Apabila skuad USA dilaporkan telah memakai bekam sebagai salah satu daripada langkah persediaan mereka menghadapi Sukan Olimpik Rio Brazil, maka kita mula menggali semula khasiat bekam ini. Banyak juga page dan laman yang membicarakan amalan berbekam digunakan oleh pasukan USA. Begitu juga kami dalam meraih kembali Sunnah nabi ini, kami cuba menyumbang dalam menceritakan tentang ini. Terutama ketika para likers kami bertanyakan, bilakah bekam pertama kalinya digunakan dalam sejarah dunia? Tamadun yang manakah yang paling awal mengamalkan aktiviti yang mempunyai pelbagai nama Bentousa, SchrÖpftherapie, Köpölyözés, Glāstīdams, Вендузи and Kyukaku ini?
i. Mesir Purba
Di Mesir Purba, terdapat ukiran hieroglyphic yang menceritakan tentang amalan ini seawall 3,500 tahun yang lalu manakala terdapat sebuah buku perubatan yang ditulis dalam Eber Papyrys yang ditulis seawall 1550 SM tetapi makalah ini dipercayai dicatat daripada manuskrip perubatan yang jauh lebih awal. Manuskrip perubatan Mesir Purba ini jelas mencatatkan tentang pengunaan bekam.
ii. China
Tiada tamadun (mungkin Islam) yang mencatatkan tentang bekam seteliti seperti mana yang dicatatkan oleh Tamadun China. Rekod terawal tentang amalan berbekam dicatatkan sehingga seawal 3000 tahun yang lalu yang bercakap tentang bagaimana amalan bekam digunakan untuk menyembuhkan penyakit Pulmonary Tuberculosis.
Lalu kemudian, terdapat catatan yang merujuk kepada seorang Taoist terkenal bernama Ge Hong yang hidup sekitar 281-341 Masihi yang memang terkenal dengan amalan alkimia dan perubatan herbanya. Dia dikatakan menceritakan tentang penggunaan tandung haiwan dalam amalan berbekam untuk menyembuhkan bisul-bisul yang tumbuh di kulit manusia dalam bukunya yang bertajuk A Handbook of Prescriptions of Emegencies (Jou How Pei Jyi Fang). Ge Hong juga memberi nama untuk amalan berbekam ini sebagai Jiaofa.
Catatan daripada Dinasti Tang yang berdiri pada abad ke-7 Masihi dahulu turut memperkatakan tentang amalan berbekam dalam buku seperti Necessities Of a Frontier Official (Wai Tai Mich Yao) ditulis oleh Wang Tayr yang memperkatakan tentang pengunaan bekam yang dapat menghindarkan diri daripada sakit kepala, sakit perut dan juga pening dalam batang tubuh seorang pesakit. Bekam merupakan salah satu cara perubatan tradisional China selain daripada pengunaan Akupuntur dan juga Moxibustion.
Catatan lain seperti dalam buku Supplement to Outline of Materia Medica (Ban Tsau Gang Mu Chyr Yi) yang ditulis oleh Zhao Xuemin daripada Dinasti Qin. Catatan ini menceritakan amalan bekam yang dikatakan menggunakan cawan yang diperbuat daripada tanah liat dan buluh.
iii. Tamadun Islam
Antara rekod terawal yang bercakap tentang amalan bekam ini ialah dalam hadis Rasulullah S.A.W yang dicatatakan seperti berikut:
– “Tidaklah aku melewati sekumpulan malaikat pada malam aku di-Isra’kan, melainkan mereka (para malaikat) semua mengatakan kepadaku: “Hai Muhammad, Engkau harus berbekam.” (HR.Tirmidzi)
– “Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara: pertama dengan meminum madu (dengan obat herbal), kedua dengan berbekam/hijamah, dan ketiga dengan (terapi) besi panas. Dan aku tidak menganjurkan umatku untuk melakukan pengobatan dengan besi panas.” (HR. Bukhari)
Selain itu, amalan berbekam turut boleh didapati dalam buku Al-Tibb Al-Nabawi yang merupakan sebuah kompilasi berbicara tentang amalan perubatan yang disandarkan pada Rasulullah S.A.W yang dimana terdapat tentang amalan berbekam (dapat dilihat pada perkongsian admin Naseer Sobri). Selain itu, ilmuwan Islam seperti Ibnu Sina (980-1036 M) turut dicatatkan menggunakan amalan berbekam dalam rawatannya.
iv. Dalam Tamadun Lain.
o Pengamal perubatan Yunani Purba iaitu Hippocrates dicatatkan menggunakan amalan perbekaman pada sekitar 400 SM.
o Herodotus dikatakan pernah menulis tentang kebaikan berbekam pada 413 SM seperti berikut:
“Scarification with Cupping possesses the power of evacuating offending matter from the head; of diminishing pain of the same part; of lessening inflammation; of restoring the appetite; of strengthening a weak stomach; of removing vertigo and a tendency to faint; of drawing deep-seated offending matter towards the surface; of drying up fluxions; checking hemorrhages; promoting menstrual evacuations; arresting the tendency to putrefaction in fevers; allaying rigors; accelerating and moderating the crisis of diseases; removing a propensity to somnolence; conciliating natural repose; removing heaviness. These, and many analogous maladies, are relieved by the judicious application of the Cucurbits (Cups), dry or bloody.”
o The Sudanese Travels of Theodoro Krump (1701 Masihi) mencatatkan pengunaan bekam dalam tamadun Afrika.
o Seorang pakar bedah bernama Charles Kennedy dari Amerika mengatakan tentang kejayaan bekam dalam kebanyakan rawatannya. (1826) seperti berikut:
“The art of cupping has been so well-known, and the benefits arising from it so long experienced, that it is quite unnecessary to bring forward testimonials in favor of what has received not only the approbation of modern times, but also the sanction of remotest antiquity.”
o Sebuah peta yang melakarkan peta Allegheny County, Pennsylvania pada tahun 1862 terdapat sebuah iklan yang diselitkan dalam peta itu yang bertulis “Cupping, Leeching, Bleeding, and Tooth drawing.”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih