Mungkin ramai yang menganggap Pasukan atau Rejimen Askar Melayu hanya ditubuhkan pada 1 Mac 1933 atas pembentangan usul oleh Walter Frederick Nutt(seorang ahli tidak rasmi Mesyuarat Majlis Persekutuan) pada 10 Julai dan 26 November 1913, oleh Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhammad Shah ibni Yamtuan Antah pada 4 November 1914, oleh Sultan Perak Sultan Alang Iskandar ibni Sultan Idris Adhzam Shah dan oleh Undang Rembau, Dato’ Abdullah bin Hj Dahan pada 1919. Namun sebenarnya ia telah muncul lebih daripada tarikh-tarikh tersebut dengan tertubuhnya Rejimen Askar Melayu pada 1796.

Pasukan ini tertubuh selepas Belanda menyerah kalah di Colombo, Ceylon (sekarang orang panggil Sri Lanka) dimana trup Melayu ini mengandungi lima kompeni bebas sebagai sebahagian daripada garison tetap. 800 anggota tentera pasukan ini ditempatkan di Colombo dan 200 lagi di Fort of Galle ( atu kubu belanda yang terletak di sebuah tanjung di selatan Sri Lanka kini ).

Semasa menyertai trup ini, mereka telah diarahkan secara personal didalam perbarisan untuk menyerahkan keris mereka yang merupakan senjata peribadi orang Melayu ketika itu. Sejak itu, tiada lagi tentera Melayu yang menggunakan senjata tradisional sebagai senjata peribadi ketika berkhidmat dengan British.

Rejimen Askar Melayu ditubuhkan semula untuk berkhidmat dibawah Syarikat Hindia Timur oleh Gabenor Frederick North bagi memelihara kedudukan mereka dan untuk mengelak daripada mengambil sumber dari kalangan tentera Madras kerana kekurangan anggota di Colombo. Di samping itu, mereka memberi layanan istimewa kepada pemimpin politik Melayu yang berlindung di Ceylon.

Pemerintah pertama rejimen ini ialah Kapten Von Driberg. Sebuah kompeni Boy(putera) ditubuhkan sebagai perintis seperti di Maktab Tentera Diraja kini bagi menghasilkan calon-calon askar terbaik. Selain itu, sebuah pusat rekrut ditubuhkan di Prince of Wales Island (Pulau Pinang) dan Sultan Kedah pernah menghantar rakyatnya menyertai pasukan ini.

Pada 25 April 1801, buat pertama kalinya tentera Melayu ini memakai tanda merah dan putih rejimen tetap infantri. Para pegawai Melayu menjadi antara orang Asia pertama yang mendapat Tauliah Diraja. Manakala, pada 31 Mei 1802 rejimen ini dianugerahkan panji-panji. Hebat bukan!? Jika kita memerhatikan semua ini kita akan terpegun kerana bukan senang nak mendapatkan panji-panji tau.

Antara misi paling penting yang pernah dilakukan rejimen ini adalah Perang Kandy pertama dan kedua iaitu pada 1803 dan 1817. Hampir 300 anggota mati dalam peperangan dan antaranya ialah Kapten Noordin dalam Perang Kandy pertama. Selain itu, pasukan ini diberikan kepercayaan untuk mengawal pemberontakan kecil di Ceylon dan menempatkan detasmen di Hong Kong dan Labuan mulai 1847 dan 1870. Rejimen ini terus maju apabila mula memakai pakaian seragam dan cara berkawad infantri ringan pada 25 Julai 1814. Kemudian pada 1827, rejimen ini bertukar nama kepada Ceylon Rifle Regiment. Akhirnya, pasukan ini mendapat perintah untuk dibubarkan pada 1874.

Lihatlah, hebat tentera Melayu ini rupa-rupanya. Jika kita mulai terlibat dalam misi pengaman PBB bermula di Congo pada 1960, seabad sebelum itu kita sudah mempunyai pasukan hebat yang berkhidmat di beberapa tempat serata Asia. Patutlah,Raja-raja dan para pembesar Melayu bertungkus lumus mahu anak Melayu terlibat dalam dalam tentera dan mempunyai pasukan sendiri kerana sejarah sudah membuktikan kita boleh!.

Ini belum dikira, kehebatan dan keperwiraan orang Melayu dalam medan pertempuran sejak zaman kerajaan Melayu Melaka malahan lebih lama itu lagi.

– Arifz Sukor –

Rujukan:

Wan Hashim Wan Teh, Perang Dunia Ke2, Peranan Askar Melayu Diraja, Dewan Bahasa Pustaka Kuala Lumpur

Husainmiya, Orang Rejimen : The Malay of Ceylon Riffle Regiment, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi

Syed Othman Syed Omar, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Universiti Malaya Kuala Lumpur


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply