Sebab apa kalau Thailand buat filem pasal sejarah kerajaan-kerajaan lama atau sejarah raja-raja agung mereka pasti gempak, macam filem Suriyothai dan filem King Naresuan tu?
Sebab keluarga diraja mereka memang sayang dan tahu pasal sejarah bangsa mereka! Mereka juga tahu kekuatan dan kelebihan ilmu sejarah sebagai alat untuk mengawal rakyat dan membangkitkan jatidiri rakyat supaya sayangkan keluarga diraja, budaya dan bangsa mereka walaupun ada daripada sejarah mereka adalah dari tokok tambah dan cedokan dari sejarah dan budaya bangsa jiran seperti Melayu, Mon dan Khmer.
Kita boleh tengok dalam keluarga Raja Thailand sekarang, anak perempuan keduanya, Tuan Puteri Somdet Phra Theppharat Rat Suda Chao Fa Maha Chakkri Sirinthon Ratthasima Khunakon Piyachat Sayam Borommaratchakumari*, adalah seorang pensyarah dalam bidang sejarah. Beliau mengajar dan menjadi ketua di Jabatan Sejarah Chulachomklao Royal Military Academy. Beliau juga mempunyai kepakaran membaca teks Sanskrit, Pali dan Khmer serta mempunyai Masters dalam bidang Arkeologi. Beliau juga fasih dalam bahasa China, Perancis, Inggeris malah boleh bertutur dalam bahasa German dan Latin.
Jadi tak pelik kalau keluarga diraja Thai begitu sayangkan budaya dan sejarah bangsa mereka. Malah kebanyakan filem sejarah katanya mendapat bantuan dana dari pihak keluarga diraja itu sendiri. Agaknya kaum kerabat diraja kita macam mana ye? Ada tak yang cakna akan sejarah sebegitu rupa? Mungkin ada cuma saya je yang tak tahu kot. Sekian.
~ASJ~
*Gelaran panjang lebar tuan puteri tersebut penuh dengan istilah Sanskrit dan Pali. Begitu juga dengan gelaran-gelaran Diraja Thai yang lain cthnya Thammarat, Worewongser Ratchaphat dan lain-lain.Tapi tak ada pon orang sibok nak kata yang keluarga diraja Thailand tu asalnya India atau Tamil atau mereka bukan Thai sebab mereka Buddha dan sebagainya. Cube perati betul-betul beberapa perkataan dalam nama puteri itu dan cari mana yang pengaruh Sanskrit.
Tapi peliknya bila ada raja-raja Melayu zaman Hindu-Buddha dulu ada nama dan gelaran berunsur Sanskrit macam Nila Utama, Chandrabanu, Parameswara, Samara Vijayatungga je maka semua raja-raja itu dikata bukan Melayu tapi Indian. Kepale hotok aok me!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih