Ar4k secara qat’ienya haram disisi Islam. Sebagai Parti Islam sudah pasti pegangan ini menjadi suatu tuntutan kepada PAS. Kini, apabila PAS berada dalam kerajaan PN, timbul suara mempersoalkan dimana suara PAS dalam isu pemandu m4buk.
Isu Ar4k ini soal prinsip. Mana mungkin PAS bisa berdiam diri dengan perkara haram sebegini, apatah lagi melibatkan kem4tian akibat pemandu m4buk. Semasa jadi pembangkang PAS bersuara, semasa jadi kerajaan pun PAS ‘bersuara’. Mari lihat,
PAS Bersama BN
Sejarah PAS bersama Kerajaan Barisan Nasional pada tahun 1972-1978 memperlihatkan isu ar4k ini juga diperjuangkan oleh PAS. Kisah ini diceritakan sendiri oleh Cikgu Pa, yang merupakan Timbalan Menteri Sains dan Teknologi dan juga Ketua Pemuda PAS Pusat ketika itu.
Katanya, pada tahun 1974 diadakan Jamuan Negara yang melibatkan kepimpinan tertinggi negara bahkan ada jemputan kedutaan luar. Dan, dalam jamuan ini, selalunya ar4k di hidangkan secara terbuka diatas meja makan para pimpinan negara.
PAS melalui Presidennya telah ‘slow talk’ dengan Perdana Menteri ketika itu Tun Abdul Razak, untuk mentiadakan ar4k dalan Jamuan Negara atau pimpinan PAS tidak akan hadir dalam majlis tersebut.
Akhirnya, Tun Razak akur dan ar4k tidak dihidangkan atas meja, namun para hadirin masih boleh meminta ar4k ‘on request’ untuk diri mereka sendiri. Ketika itu difahamkan tiada pemimpin melayu yang meminta ar4k tersebut.
Selepas itu tiada lagi hidang ar4k di atas meja para pemimpin negara. Alhamdulillah, suatu jasa yang cukup besar.
PAS Tadbir Kelantan dan Terengganu
Begitu juga ketika PAS mentadbir negeri Kelantan pada tahun 1990 dan Terengganu 1999, dikuatkuasakan undang-undang, ar4k tidak dibenarkan dijual kepada orang Islam dan dijual secara terkawal kepada orang bukan Islam.
Inilah konsistensi PAS dalam berhadapan dengan isu ar4k. Tiada kompromi dalam pengharaman kepada orang Islam, manakala untuk orang bukan Islam dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu.
PAS dalam Perikatan Nasional
Kita yakin, semangat dan prinsip yang sama juga diperjuangkan oleh PAS dalam kerajaan PN yang ada pada hari ini. Perkara ini boleh dilihat dari kenyataan demi kenyataan pimpinan PAS perihal pemandu m4buk, walaupun sudah menjadi kerajaan.
Hari ini juga, PAS melalui Ketua Penerangannya, telah mengeluarkan kenyataan meminta kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet bagi menoktahkan isu yang berlarutan ini.
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong juga turut memuatkan hantaran di facebooknya yang sedang meneliti cadangan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 perihal pemandu m4buk sehingga menyebabkan kem4tian.
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya berita ini melegakan hati majoriti rakyat Malaysia yang mahu isu pemandu m4buk mampu dinoktahkan dalam kadar segera. Ini juga menunjukkan perbezaan antara kerajaan PH dan PN.
Namun, sebarang perkembangan terhadap isu ini harus dimaklumkan kepada rakyat, kerana ianya sudah menjadi isu nasional yang perlu kepada tindakan yang tuntas dari kerajaan.
Artikel dikirimkan oleh Ahmad Fahmi Mokhtar untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih