• Umar bin Abdul Aziz atau digelar Umar II lahir di Hawlan, Mesir pada tanggal 2 November 682 M bersamaan 26 Safar 101 H.

Para ulama berpendapat pada tahun kelahiran Umar Abdul Aziz juga merupakan tahun terjadinya tragedi pembunuhan Hussein bin Ali r.a di Karbala, Iraq serta tahun kewafatan isteri Rasulullah saw iaitu Saiditina Maimunah r.a.

• Pada waktu ini ayahnya, Abdul Aziz bin Marwan menjadi gabenor di Mesir ketika zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan ( saudara Abdul Aziz ).

Ibunya, Laila binti Asim bin Umar al-Khattab merupakan salah seorang cucu perempuan Khalifah Umar al-Khattab r.a.

• Umar telah diberikan pendidikan agama sejak dari kecil lagi oleh Abdul Aziz dengan menghantar Umar ke Madinah untuk berguru ilmu agama dengan al-Dhahhak bin Uthman al-Hizami.

• Antara yang menjadi guru Umar juga ialah:

1. Muhammad bin Ka’ab
2. Maimun bin Mehran.
3. Abdullah bin Umar al-Khattab ( mengajar ilmu hadis ).
4. Sholeh bin Kaisan ( guru utamanya ).
5. Ubaidillah bin Adillah ( mengajar membaca dan menulis ).

• Sebelum dihantar ke kota Madinah, Abdul Aziz pernah meminta pertolongan anaknya, Umar untuk membantunya dalam menguruskan pentadbiran di Mesir. Tetapi Umar yang pada masa itu belum berminat dengan bidang kepimpinan atau pengurusan negara telah memohon kepada ayahnya supaya menghantarnya dahulu menuntut ilmu dengan para tabiin yang masih hidup di Madinah.

• Setelah kewafatan ayahnya pada tahun 709 M, Umar bersama ibu dan adiknya dipanggil oleh Khalifah Abdul Malik untuk datang ke ibukota Dinasti Bani Umayyah iaitu kota Damaskus. Berlalu beberapa tempoh waktu maka Khalifah Abdul Malik mengahwinkan anaknya, Fatimah binti Abdul Malik dengan Umar setelah beliau kagum dengan peribadi dan akhlak yang dimiliki oleh Umar.

• Senarai anak dari hasil perkahwinan Umar dengan Fatimah.

Anak lelaki, iaitu:

1. Abdul Malik.
2. Abdul Aziz.
3. Abdullah.
4. Ibrahim.
5. Ishak.
6. Yaakub.
7. Bakar.
8. Musa.
9. Yazid.
10. Ziyad.

Anak perempuan, iaitu:

11. Aminah.
12. Ummu Ammar.
13. Ummu Abdullah.

Menjadi Gabenor Madinah

• Umar dilantik menjadi gabenor di Madinah ketika zaman pemerintahan sepupunya, Khalifah Walid bin Abdul Malik pada tahun 706 M.

• Umar menjadi hartawan ketika beliau memegang jawatan sebagai gabenor di Madinah sehingga banyak harta miliknya dibahagi kepada golongan yang tidak berkemampuan dan secara tidak langsung menyebabkan penduduk Madinah menyukai pentadbirannya (berita keadilan dan kepimpinannya menyebabkan ramai penduduk dari luar berhijrah dan datang tinggal di Madinah).

• Pada waktu ini juga, al-Hajjaj bin Yusuf yang menjadi gabenor di Iraq. Hajjaj mempunyai sikap yang bengis dan suka menumpahkan darah sesama Muslim menyebabkan ramai penduduk Iraq membencinya lalu mereka keluar beramai-ramai berhijrah menuju ke Madinah.

(al-Hajjaj yang berang dengan perlakuan penduduk Iraq yang meninggalkannya terus mengutus satu surat permohonan kepada Khalifah Walid untuk memecat Umar dari jawatan gabenor Madinah).

Khalifah Walid terpaksa memecat Umar apabila al-Hajjaj mengancamnya untuk melakukan pemberontakan menggulingkan pemerintahan Dinasti Bani Umayyah.

(Walaupun pemecatan Umar dari jawatan gabenor Madinah ditentang oleh seluruh penduduk Madinah tetapi Khalifah Walid tetap dengan keputusannya).

• Imam Malik r.a berkata:

“Umar telah dilucutkan jawatannya sebagai gabenor Madinah pada tahun 93 H. Sewaktu Umar dalam perjalanan keluar dari kota Madinah, beliau menangis sambil berkata kepada pembantunya: “Wahai Muzahm. Aku bimbang dan sedih sekiranya aku ini tergolong di dalam golongan manusia yang keluar (dari Madinah) kerana dibenci oleh penduduk Madinah.”

