Beliau adalah wanita yang cantik,cerdik dan berkaliber.Beliau menguasai banyak bahasa seperti Arab,Urdu,Hindi,Parsi,Turki,Marathi dan Kannada.Beliau ialah pemerintah Bijapur (1580–90) dan Ahmednagar (1596–99).Hobinya ialah melukis gambar bunga dan bermain sitar.
Beliau terkenal kerana mempertahankan Ahmednagar daripada serbuan askar-askar Mughal ketika era Emperor Akbar.
Apa yang Srikandi ingin ceritakan di sini,adalah ketahanannya dari dua sisi,menghadapi pelbagal pengkhianatan oleh para aristokrat dan ketahanannya menghadapi serangan musuh.
Jika Chand Bibi disokong oleh menteri lantikannya Muhammad Khan,sudah tentu masalahnya berkurang.Namun menterinya itu khianat dan bersekongkol dengan pihak musuh.
Chand Bibi mempertahankan Kubu Ahmednagar sebanyak dua kali.Kali pertama pada November 1595,beliau telah memukul mundur serangan tentera Mughal dengan jayanya.Pertempuran kedua menyaksikan gabungan tentera Bijapur, Ahmadnagar,dan Golconda di bawah Sohil Khan berperang di Sungai Godavari dengan askar-askar imperial Mughal yang terlatih dan terkenal memiliki teknologi meriam yang jarang terdapat pada mana-mana kerajaan di India ketika itu.
Tentera imperial menang namun tidak mampu bertahan dan akhirnya berundur ke Sahpur.Pihak Mughal mengumpulkan kekuatan di bawah pimpinan anak Akbar sendiri iaitu Daniyal selain dua komander terhebatnya Mirza Yusuf Khan dan Khan Khanan (yang memenangi pertempuran pertama).
Dalam pada itu,Chand Bibi sekali lagi dikhianati oleh menteri yang baru,Nehang Khan yang juga baru dilantik.Nehang Khan telah membuat tindakannya sendiri dengan mara ke Beed dan kemudian ke kawasan genting di Jaipur Kotli dengan menyangka akan bertembung dengan askar-askar Mughal di situ.Namun Daniyal mengambil keputusan tidak ke Jaipur Kotli sebaliknya mengepung Ahmednagar.
Chand Bibi sekali lagi mempertahankan kubu Ahmednegar.Namun kekuatan tentera Mughal lebih besar dan masih baru berbanding tenaga para tenteranya yang hampir kehausan mempertahankan kubu itu pada serangan pertama.Chand Bibi mengambil keputusan untuk mengadakan rundingan tertentu dengan Daniyal.
Malangnya,para aristokratnya yang dungu mendakwa wanita besi itu ingin menyerahkan Ahmednagar kepada Mughal.Fitnah mula merebak merata-rata.Chand Bibi dituduh mengkhianati mereka.
Para askar yang terpedaya dengan fitnah itu tiba-tiba menjadi berang dan menyerbu ke kediaman Chand Bibi.Wanita cantik yang bijak dan berani itu akhirnya terbunuh dalam serbuan askar-askarnya sendiri.
Selepas kepungan 4 bulan 4 hari selepas kematian tragis Chand Bibi,akhirnya Ahmednagar jatuh ke tangan Mughal.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih