Di Arab Saudi, sebuah projek arkeologi baru telah dilancarkan di Tapak Warisan Al-Ula. Projek ini penting bagi negara tersebut kerana pada zaman pra-Islam, wujud sebuah tamadun yang kaya di tapak warisan tersebut. Maka, projek ini harus dilaksanakan bagi merekod penemuan baru tentang sejarah awal Timur Tengah.

Tinggalan cebisan makam di oasis kuno Al-Ula.

Al-Ula atau Mada’in Saleh adalah tapak warisan yang terletak di barat laut pergunungan Arab Saudi. Pada tahun 2004, kumpulan penyelidikan King Saudi University bersama French National Centre for Scientific Research melaksanakan projek arkeologi ini dengan menggali kawasan tapak warisan itu selama 2 bulan setiap tahun. Projek ini berlangsung selama 5 tahun dan antara antara projek arkeologi terbesar dunia.

Dahulu Al-Ula adalah jantung kepada aktiviti perdagangan kuno yang aktif melintasi gurun di Semenanjung Arab. Al-Ula juga adalah pusat perdagangan kemenyan. Sepanjang kewujudan kota ini, rempah-ratus yang berasal dari Yaman mudah didagangkan ke Timur Dekat seperti Turki dan kawasan Mediterranean. Al-Ula kemudian menjadi kaya dengan kepelbagaian kaum dari tamadun lain selain kekayaan material kerana kehadiran oasis berdekatan menjadi pusat hentian para pengembara dan pedagang yang kepenatan.

Mengikut rekod kaum Assyria di Mesopotamia, dikatakan kaum Arab Tsamud pernah membina penempatan di Al-Ula. Menurut kitab Al-Quran, kaum Tsamud mengamalkan ajaran pagan kemudian Allah S.W.T memerintahkan Nabi Saleh A.S pergi berdakwah di Al-Ula. Kebanyakan orang Tsamud mengendahkan dakwah Nabi Saleh kemudian Allah memberikan bencana kepada yang ingkar kecuali mereka yang menerima dakwah.

Makam Singa dari kerajaan Dadan.

Tiga kerajaan kuno pernah menjadikan Al-Ula sebagai pusat pemerintahan: Dadan, Lihyan, dan Nabatean. Kerajaan Dadan adalah kerajaan pertama yang membentuk masyarakat urban Arab yang pernah direkodkan dalam Kitab Perjanjian Lama. Kemudian Dadan digulingkan secara misteri pada abad ke-6 SM kemudian kerajaan Lihyan mengambil alih, meneruskan budaya Dadan dan memajukan jajahannya.

Masuk abad pertama Sebelum Masihi, kaum Nabatean dari Jordan menakluk kota Al-Ula dan kerajaan Lihyan. Mereka kemudian menjadikan Al-Ula sebagai kota yang tercantik kerana membawa budaya memahat rumah batu seperti Kota Petra milik Nabatean di Jordan. Al-Ula yang dicantikkan menjadi ibu kota kedua kerajaan Nabatean selepas Petra dan menamakannya sebagai Hegra. Nabatean juga menyuburkan tanah gersang Al-Ula dengan memperkenalkan sistem terusan dengan membekalkan air hujan, kemudian memudahkan aktiviti pertanian.

Makam ukiran Nabatean tinggalan kerajaan Nabatean.

Pada tahun 106, tentera Legion Rom pimpinan Maharaja Trajan menakluk kerajaan Nabatean dan menjadikannya sebagai negeri Arab Rom. Dari penaklukan itu, peranan Al-Ula sebagai pusat perdagangan lesap. Pada zaman pertengahan, Al-Ula mengalami kekurangan populasi dan menjadi tempat persinggahan untuk jemaah haji atau umrah menuju ke Mekah. Kerajaan Uthmaniyyah pernah tiba di Al-Ula dan membina kubu di situ namun ia telah hancur saat Perang Dunia Pertama berlangsung. Masuk abad ke-19 Masihi barulah para arkeologis menggali kota kuno itu.

Berbalik kepada projek arkeologi, para pengkaji telah menemui makam kaum Dadan, kuil, dan beberapa tinggalan monument lain. Penemuan ini bakal menemui jawapan mengapa kebudayaan Dadan lenyap. Projek ini sekaligus memperoleh perkaitan ketiga-tiga kerajaan yang memerintah Al-Ula di masa akan dating agar sejarah semenanjung Arab dipulihara sepenuhnya.

Kerajaan Dadan sebenarnya masih tidak lagi diketahui kerana kerajaan Lihyan sentiasa dikaitkan dengan Dadan kerana kerajaan ini memajukan kebudayaan Dadan dan mencapai kegemilangan pada abad ke-2 SM. Mungkinkah kerajaan Dadan adalah kerajaan yang rakyatnya mengamalkan dakwah Nabi Saleh selepas bencana kaum Tsamud? Ini cuma teori saya kemukakan. Yang penting, kerajaan Arab Saudi berusaha merungkaikan sejarah kota Al-Ula yang pernah gah dengan aktiviti perdagangan, terutamanya kemisterian kerajaan Dadan.

RUJUKAN:

Whelan, Ed. (25 May 2020). Digs to Uncover Secrets of Ancient Enigmatic Al-Ula Civilizations. Ancient Origins. Retrieved from 28 May 2020. https://www.ancient-origins.net/news-history…/al-ula-0013761

Whelan, Ed. (20 January 2020). Mada’in Saleh – Saudi Arabia’s Abandoned Nabatean City. Ancient Origins. Retrieved from 28 May 2020. https://www.ancient-origins.net/ancient-…/mada-saleh-0013171


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.