Semua maklum penjarakan sosial merupakan normal baharu kehidupan pasca-Covid-19 selagi belum ada vaksin yang efektif terhadap penyakit berjangkit itu. Tetapi mahukah anda mengamalkan penjarakan sosial sekiranya diberi ganjaran sejumlah wang?
Ini yang akan dilakukan oleh Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menerusi kajian simulasi penerbangan ke angkasa lepas. Menerusi simulasi ini, NASA memerlukan sekumpulan kecil individu untuk tinggal bersama secara berasingan selama lapan bulan dengan pampasan sejumlah besar.
Matlamat kajian ialah membantu NASA mengkaji kesan pengasingan dan pengurungan terhadap aspek fisiologi dan psikologi individu. Ia merupakan sebahagian daripada persediaan agensi Amerika Syarikat itu untuk menghantar misi manusia ke Marikh.
Kajian eksperimen ini akan dibuat di Moscow, Rusia dan peserta-peserta akan mengalami persekitaran sama yang bakal dihadapi angkasawan untuk misi-misi mereka ke Marikh. Tipikal bagi angkasawan-angkasawan mengalami pelbagai bentuk penjarakan sosial dan pengurungan semasa menjalani program-program dan misi-misi.
Bagi yang berminat, syaratnya mudah saja iaitu:
– warganegara AS
– sihat tubuh badan
– tidak merokok
– berumur antara 35 hingga 55 tahun
– boleh berbahasa Inggeris dan Rusia
Peserta juga harus menunjukkan kesediaan untuk dikurung dan diasingkan untuk satu tempoh yang lama. Antara tanggungjawab yang bakal digalas peserta-peserta ialah melakukan penyelidikan saintifik, menggunakan realiti maya (VR) dan melakukan operasi robotik. Ini merupakan sambungan daripada kajian NASA sebelum ini yang mengambil masa empat bulan dan membantu rancangan misi sebenar NASA ke angkasa lepas.
Menurut NASA, data daripada penyelidikan berkenaan dapat membantu NASA bersedia dengan sebarang cabaran semasa meneroka angkasa lepas dan menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul akibat pengasingan dan pengurungan menerusi langkah tindak balas yang efektif.
Memandangkan dunia ketika ini berdepan dengan Covid-19, NASA turut mengarahkan semua ahli yang terlibat dalam eksperimen termasuk peserta-peserta yang terpilih menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu bagi memastikan mereka benar-benar sihat dan bebas dari sebarang penyakit.
RUJUKAN’:
Judd, Emily. (2020). Get paid to quarantine: NASA seeks applicants for social isolation study. Al-Arabiya English.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih