Dalam artikel terbaru yang dikeluarkan oleh Vulcanpost dalam membahaskan tentang mitos-mitos yang menyelubungi Malaysia, ada beberapa “fakta” yang cuba dibahaskan oleh Vulcanpost sebenarnya bersifat mitos juga. Contohnya, dalam mengatakan tentang bahawa asalnya Malaysia tidak dikenali sebagai Malaya atau Tanah Melayu tetapi dikenali sebagai Golden Peninsula atau Semenanjung Emas.

Kesalahan Fakta 1 Dari Vulcanpost

Malangnya fakta yang dibahaskan dalam artikel Vulcanpost adalah bersifat half-truth pada kiraan saya. Ya, ketika itu mungkin belum wujud lagi apa-apa nama yang sama dengan Tanah Melayu. Tetapi nanti dulu, ketika itu sudah wujud istilah yang pada masa hadapannya akan berevolusi menjadi Tanah Melayu. Kiranya kalau mahu dicari akar kepada etimologi Tanah Melayu itu sendiri, kita boleh katakana ia datang daripada perkataan ini.

Dalam peta yang dikongsikan oleh anda, ada satu bahagian dalam peta tersebut dikenali sebagai Μαλεου Κώλον  atau terjemahannya adalah “meleu-kolon”. Banyak sarjana mengatakan bahawa “meleu-kolon” adalah antara rekod terawal yang menyebut Melayu dalam sejarah. Jadi, tidak hairanlah kalau perkataan ini adalah nenek moyang kepada perkataan yang lebih berevolusi seperti hari ini yang dipanggil sebagai Malaya atau Tanah Melayu kerana perkataan Melayu terawal dalam sejarah ialah wujud dalam peta tersebut. Secara rasmi, rekod sejarah terawal yang menyebut  Tanah Melayu yang kita kenali hari ini ialah melalui Tomé Pires yang tinggal di Melaka daripada tahun 1512 hingga tahun 1515.

Petikan daripada jurnal yang ditulis oleh Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar dari USM yang bertajuk Peri Nama, Asal Usul dan Identiti Melayu: Ke arah Pencerahan yang Dinantikan

Ini juga fakta yang bersifat half-truth, juga terdapat mitos baru yang cuba dibangkitkan oleh vulcanpost. Pertama, ya Melaka bukanlah kerajaan Melayu terawal di Tanah Melayu. Kerajaan Melayu terawal pastinya ialah Kedah, yang mempunyai dua fasa dalam sejarahnya seperti mana kerajaan-kerajaan Melayu lain di Nusantara dan Alam Melayu. Fasa sebelum kedatangan Islam dan fasa selepas kedatangan Islam itu sendiri. Untuk rekod, Kesultanan Kedah dipercayai wujud seawal 1136 Masihi.

Kesalahan fakta kedua

Adapun dalam gambar yang dikongsikan oleh Vulcanpost adalah gambar kepada bukti arkeologi Kerajaan Kedah Tua yang masih belum memeluk Islam, dan adalah tidak sesuai untuk menyamakan tinggalan ketika era Hindu-Buddha dengan sebuah kesulttanan. Kerajaan Melayu Kedah Tua yang menjadikan ajaran animism pada awalnya, sebelum bertukar menjadi sebuah peradaban berasaskan ajaran Hindu-Buddha sebelum bertukar menjadi sebuah kerajaan Melayu Islam sehingga menjadi Kesultanan Kedah hari ini sebenarnya lebih awal daripada tarikh yang diperkatakan. Penemuan di tapak Sungai Batu mencadangkan kepada kita tarikh peradaban di Kedah adalah mungkin sehingga ke 600 SM, sezaman dengan Rom dan Yunani.

Oh ya, tanpa sedar Vulcanpost baru sahaja mencipta mitos yang baru. Entah dari mana sumber yang dikorek oleh Vulcanpost. Dua sumber utama yang menceritakan sejarah Parameswara bercerita kisah yang berbeza tentang asal-usul Parameswara. Tom Pires mengatakan Parameswara ialah putera yang lari dari Palembang, mengelakkan amukan Majapahit ke Singapura dan membunuh Temagi sebelum melarikan diri ke Melaka hari ini dan membina kerajaan di sana. Sumber seperti Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) mencadangkan asal usul Parameswara ialah seorang putera dan raja Melayu dari kerajaan Singapura Purba yang melarikan diri selepas kerajaannya diserang oleh Majapahit dalam sebuah penaklukan dan akhirnya menubuhkan kerajaan di Melaka.

Dan tiba-tiba, bagaimana pula asal-usul Parameswara dikatakan datangnya dari Kedah ini?

Saya merasakan bahawa Vulcanpost harus berhati-hati selepas dalam menukilkan sejarah Melayu agar tidak terlajak dalam membahaskan tentang sejarah Melayu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

2 Comments

  1. before the european, it wasn’t called the south china sea. the Chinese just used to call it south sea. By the locals, it was called the Champa sea. as in the Malay Champa people.

    in ancient China, before it was called China, it was divided between many ethnics and Kingdoms. Now it is united as China. a Long time ago before foreign invaders. Under the Sri vijayan Malay empire. This Land is seen as Malay Sri vijayan Land. This is Tanah Melayu. Kepulauan Melayu atau Nusantara.

    Like it or not, just like China is Chinese, India is Indian, Malaya is Malay. Or Nusantara is Austronesians.

Leave A Reply