU untuk terus memantapkan pelaburan swasa Bumiputera dapat dilihat apabila 447 projek terlaksana dengan nilai pelaburan keseluruhan RM12.84 bilion dengan hanya Dana Mudahcara yang berjumlah RM2 bilion sahaja. Sehingga saat ini, 399 syarikat Bumiputera mendapat manfaat daripada Dana Mudahcara dan jumlah dana yang diluluskan ialah sebanyak 1.55 billion.
TERAJU juga dalam usaha menyediakan pemangkin masa depan depan ekonomi Bumiputera, insiatif pembangunan modal insan juga telah memperuntukan RM276 Juta bagi menjayakan 5 program iaitu Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) berjumlah RM226 Juta, Pusat kecermelangan Projek Mega dengan kerjasama CIDB sebanyak RM5 Juta, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dengan peruntukan Rm15 Juta, Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) dengan kerjasama SME Corp berjumlah RM 10 juta dan akhir sekali Dana Pemabngunan Usahawan berjumlah RM 20 juta.
Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS), Yayasab Wakaf Malaysia, Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad juga turut bekerjasama dengan TERAJU bagi menghasilkan nilai impak berjumlah RM3.8 bilion melalui program Skim Jejak Jaya Bumioutera (SJJB) dan program Perlupusan Aset GLIC/LC
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih