Lagi cerita pasal bendera.
Sementara Sukan SEA sedang berlangsung di KL, kontinjen Malaysia juga mengambil bahagian dalam Sukan Universiti Dunia (Universiade) yang berlangsung di Taipei, Taiwan dari 19 hingga 30 Ogos 2017.
61 atlet Malaysia akan bertanding dalam 6 acara iaitu badminton, olahraga, memanah, golf, wusyu dan bola sepak.
Yang anehnya, dalam temasya ini tidak kelihatan bendera rasmi Taiwan iaitu “Blue Sky White Sun Red Earth” (青天白日滿地紅, Qingtian Bairi Mandihong). Malah nama “Taiwan” juga tidak digunakan, sebaliknya diganti dengan “Chinese Taipei” atau “Chunghua Taipei”. Lagu kebangsaan juga tidak dimainkan.
Ini adalah keadaan Taiwan di bawah “One China Principle”.
Ceritanya macam ini: selepas Dinasti Qing digulingkan di China pada tahun 1911, sistem maharaja dimansuhkan dan didirikan “Republic of China” (ROC) pada tahun 1912. Sun Yat-Sen menjadi Presiden ROC yang pertama.
Selepas Sun Yat-Sen meninggal dunia pada tahun 1925, berlaku perbalahan antara Parti Nasionalis (Kuomintang) di bawah Chiang Kai-Shek dan Parti Komunis di bawah Mao Zedong. Komunis berjaya menawan keseluruhan tanah besar China pada tahun 1949, memaksa Chiang dan Kuomintang berundur ke Taiwan yang ketika itu di bawah pemerintahan ROC.
Komunis menubuhkan “People’s Republic of China” (PRC) di Beijing. Chiang meneruskan pemerintahannya di Taipei. Masing-masing dakwah mereka sebagai kerajaan China yang sah. Kalau nak iktiraf ROC, tak boleh iktiraf PRC. Begitu juga sebaliknya. Inilah dasar “satu China”.
Chiang disokong USA dan kebanyakan negara tidak mengiktiraf PRC atas dasar anti-komunis. ROC diiktiraf sebagai wakil China dan menduduki Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) sebagai salah satu daripada 5 kuasa veto.
Keadaan berubah pada 25 Oktober 1971 selepas Perhimpunan Agung UN mengubah pengiktirafan dari ROC ke PRC. ROC dibuang daripada UN. Satu demi satu negara memutuskan hubungan diplomatik dengan ROC dan mendirikan hubungan dengan PRC, termasuk USA sendiri pada tahun 1979.
Sehingga kini, ROC hanya mempunyai hubungan diplomatik dengan 19 buah negara, berbanding dengan PRC yang mempunyai hubungan diplomatik dengan 175 buah negara.
Lama-kelamaan, ROC pun dikenali sebagai “Taiwan” dan PRC dikenali sebagai “China”, sedangkan kerajaan di Taipei masih klaim hak kedaulatan ke atas seluruh tanah besar China.
Pada tahun 1992, PRC dan ROC mengadakan dialog dan mencapai konsensus tentang prinsip “one China” dan menolak gerakan kemerdekaan Taiwan yang diperjuangkan oleh parti pembangkang di Taiwan seperti Democratic Progressive Party (DPP).
Disebabkan prinsip “satu China” ini, negara yang mempunyai hubungan dengan China tidak boleh menunjukkan sebarang tindakan yang memberi pengiktirafan kepada Taiwan sebagai sebuah negara berdaulat.
Walaupun namanya konsensus, namun China tetap menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk melarang penggunaan “Republic of China” dan simbol-simbolnya termasuk bendera Blue Sky White Sun di peringkat antarabangsa.
Taiwan hanya boleh mengambil bahagian dalam sukan antarabangsa atas nama “Chinese Taipei”. Begitu juga di pertubuhan antarabangsa seperti WHO, APEC dan WTO. Kalau nak sebut “Taiwan” kena guna istilah “Taiwan, China”. Jangan sesekali sebut “Taiwan” sebagai sebuah negara.
Macam kesian kan. Tapi dalam hubungan antarabangsa, “the strong do what they will and the weak suffer what they must”.
Pada Januari 2016, Chou Tzuyu, ahli kumpulan K-pop “TWICE” yang berasal dari Taiwan telah mencetus kontroversi dengan mengibarkan bendera ROC dalam sebuah rancangan TV di Korea Selatan. Akibatnya, Tzuyu dikehendaki mohon maaf terhadap China.
Insiden tersebut menjadi “rallying point” bagi calon DPP, Tsai Ing-wen untuk memenangi pilihanraya presiden Taiwan tahun 2016 kerana ramai yang kecewa dengan kegagalan Kuomintang dalam mempertahankan maruah orang Taiwan.
Kena ambil tahu sensitiviti yang perlu dijaga kalau anda pergi melancong, belajar di Taiwan atau ada urus niaga yang membabitkan Taiwan. Kang tak pasal-pasal kedutaan kena selamatkan anda.
Bukan bertunduk kepada kuasa besar, tapi hidup di marcapada ini perlukan hikmah dan berjaga-jaga.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih