Benarkah tentera Sultan Muhammad Al-Fateh melakukan kekerasan seperti penjarahan ketika menakluki constantinople? Perkara ini bertentangan dengan sumber sejarawan Islam menyatakan Mehmet II menerapkan dasar toleransi agama ketika menakluk konstantinople seperti

1. Shakir Afandi Al-Hanbali menyatakan dalam talkhid al-Tarik al-Uthmani hlm 37 “Memberikan penganpunan, melaksanakan pendamaian serta mewujudkan toleransi agama dalam kalangan penduduknya. Beliau melayan penduduk konstantinople dengan penuh hormat.”

2. Al-Shallabi menyatakan dalam al-Dawlah al-Uthmaniyah hlm 111″Para tentera dititahkan untuk memberi layanan baik terhadap tawanan perang bahkan sultan Muhammad Al-Fateh sendiri menebus sejumlah tawanan perang menggunakan hartanya. Tawana ditebus kebanyakkan bangsawan berasal dari Greek serta para pemimpin kristian.”

3. Memberi kebebasan kepada penduduk kristian memilih uskup mereka yang baru. Penduduk kristian telah memilih Gennadius Sholarius dan disambut mehmet II dengan penuh hormat

4. Sejarawan Turki bernama Halil Inalcik menyatakan Muhammad Al-Fateh menggalakkan penganut kristian ortodoks melarikan diri supaya kembali ke istanbul dan memberi perlindungan sepenuhnya kepada agama tersebut.

5. Memberi kuasa civil kepada uskup Gennadius sebagai autoroti keagamaan kepada penduduk constantinople dan hubungannya dengan muslim

6. Mengumumkan uskup Gennadius memiliki kedudukan setaraf dengan menteri2 dalam uthmaniyah

7. Memberi sokongan dalam membaik pilih gereja-gereja.

Artikel Ialah Sumbangan Muhammad Iqbal Harraz


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply