Disebabkan tiada ‘serious taker‘ terhadap pelawaan #filmdate saya, maka semalam saya tonton filem Battleship Island bersama bro-bro Azwan Bin Omar, Helmi Effendy dan Syed Nizamuddin Sayed Khassim.

Mula-mulanya saya ingat filem ini hanyalah propaganda anti-Jepun yang tipikal, selepas membaca pelbagai ulasan negatif. Saya siap merancang nak keluar awal daripada panggung.

Rupa-rupanya saya silap. Saya betul-betul menyelami ceritanya. Skrin menunjukkan babak kredit tapi saya masih kaku atas kerusi buat beberapa minit, ambil masa untuk pulih daripada katarsis emosi yang baru dilalui.

Mesej utama (general message) Battleship Island ialah sejarah penindasan buruh Korea yang bekerja sebagai pelombong arang batu di Pulau Hashima semasa Perang Dunia Kedua. Mereka dilayan lebih teruk daripada binatang. Nyawa mereka tidak berharga sama sekali. Yang wanita pula dipaksa jadi ‘comfort women’ untuk memuaskan nafsu penjajah Jepun.

Namun yang lebih penting ialah mesej tersirat (subtle message) yang hanya boleh diketahui selepas tonton sendiri di panggung.

Ryoo Seung-wan tidak ‘try hard’ dalam menggambarkan kekejaman Jepun demi menyemai kemarahan dan kebencian penonton. Kerana fokus filem ini bukanlah Han (한, dendam). Fokus filem ini adalah mengenai Huimang (희망, harapan).

Buruh Korea di atas pulau terdiri daripada pelbagai ragam manusia. Hwang Jung-min berlakon sebagai Lee Kang-ok, seorang ketua kumpulan muzik yang licik dan pandai mengampu penjajah Jepun untuk tujuan ‘survival’. So Ji-sub berlakon sebagai Choi Chil-sung, seorang samseng yang suka cari gaduh dan menimbulkan kekacauan. Lee Jung-hyun sebagai Oh Mal-nyeon, seorang comfort women. Song Joong-ki sebagai Park Moo-young, ejen khas yang mempunyau misi untuk menyelamatkan seorang VIP di kalangan buruh.

Takdir telah menyatukan mereka menjadi tahanan di neraka dunia bernama Pulau Hashima. Namun tidak kira betapa susah dan seksa keadaan kehidupan, mereka tetap mempunyai Huimang yang memberikan keberanian untuk terus berjuang membebaskan diri. Ada seorang buruh walaupun sudah tempang, tapi dialah orang yang paling nekad untuk melarikan diri berbanding ramai orang yang sempurna anggota badan tapi ragu-ragu.

Kerana ada Huimang, Kang-ok yang pada asalnya sekadar nak menyelamatkan diri dan anaknya dapat memerah segala kudrat untuk mencari jalan keluar bagi buruh-buruh Korea yang melarikan diri.

Kerana ada Huimang, Chil-sung daripada seorang samseng menjadi seorang pahlawan yang memerangi askar Jepun demi melindungi buruh-buruh yang melarikan diri.

Kerana ada Huimang, Mal-nyeon yang dicemari oleh lelaki-lelaki durjana turut mengangkat senjata sebagai srikandi bangsa.

Kerana ada Huimang, orang Korea mampu ‘endure’ dugaan demi dugaan ke atas negara dan bangsa mereka sepanjang sejarah.

Dalam filem ini, musuh sebenar bukanlah penjajah Jepun, tapi kehilangan harapan yang menjadikan manusia sanggup menyerah diri kepada kejahatan dan kegelapan. Nasib malang buruh-buruh Korea berpunca daripada tali barut dan pengkhianat yang sanggup menzalimi bangsa sendiri. Mereka adalah golongan yang berputus asa dan sinikal tentang akan tibanya hari Korea kembali bebas dan berdaulat.

Dalam filem ini boleh kedengaran muzik ‘The Ecstasy of Gold’ daripada filem The Good, the Bad and the Ugly (1966). Judul filem tersebut merupakan bayangan kepada pegangan masyarakat Korea terhadap 진 (the true), 선 (the good) dan 미 (the beautiful). Tanpa harapan, ‘the good’ akan jadi ‘the bad’, ‘the beautiful’ akan jadi ‘the ugly’.

Filem ini berat, bukan saja dari segi penyampaian yang agak grafik dan ganas, malah juga dari segi mesejnya.

Mungkin tema harapan inilah yang berjaya menyentuh hati penonton Korea dalam panggung sampai mereka sama-sama menyanyikan lagu Huimangga (희망가, Song of Hope) yang dinyanyikan oleh Kang-ok dan anaknya So-hee:

이 풍진 세상을 만났으니 (i pungjin sesangeul mannasseuni / ‘dalam dunia yang bergelora ini’) 너의 희망이 무엇이냐 (neoui huimangi mueosiya / ‘apakah harapan terbesar kamu?’)

#gunhamdo

#nospoiler

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

1 Comment

Leave A Reply