Menjadi Khalifah 

Tahun 717 M.

• Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik jatuh sakit setelah pulang dari solat Jumaat. Beliau yang berasa kematiannya semakin hampir telah menulis satu surat wasiat untuk mewariskan kepimpinan kepada anak lelakinya, Ayub bin Sulaiman.

Raja bin Haiwah (merupakan pembantu peribadi Khalifah Sulaiman) menasihati Khalifah Sulaiman untuk membatalkan surat wasiat itu dengan alasan anaknya, Ayub masih kecil dan belum baligh. Setelah itu, Khalifah Sulaiman ingin pula menamakan anaknya yang lain iaitu Daud bin Sulaiman sebagai khalifah seterusnya, tetapi keinginan Khalifah Sulaiman ditolak oleh Raja dengan alasan anaknya, Daud hilang di Konstantinopel dan belum ditemui. Saudaranya, Yazid bin Abdul Malik tiada di Syam pada ketika ini sehingga menyebabkan Khalifah Sulaiman menangguhkan wasiatnya ini.

Setelah dua hari memohon petunjuk kepada Tuhan dari solat isthikarahnya, akhirnya Khalifah Sulaiman menunjukkan Umar bin Abdul Aziz sebagai khalifah penggantinya.

Surat wasiat ini ditulis oleh Khalifah Sulaiman sendiri. Raja bin Haiwah bertanggungjawab memegang surat ini dan merahsiakan perlantikan calon khalifah daripada pengetahuan sesiapapun.

• Di antara kandungan surat wasiat ini adalah:

1. Umar bin Abdul Aziz dilantik menjadi khalifah setelah kewafatannya.

2. Yazid bin Abdul Malik menjadi khalifah setelah Umar bin Abdul Aziz.

• Khalifah Sulaiman memerintahkan Ka’ab bin Jabir untuk memanggil ahli keluarganya datang ke istana. Mereka semua datang ke istana dan kedatangan mereka disambut oleh Raja.Lalu Raja pun menyatakan surat ini merupakan surat wasiat calon khalifah seterusnya dan mereka (keluarga Umayyah/Sulaiman) wajib membai’ah calon ini sebagai khalifah yang sah. Semua ahli keluarga Umayyah yang hadir akur dengan segala keputusan yang telah ditetapkan oleh Khalifah Sulaiman.

Umar datang pula menemui Raja dan berkata bahawasanya hubungan beliau dengan Khalifah Sulaiman amat baik dan beliau takut namanya tercalon untuk menjadi khalifah seterusnya. Umar meminta Raja untuk memberitahunya siapakah nama calon khalifah tersebut, tetapi Raja menolak permintaan Umar. Umar pun berlalu pulang dalam keadaan kesal.

Setelah itu, Hisyam bin Abdul Malik pula datang ke istana Khalifah Sulaiman kerana beliau ingin tahu calon khalifah tersebut. Hisyam datang menemui Raja dan menyatakan hasratnya yang ingin mengetahui siapakah calon khalifah yang dinyatakan oleh Khalifah Sulaiman. Raja mengetahui hasrat Hisyam yang menginginkan kuasa sebagai khalifah, menolak permintaannya.Hisyam yang kecewa berlalu pergi dan pulang ke rumahnya.

• Khalifah Sulaiman akhirnya wafat di dalam pembaringannya pada tanggal 1 Oktober 717 M.

• Raja memanggil seluruh penduduk kota Damsyik berhimpun di masjid Daabaq untuk memerintahkan mereka supaya berbai’ah kepada khalifah baharu. Tatkala diumumkan Umar dilantik sebagai khalifah baharu, Hisyam menentang untuk membai’ah Umar. Raja berkata kepada Hisyam yang dia akan memancung kepala Hisyam sekiranya tidak berbai’ah kepada perlantikan Umar. Hisyam pun bersetuju sambil berkata kepada Umar:

“Innalillhiwainnailaihiroojiun. Sepatutnya jawatan khalifah diturunkan kepada anak-anak Abdul Malik, tetapi engkau mengambilnya dari kami”.

Umar membalas kembali: “IInnalillhiwainnailaihiroojiun, sesungguhnya perlantikanku sebagai khalifah adalah bala keatasku. Maka aku sangat keberatan untuk menerimanya..”.

( Ketika diumumkan namanya sebagai khalifah, Umar menangis kerana beliau berasa ini adalah nasib buruk keatasnya ).

• Khalifah Umar Abdul Aziz dipilih secara demokrasi walaupun perlantikannya mengikut ketetapan wasiat Khalifah Sulaiman. Sebahagian ahli sejarah berpendapat faktor perlantikannya yang lain adalah rakyat Syam dan Haramain berbai’ah kepadanya secara sebulat suara tanpa bantahan. Ini menunjukkan perlantikannya sebagai khalifah ini secara tidak langsung melahirkan kembali ‘wajah’ perlantikan pemimpin Islam melalui sistem Syura dan bukannya monarki.

• Setelah jenazah Khalifah Sulaiman dikebumikan berdekatan Daabaq, datang suatu rombongan istana yang terdiri daripada pasukan pengawal dan haiwan tunggangan mewah yang ingin menghantarkannya ke istana. Umar menolak kesemua itu dan beliau menaiki baghal miliknya dan menuju ke masjid Daabaq. Khalifah Umar memulakan ucapan pertamanya sebagai khalifah di masjid Daabaq dan setelah itu beliau melaksanakan langkah pertamanya untuk memulihkan segala kerosakan yang berlaku ketika zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman.

(Haiwan tunggangan mewah yang terdiri daripada beberapa ekor kuda yang cantik dijual oleh Khalifah Umar dan hasil jualan tersebut dimasukkan ke dalam simpanan Baitulmal).

• Fakta tambahan:

1. Makam Khalifah Sulaiman dimusnahkan oleh ISIS pada bulan Ogos tahun 2014.

2. Khalifah Umar menjadi pemimpin ketika memasuki umur 36 tahun.

3. Tarikh perlantikannya dalam kalendar Hijrah: bulan Safar 99 H.

4. Segala kekayaan Khalifah Umar sepanjang masa menjadi gabenor di Madinah dan peninggalan harta pusaka ayahnya yang banyak diserahkan kepada Baitulmal sebaik sahaja beliau menjawat jawatan khalifah.

5. Serangan ke atas kota kubu Konstantinopel ditangguhkan di atas arahan Khalifah Umar dan kesemua operasi perluasan kuasa Islam diberhentikan serta merta. Tentera Islam dipanggil pulang ke kampung halaman masing-masing setelah mereka menghadapi fasa peperangan Arab-Byzantine sejak zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan.

• Khalifah Umar memerintahkan kepada sesiapa yang pernah mengambil barang milik orang lain secara zalim pada zaman Khalifah Sulaiman supaya mengembalikan semula barangan tersebut kepada empunya badan. Langkah pertama Khalifah Umar ini berjalan dengan lancar sehingga kesemua barangan dipulangkan secara adil kepada pemiliknya masing-masing.

1. Khalifah Umar menolak permintaan penjaga Kaabah untuk menukar kelambu Kaabah yang baharu dengan alasan duit yang digunakan untuk peruntukan membuat kelambu yang baharu lebih baik digunakan untuk menolong fakir miskin.

2. Orang-orang miskin yang sebelumnya hanya menjual kayu api di laluan para musafir menjadi kaya-raya berkat dana-dana sumbangan pemberian Khalifah Umar.

3. Khalifah Umar merehatkan baghalnya selama tiga hari apabila mengetahui haiwan tunggangannya itu bekerja tanpa henti.

4. Khalifah Umar memerintahkan sebuah tempat pemandian awam mengikis gambarnya yang terlukis di dinding bangunan tersebut.

Walaupun bidang seni lukisan telah berkembang dari zaman Khalifah Abdul Malik, tetapi Khalifah Umar mengambil ijtihadnya untuk melarang melukis wajahnya di mana-mana dinding bangunan.

5. Di dalam surat rasmi negara tulisan Khalifah Umar kepada para gabenornya, selalunya terkandung hanya tiga isi utama iaitu:

a. Menghidupkan sunnah Rasulullah saw.
b. Membasmi bidaah.
c. Membahagikan harta secara adil di dalam kalangan umat Islam.

6. Khalifah Umar memerintah gabenornya di Palestin iaitu Abdullah bin Auf untuk menghancurkan sebuah rumah maksiat yang dikenali sebagai Qah, terletak di al-Jumrak dan kesemua bekas-bekas runtuhan Qah ini dilemparkan ke dalam laut.

7. Mengingati para gabenornya supaya tidak mengikuti corak pentadbiran bekas gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaaqafi yang menyeleweng harta zakat, melambatkan solat lima waktu dan menebarkan kezaliman yang memburukkan agama Islam.

8. Khalifah Umar hanya memohon perlindungan dari Allah swt, sehinggakan jumlah pengawal khalifah dikurangkan kepada 300 orang dan hanya melantik tiga orang polis sahaja.

9. Khalifah Umar menolak untuk tinggal di istana khalifah yang megah sebaliknya beliau lebih menyukai tinggal di rumahnya yang kecil bersama isteri dan anak-anaknya.

10. Khalifah Umar pernah teringin untuk memakan buah anggur tetapi beliau membatalkan hasratnya kerana tidak mempunyai duit untuk membelinya.

11. Khalifah Umar menyumbangkan tanah miliknya di Khaibar ke dalam senarai harta milik rakyat di Baitulmal.

Tanah ini adalah hadiah daripada ayahnya, Abdul Aziz.

12. Pakaiannya hanya sehelai sahaja ketika beliau menjadi khalifah sehingga menjelang hari kewafatannya.

( Dicatatkan oleh Raja bin Haiwah, pakaiannya ini hanya berharga sekitar 12 dirham ).

13. Selepas dilantik menjadi khalifah, Khalifah Umar tidak lagi menyetubuhi isterinya kerana beliau terlalu sibuk menguruskan hal negara dan menjaga hak rakyatnya.

Fatimah tidak marah ataupun merajuk, bahkan beliau sangat menyokong segala usaha Khalifah Umar untuk memakmurkan negara.

14. Khalifah Umar sangat berhati-hati dalam menggunakan harta negara sehinggakan beliau mengasingkan lilin untuk kegunaan dalam urusan negara dan untuk kegunaan peribadi.

15. Walaupun hanya kehilangan satu dinar di dalam Baitulmal, Khalifah Umar tetap akan menyalahkan kecuaian ke atas dirinya.

16. Madu Lubnan merupakan salah satu makanan kegemaran Khalifah Umar sehinggakan bekalan madu tersebut habis di rumahnya. Isterinya, Fatimah menghantar utusan ke Lubnan untuk membeli madu tersebut dan setelah itu, madu Lubnan dibawa ke Khalifah Umar. Apabila Khalifah Umar mengetahui kenderaan yang membawa madu untuknya adalah kenderaan penghantar surat (harta negara) maka beliau mengambil madu tersebut dan menjualkannya ke pasar. Hasil jualan madu Lubnan tidak diambil oleh Khalifah Umar, malahan beliau memasukkan duit tersebut ke dalam Baitulmal.

17. Khalifah Umar pernah memarahi dan memukul anaknya kerana anaknya mengambil buah epal dari harta rampasan perang tanpa izin.

18. Khalifah Umar menutup hidungnya apabila terbau ciuman wangian minyak kasturi dari dalam Baitulmal.

19. Setelah setiap kali solat di masjid, Khalifah Umar akan duduk sebentar di hadapan masjid sambil mengangkat tangan kepada orang yang lalu-lalang di hadapannya.

20. Setiap hari, Khalifah Umar akan melantik seorang utusan ke kawasan orang awam untuk melaungkan kata-kata seperti:

a. “Di mana orang yang berhutang, tetapi tidak mampu membayarnya?”.
b. “Di mana orang yang ingin menikah tetapi tidak berkemampuan?”.
c. “Di mana anak yatim dan orang miskin?”.

Sesiapa yang datang bertemu dengan utusan itu dengan alasan-alasan terbabit, akan terpenuhi segala permintaannya.

21. Khalifah Umar menebus kesemua orang ataupun tentera Islam yang ditawan oleh musuh sehinggakan harta di dalam Baitulmal habis digunakannya.

22. Hasil tahunan tinggalan Khalifah Sulaiman yang asalnya berjumlah sekitar 40 ribu dinar berkurangan kepada 400 dinar sahaja disebabkan Khalifah Umar banyak menggunakan harta tersebut untuk menolong fakir miskin dan juga kutipan pajak dikurangkan pada zaman pemerintahannya.

23. Walaupun hasil tahunan negara berkurangan, rakyat pada zaman pemerintahannya menjadi kaya raya sehingga Umar bin Usaid berkata:

“Demi Allah! Pada suatu ketika datang seorang lelaki kaya yang membawa timbunan harta yang banyak menemui aku. Maka, lelaki itu menolong pertolongan dari aku untuk membahagikan harta miliknya kepada orang yang tidak berkemampuan”.

Lelaki tersebut tidak tahu kepada siapa mahu diberikan harta miliknya kerana kesemua orang miskin pada waktu itu sudah menjadi hartawan.

( Waktu ini terjadi pada akhir-akhir pemerintahan Khalifah Umar ).

