14 Ogos 1945 digelar sebagai “Hari Terpanjang Dalam Sejarah Jepun” (日本のいちばん長い日 / Nihon no Ichiban Nagai Hi). Itu merupakan hari yang paling berat, paling azab bagi orang Jepun.
Mereka terpaksa menanggung sesuatu yang tidak mampu untuk ditanggung, iaitu menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua (WW2).
Pada 10:30 pagi Maharaja Hirohito memanggil kabinetnya untuk bermesyuarat. Mesyuarat memutuskan supaya Jepun menyerah diri kepada pakatan Allies (US, Soviet Union, China). Hirohito menitahkan sebuah rakaman ucapan baginda disiarkan melalui radio untuk memaklumkan semua rakyat Jepun tentang keputusan tersebut.
Ramai di kalangan tentera Jepun enggan menerima kenyataan. Mereka merancang untuk menguasai istana dan merampas rakaman suara Hirohito. Pemberontakan yang dikenali sebagai “Kyūjō Jiken” (宮城事件) gagal dan para pemberontak membunuh diri.
Pada keesokan hari (15 Ogos 1945), rakaman suara Hirohito disiarkan pada 12:00 tengahari. Rakyat Jepun menangis-nangis dengar ucapan maharaja (seperti dalam gambar ini yang diambil depan kuil Yasukuni). Ramai anggota tentera membunuh diri secara “harakiri” (memotong perut), termasuk Korechika Anami, Menteri Peperangan.
Selalu orang anggap semangat perang askar Jepun berpunca daripada taat setia mereka terhadap maharaja. Kalau begitu, kenapa ada yang sanggup derhaka terhadap maharaja untuk tidak menyerah kalah?
Setahun selepas tamatnya WW2, seorang sarjana bernama Ruth Benedict telah menerbitkan buku berjudul “Chrysanthemum and the Sword” yang cuba menerangkan sifat bangsa Jepun yang menyumbang kepada tindakan ekstrim mereka.
Benedict menyifatkan Jepun sebagai sebuah “shame society” di mana kesedaran malu atau “haji” (恥) mendominasi psikologi orang Jepun.
Dalam masyarakat sebegini, nilai diri dan kehormatan seseorang diukur melalui pandangan masyarakat. Sekali kehormatan tercalar, ia tak dapat dipulihkan lagi. Tiada konsep taubat (“repentance”) dan kafarah dosa (“atonement”) seperti dalam “guilt society” yang menganut agama Islam, Kristian dan Yahudi.
Teori Benedict bukanlah maksum dan telah dipertikaikan oleh ramai sarjana, namun ia sedikit sebanyak membantu memahami psikologi masyarakat Jepun.
Di Jepun, ketakutan terhadap malu melebihi sayang terhadap darah daging sendiri. Ada budaya “kandō” (勘当) di mana ibu bapa akan memutuskan hubungan (disown) dengan anak yang membuat kesalahan yang mendatangkan malu kepada keluarga.
Ketakutan terhadap malu ini membentuk disiplin orang Jepun yang takut untuk buat salah dan takut melanggar peraturan. Pada masa yang sama ia juga jadi pembakar semangat kepada orang Jepun untuk buat yang terbaik agar tidak jadi malu.
Hirohito tahu rakyatnya tak sanggup menanggung malu sebagai pihak yang kalah dalam perang, maka dalam ucapan baginda, Hirohito tidak sesekali menyebut perkataan “menyerah kalah” dan menyeru rakyatnya agar “enduring the unendurable and suffering what is insufferable” (堪え難きを堪え, 忍び難きを忍んで / tae-gataki o tae, shinobi-gataki o shinobi), sabar menanggung malu serta berusaha untuk mengembalikan kehormatan Jepun.
Itu menjadi asbab Jepun muncul semula sebagai kuasa besar. 23 tahun kemudian (1968), Jepun menjadi ekonomi kedua besar selepas US dan sekali lagi mengancam kedudukan US.
Ironinya, etika kerja orang Asia Timur adalah hasil daripada perasaan negatif: Korea dimotivasi oleh perasaan “han” (dendam) sementara orang Jepun dimotivasi oleh “haji” (malu). Ini adalah aspek yang perlu kita teliti sebelum nak “meniru” budaya kerja Jepun dan Korea.
Bacaan lanjut:
The Pacific War Research Society, Japan’s Longest Day (1968) – diadaptasi sebagai filem pada tahun 1967 dan 2015
Ruth Benedict, The Chrysanthemum and the Sword: Pattern of Japanese Culture (1946)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih