Tun Abdul Razak mengambil alih tampuk pemerintahan negara dalam keadaan yang tidak teratur. Masalah masih banyak, kesan / sentimen pasca 13 Mei 1969 masih segar malah persaingan dalam parti masih kuat.
Tun perlu bertindak namun setiap tindakan Tun mampu menjadi liabiliti besar dalam keadaan tersebut, itu keadaanya.
Jurang pendapatan antara kaum telah dikenal pasti sebagai antara faktor utama disebalik kejadian 13 Mei 1969. Dalam keadaan itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) terpaksa diadakan. Namun DEB merupakan satu dasar berisiko tinggi kerana sifatnya yang memberi penekanan terhadap satu kaum sahaja.
Dalam keadaan kesan / sentimen 13 Mei 1969 yang masih kuat berakar dalam masyarakat, pelaksanaan dasar tersebut mampu mengundang kemarahan / ketidaksetujuan kaum bukan Melayu. Kegagalan melaksanakan dasar tersebut pula akan mengakibatkan masyarakat Melayu terus terpinggir dari pembangunan.
Tun Abdul Razak sedar waktu dan pilihan beliau semakin berkurangan.
Beliau perlu melaksanakan DEB dan pada waktu yang sama memastikan kepentingan kaum – kaum lain tidak tergugat melalui strategi ” kestabilan politik “. Langkah pertama mencapai kestabilan politik adalah melalui pembentukan Barisan Nasional sebagai ganti kepada Perikatan.
Usaha ini telah membuka ruang yang cukup efektif bagi mencapai kestabilan politik. Ancaman / cabaran yang berpunca dari parti – parti lawan seperti PAS, GERAKAN dan MYPPP berjaya diatas apabila mereka turut menyertai perikatan baru itu. Maka, kestabilan politik mula tercapai.
DEB pun mula diperkenal secara berperingkat pada tahun 1973.
Namun, Tun tidak mengambil mudah kejayaan tersebut. Beliau sedar, ancaman yang lebih besar terhadap kestabilan politik nasional adalah daripada pergerakan Komunis yang masih wujud namun dalam diam di hutan – hutan.
Setahun kemudian tatkala China memulakan dasar terbuka bagi menjalin hubungan dengan negara – negara lain, Tun Razak telah mengambil peluang untuk menjalin hubungan diplomatik bersama China.
Dalam lawatan pertama Tun Razak ke China pada tahun itu, beliau telah disambut mesra oleh Pengerusi Mao Zedong dan Perdana Menteri Chou En-lai.
Dalam pertemuan Tun Razak dengan Pengerusi Mao, Tun telah bertanya pandangan Pengerusi Mao tentang cara mengatasi ancaman Komunis di Malaysia. Lalu Pengerusi Mao pula menjawab:
“Anda (kerajaan) sah di sisi undang-undang, mereka (komunis) tidak sah. Mereka tidak akan berani menonjolkan diri. Jika tentera anda tidak mendekati mereka, tiada alasan untuk mereka menyerang anda. Lama-kelamaan mereka akan hilang.”
Kenyataan Pengerusi Mao itu mempengaruhi sikap Tun terhadap usaha mengatasi ancaman Komunis di Malaysia. Berbeza dengan Tunku Abdul Rahman yang sangat tegas dalam soal mengatasi ancaman Komunis, Tun Razak pula mengambil langkah yang lebih lembut namun cukup berkesan.
Dasar – dasar yang berkesan dalam mengatasi kemiskinan dan proses pembangunan yang pesat serta perubahan taraf hidup telah secara tidak langsung menjadikan perjuangan Komunis tidak relevan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
DEB adalah faktor utama disebalik kejayaan sebahagian besar masyarakat Malaysia pada hari ini. Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Haji Hussein meninggal dunia pada 14 Januari 1976.
Gambar : Tun Abdul Razak bersama Perdana Menteri China, Chou En – Lai.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih