Menurut Hikayat Siak, pada awal 1700-an berlaku perang saudara pertama di Kedah antara dua anak rajanya yang bersaudara. Raja yang muda memanggil bantuan Raja Kecil dari Siak manakala saudara baginda yang tua meminta sokongan Bugis Lima Bersaudara yang diketuai Daeng Perani.

Perang berlaku selama dua tahun seberang menyeberang kubu di Sungai Merbok sehinggalah pada suatu hari Raja Kecil dengan tipu muslihatnya telah menembak Daeng Perani dari atas rumahnya. Jenazah itu kemudian hanyut ke hilir dan dibawa untuk dikuburkan di Kampung Ekor Lubok di Sidam Kiri dalam lembah Sungai Muda. Kawasan tersebut berkemungkinan adalah pangkalan Bugis dan berkemungkinan pusat operasi saudara baginda raja muda.

Kematian Daeng Perani menandakan berakhirnya perang saudara pertama di Kedah namun konflik ini berlarutan sehingga 1770-an.

Dalam pada itu tatkala Raja Kecil di Kedah baginda telah bernikah dengan adinda baginda raja muda Kedah dan begitu juga Daeng Perani. Mungkin ia strategi menang-menang agar siapapun pemenang perang ini pihak yang kekal berkuasa akan meraih sokongan kedua dua belah pihak penyokong. Pernikahan tersebut menghasilkan zuriat baginda Raja Kecil yang bernama Raja Barkabat.

Raja Barkabat mungkin mempunyai hak keatas wilayah yang dimenangi ayahanda baginda sehingga disebut pula dalam Hikayat Misa Melayu negeri Perak bahawa dianggarkan sekitar sebelum 1750, Raja Barkabat telah cuba untuk menawan Bukit Gantang walaupun baginda telah gagal untuk menyeberang Bukit Berapit dan masuk ke Kuala Kangsar. Angkatan baginda yang memusnahkan Bukit Gantang telah dihadang oleh pasukan Perak pimpinan Tuanku Raja Muda Iskandar yang kelak bakal menjadi sultan Perak(1750-1765).

Raja Barkabat telah dibantu oleh dua orang Bugis bernama Daeng Matekok dan Daeng Mencelok. Daeng Matekok ialah orang Wajok yang disebut dalam Hikayat Siak telah mengahwini anak saudara tiri Raja Barkabat, anak Sultan Mahmud lalu melahirkan Tengku Ismail.

Kedudukan orang pegawai Siak di Kedah boleh dikira menjadi permulaan kepada kemasukan beramai ramai komuniti Sumatera dari Batu Bara, Deli, Asahan dan Minangkabau. Misalnya Batu Bara yang diperintah empat penghulu yang setia kepada Raja Kecil sering menjadi transit orang perhuluan ranah Minangkabau untuk ke semenanjung.

Misa Melayu menyatakan ketika Sultan Iskandar Syah mengatur satu ekspedisi ziarah ke seluruh negerinya sehingga ke Matang maka orang Rawa dan Minangkabau yang ramai di Larut Matang datang kepada baginda mempersembahkan segala hasil mereka dan dikatakan mereka zaman-berzaman sering ke Pulau Pinang untuk mencari aneka yakni barang keperluan atau bahan hasil bumi yang kaya di situ.

Ini menyokong pelbagai fakta bahawa orang Sumatera telah menduduki Pulau Pinang seawal sebelum pendaratan Light lagi pada 1786 dan mempunyai penempatan dagang seperti yang diperkirakan sejak 1710, 1723 yang diasaskan Nakhoda Nan Intan dan adindanya Nakhoda Kechil dan juga Datuk Jenaton sekitar 1750-an (Muhammad Hj. Salleh)

Kelemahan Siak dan kuasa Minangkabau bermula akibat perang saudara Siak setelah mangkatnya Raja Kecil, antara lapis anak antara Sultan Mahmud dengan Raja Alam, dan lapis seterusnya antara Sultan Ahmad Bersaudara dengan bapa saudaranya Tengku Muhammad Ali. Suara Siak mula dipandang enteng misalnya suruhan minta bantuan ke Kedah diwakili Tengku Abdullah tidak dilayan.

– tm


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nabil Nadri atau nama penanya Tuan Merbok merupakan pencinta sejarah, arkeologi dan budaya. Penulisannya yang banyak datang dalam bentuk artikel atau posting ringkas menyentuh pelbagai subjek menarik terutamanya berkaitan Alam Melayu dan Dunia Islam. Pencarian nasab dan salasilah diri menjadi obsesi yang mewarnai aktiviti beliau kebelakangan ini disamping usaha beliau menjejak ratusan artifak Batu Aceh yang terdapat di Tanah Melayu. Nabil Nadri merupakan graduan Sarjana Muda dari Jabatan Sejarah dan Ketamadunan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2014-2016) dan kini sedang dalam peringkat melanjutkan pengajian Sarjana dalam bidang Sejarah di universiti yang sama

Leave A Reply