1. Sungai Batu ialah bukti tamadun tertua bangsa Melayu. 600 Sebelum Masihi, sezaman dengan Rom dan Yunani. 1100 tahun sebelum kelahiran junjungan besar Rasulullah S.A.W dan juga 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa A.S
2. Sungai Batu ialah bukti hidup bahawa bangsa Melayu ialah bangsa yang sangat bertamadun. Lebih 2500 tahun yang lalu, bangsa Melayu masak besi beb! Bukannya buat jarum, seperti mana yang didakwa oleh segelintir bahawa Melayu Bina Sebatang Jarum Pun Tak Mampu.
3. Besi terbaik dunia datangnya daripada peradaban ini. Sehinggakan terdapat teori dan hipotesis yang mendakwa bahawa besi yang digunakan untuk menempa Pedang Rasulullah adalah datang daripada tamadun ini.
4. Ada sehingga 4-7 buah kapal yang berusia sehingga 2000 tahun yang terdampar di dasar tasik di tengah hutan kelapa sawit. Kapal itu dikatakan sepanjang 70 meter, dan tiang layarnya dapat dilihat dari permukaan. Itu belum dikatakan lagi dengan tapak sungai batu ialah penemuan arkeologi tapak metropolis purba yang paling lengkap di Asia Tenggara. Tak keterlaluan kalau dipanggil bahawa Sungai Batu ialah ‘Mohenjo-Daro dan Harappa Melayu’.
5. Tapak Sungai Batu ini adalah SEZAMAN dengan Taman Tergantung Babylon yang dibina oleh raja agung dari Mesopotamia iaitu Nebuchadnezzar II.
6. Tapak Sungai Batu adalah 400 TAHUN LEBIH TUA daripada Tembok Besar China yang dibina oleh DINASTI QIN dan juga 1600 TAHUN LEBIH TUA daripada TEMBOK BESAR DINASTI MING yang wujud pada hari ini.
7. Tapak Sungai Batu adalah 600 TAHUN LEBIH TUA daripada pembinaan COLLOSSEUM di Rom yang dibina pada 70 Masihi untuk menjadi tempat hiburan rakyat Rom menonton para gladiator bertempur sesama sendiri dan juga haiwan buas seperti harimau dan singa.
8. Tapak Sungai Batu adalah 1773 TAHUN LEBIH TUA daripada MENARA CONDONG PISA yang terkenal di Itali itu.
9. Tapak Sungai Batu adalah 300 TAHUN LEBIH TUA daripada RUMAH API ISKANDARIAH yang pernah menjadi salah satu daripada banggunan tertinggi pada zaman purba yang dibina oleh Dinasti Ptolemy yang memerintah Mesir.
10. Tapak Sungai Batu adalah 2000 TAHUN LEBIH TUA daripada MACHU PICHU yang dibina di Peru oleh TAMADUN INCA.
11. Tapak Sungai Batu adalah 1000 TAHUN LEBIH TUA daripada Hagia Sophia yang dibina oleh Empayar Byzantine lalu dijadikan masjid oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.
12. Tapak Sungai Batu adalah SEZAMAN dengan PIRAMID bangsa Maya yang bernama CHICHEN ITZA yang dibina di pendalaman hutan Amerika Tengah.
13. Tapak Sungai Batu adalah 200 TAHUN LEBIH TUA daripada PETRA di Jordan, sebuah seni bina agung yang dipahat pada tepi gunung oleh bangsa Arab Purba.
14. Tapak Sungai Batu adalah adalah 2200 TAHUN LEBIH TUA daripada TAJ MAHAL yang dibina oleh SHAH JAHAN, yang konon dibina atas lambang cinta sejati.
15. Tapak Sungai Batu adalah 1350 TAHUN LEBIH TUA daripada BORUBUDUR yang dibina oleh DINASTI MELAYU SAILENDRA di PULAU JAWA.
16. Tapak Sungai Batu adalah 1700 TAHUN LEBIH TUA daripada ANGKOR WAT yang berdiri di bumi KEMBOJA hari ini yang dibina oleh Suryavarman II dari Kerajaan ANGKOR.
17. Tapak Sungai Batu adalah 100 TAHUN LEBIH TUA daripada PATUNG ZEUS yang dibina oleh TAMADUN YUNANI.
18. Tapak ini adalah bukti bahawa bangsa Melayu membina peradaban hebat jauh lebih hebat dan tua daripada kebanyakan-kebanyakan penemuan hebat di dunia.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
5 Comments
teruja!
kenapa rakyat malaysia tidak diberi pendedahan tentang kehebatan tanah melayu melalui buku teks sejarah di sekolah?
Harus Bangga dengan Tamadun Silam Bangsa….dan jangan dibanggakan Tamadun Asing….cuma sekadar tahu sahaja….Apapun jangan lalai dengan kehebatan silam dan terus pandang ke depan….
Kenapa tiada usah2 yg dilakukan bgi merancakan lagi kajian di ats tmpt ini?
Jika ada bertanya, apa bukti sungai batu tu tamadun orang melayu? Mungkin sahaja ada bangsa lain yang mendirikannya.