24. Pada setiap malam, Khalifah Umar akan duduk berkumpul bersama para ulama fiqih untuk membahas pelbagai masalah yang terjadi di dalam negara.

25. Gajinya sebagai khalifah hanya sebanyak 2 dirham untuk satu hari. Ini kerana separuh besar dari gajinya dimasukkan langsung ke dalam Baitulmal.

Gaji sebenar khalifah adalah sebanyak 50,000 dinar setahun.

26. Melantik sebuah jabatan khusus untuk ilmuwan Islam menterjemahkan buku-buku dari bahasa Greek dan Latin ke dalam bahasa Arab.

Pada zaman Khalifah Umar, ilmu falsafah dikembangkan dan mendapat perhatian daripadanya kerana pada waktu ini ramai bangsa asing dari Eropah dan Asia memeluk agama Islam.

27. Menghantar para pendakwah kepada raja-raja yang memerintah di tanah India, para penguasa di Turki dan para pemimpin Barbar di Afrika Utara.

28. Mengutus 10 orang pakar ahli hukum (fiqih) ke Afrika Utara.

29. Membina sebuah hospital khas untuk merawat pesakit yang menghidapi penyakit kusta.

30. Masjid Agung Umawi yang merupakan masjid utama dan terbesar di kota Damsyik pada masa itu ditiangi oleh beribu-ribu tiang marmar serta dilengkapi dengan 600 buah lampu yang rangkanya diperbuat daripada emas yang padu. Khalifah Umar memerintahkan supaya lampu-lampu ini dileburkan dan emas yang terhasil daripada emas ini dimasukkan ke dalam Baitulmal.

31. Sistem jizyah yang berlaku pada masa itu (sebelum ianya diubah oleh Khalifah Umar):

Orang Islam yang bukan berbangsa Arab (Mawali) dikenakan membayar jizyah sebagaimana yang dikenakan ke atas orang bukan Islam. Sikap diskriminasi yang berlaku ke atas orang Islam bukan Arab menyebabkan golongan ini dipandang rendah dan dipanggil dengan gelaran Mawali.

Khalifah Umar yang tidak mahu orang Islam bukan Arab bangkit menentangnya telah memansuhkan penggunaan istilah Mawali ke atas mereka dan cukai jizyah dihapuskan serta-merta. Akibat pemansuhan pembayaran cukai jizyah ke atas golongan Mawali ramai gabenor beliau yang menentang Khalifah Umar kerana mereka beranggapan bahawasanya cukai jizyah yang dikenakan ke atas golongan Mawali merupakan salah satu sumber kewangan negara pada masa itu. Khalifah Umar tetap bertegas dengan pendiriannya kerana cukai jizyah haram dikenakan ke atas orang Islam walaupun mereka daripada bangsa apa sekalipun. Pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik sehingga ke zaman Khalifah Sulaiman, mereka mencampur adukkan antara cukai jizyah dan cukai kharaj.

Dalam sebuah buku berjudul Marwan ibnu Muhammad: The Passing on the Umayyad Caliphate karya Dennett, beliau menulis:

Khalifah Umar menulis surat arahan kepada salah seorang gabenornya, Hayyan bin Suraih yang berbunyi: “Mansuhkan cukai jizyah ke atas sesiapa yang masuk ke agama Islam”.

Hayyan membalas surat Khalifah Umar: “Jika kita memansuhkan cukai jizyah ke atas golongan ini (Mawali) ianya memberi impak yang negatif kepada kewangan negara. Ini kerana hasil besar daripada kutipan jizyah ke atas golongan Mawali, kita mampu membayar 20,000 dinar kepada semua pegawai yang bekerja di dalam kerajaan kita tanpa tangguhan.

Khalifah Umar membalas kembali surat Hayyan dengan nada yang lebih tegas:

“Allah swt menghantar Rasulullah saw bukan sebagai seorang pengutip cukai”.

Senarai cukai yang dikenakan dan sumber kewangan terbesar negara pada zaman Dinasti Bani Umayyah adalah:

a. Kharaj (cukai tanah) – Dikenakan ke atas orang Islam, Mawali dan orang bukan Islam.

b. Jizyah (cukai perlindungan) – Hanya dikenakan ke atas golongan Mawali dan orang bukan Islam.

c. Zakat.

d. Usyur (cukai 1/10 daripada hasil pertanian).

e. Fay (harta rampasan musuh tanpa perang).

f. Ghanimah (harta rampasan musuh melalui peperangan).

Kebaikan Dan Kehebatan Pimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih

Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Leave A Reply