Selepas aku tulis pasal kesimpulan dan tema teras komik ‘Naruto’, adalah juga orang komen-komen ‘Naruto lebih baik daripada drama TV3 pukul 7’. Selalunya ‘drama’ yang dimaksudkan berkenaan ‘cintan-cintun’.

Dalam ‘Naruto’ pun ada ‘cintan-cintun’ juga. Naruto dan Hinata. Sasuke dan Sakura. Shikamaru dan Temari. Sai dan Ino. Minato dan Kushina.

Cinta paling kuat diberikan perhatian adalah antara Naruto dan Hinata. Aku boleh kata filemnya ‘Naruto: The Last’ seperti jelas mengisahkan cinta antara Naruto dan Hinata. Bukan fokus pada misi ataupun pergelutan kelurga nenek-moyang keluarga Hyuga sangat pun.

Cinta yang dibawa oleh mereka bukan sekadar cinta ucapan ‘saya sayang awak’. Bukan benda-benda ‘awak okey?’. Bukan berkisar cemburu-cemburu. Bukan juga berkisar cinta monyet seperti Sakura dan Sasuke. Juga bukan cinta seperti yang dibawa oleh pasangan lain dalam kalangan kawan-kawan Naruto. Bukan cium-cium. Bukan sanjung-sanjung buta.

Hinata menyajikan kepada kita tentang kelengkapan. Orang selalu kata cinta tak perlu masing-masing sempurna, tetapi melengkapi antara satu sama lain.

Semasa kanak-kanak, Hinata tidak mempunyai keyakinan (confident) dan selalu ragu dengan kebolehan dirinya. Beban ini ditambah lagi apabila dia bakal menjadi pewaris keluarga utama Hyuga. Ditambah-tambah lagi dengan kebolehan Hyuga Hanabi, adiknya yang digemari oleh ayah mereka.

Hinata menyanjungi Naruto kerana Naruto mempunyai apa yang Hinata tak ada. Di sinilah perasaan cintanya pada Naruto mula berputik.

Naruto mempunyai beban yang kuat. Dibenci oleh masyarakat. Disisihkan sebab sumpahan. Dianggap pelajar tercorot. Tapi beban ini hanyut dengan sikap Naruto yang berkeyakinan tinggi dan tak mengalah.

Sikap Naruto ini menjadi suatu bentuk ‘kelengkapan’ kepada Hinata untuk terus maju ke depan. Hinata mahu dirinya rasa berguna.

Naruto ‘mengajar’ Hinata sebentuk kepercayaan pada diri sendiri. Hinata pula ‘mengajar’ Naruto sebentuk kepercayaan pada orang lain sepertimana Hinata percayakan Naruto mampu menjadi Hokage.

Naruto anggap Hinata sebagai kawan dan Naruto pada mulanya sukakan Sakura. Tak tahu apa sebab Naruto sukakan Sakura. Mungkin sebab cantik dan menawan.

Naruto mula jatuh cinta pada Hinata sewaktu dalam filem ‘Naruto: The Last’. Naruto mula cintakan Hinata kerana Naruto baru sedar Hinata merupakan manusia paling awal mengiktiraf dan menerima dirinya seadanya sejak kanak-kanak.

Pengiktirafan dan penerimaan adalah apa yang dimahukan oleh Naruto sejak kecilnya. Naruto mahu orang kampung menerimanya walaupun dia disumpah.Itulah apa yang Naruto tiada dalam dirinya.

Hinata memberikan pengiktirafan dan penerimaan tersebut walaupun Naruto tak sedar.

Sejak Naruto jatuh cinta pada Hinata, Naruto menjadi sangat ‘protective’.

Sikap ‘protective’ ini kerana Naruto merasakan Hinata merupakan ‘essence’ hidupnya.

Hinata pula mahu merasakan dirinya berguna pada Naruto. Walaupun Naruto tidak perlu bergantung pada sesiapa kerana kekuatannya, Naruto memberikan Hinata sebuah perasaan yang dirinya memerlukan Hinata untuk menyelesaikan masalah.

Di sini dah sampai satu proses kefahaman pasangan. Kefahaman ini menjadi asas untuk memenuhi keperluan dan kehendak jiwa pasangan.

Walaupun Naruto telah menerima pengiktirafan dan penerimaan daripada orang kampung, keperluan emosi itu tak sama daripada pengiktirafan daripada Hinata.

Begitulah juga Hinata. Walaupun sudah diperakui berguna dan yakin dalam kalangan keluarga dan kawan sepasukan, dia mahukan juga bentuk keperluan emosi daripada Naruto yang merasakan dirinya berguna.

Aku tak ingat ada orang kata, kalau nak cari pasangan, carilah pasangan yang dapat memenuhi kekurangan kita. Kalau kita kurang yakin, carilah orang yang yakin. Kalau kita selalu memboros, carilah orang yang berjimat. Kalau kita pandai fizik, carilah orang yang pandai biologi.

Kalau kita jenis murung, carilah yang selalu ceria. Kalau kita seorang panas baran, carilah yang sentiasa tenang dan tak marah. Ia dapat memenui keperluan emosi, keperluan intelektual dan keperluan jasad.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Leave A Reply