itu terjejas termasuk dari segi ekonomi. Dan bukan satu rahsia, peluang itu direbut oleh penjajah bukan saja untuk memperkayakan perbendaharaan mereka tetapi juga mengukuhkan gerakan imperialisme mereka. Contoh paling mudah, India semasa dijajah British.
Selama bertahun-tahun, ramai mendakwa usaha penjajahan Britain di India langsung tidak memberi manfaat ekonomi kepada London dan terpaksa ditanggung atas dasar ihsan. Senang cerita, penjajahan Britain di India bersifat belas kasihan, satu naratif yang cuba dijaja sebagai sebahagian daripada mentaliti beban orang putih dan anggapan orang-orang sebegini sebagai tidak bertamadun.
Tetapi, pakar ekonomi terkenal India Utsa Patnaik mendedahkan naratif sebegini sebagai palsu belaka. Berdasarkan satu artikel yang diterbitkan dalam Columbia University Press, Patnaik merumuskan kos sebenar penjajahan Britain ke atas India selepas meneliti data cukai dan perdagangan kedua-dua negara dari 1765 hingga 1938 ialah AS$45 trilion. Ya, AS$45 trilion!
Jika dilihat dari konteks hari ini, angka tersebut 17 kali ganda lebih banyak berbanding KDNK United Kingdom. Jadi, bagaimana ia boleh mencecah jumlah sebegitu rupa?
Ia berlaku akibat sistem perdagangan. Sebelum tahun 1765, Britain membeli barang komoditi seperti tekstil dan makanan dan membayar kerajaan-kerajaan yang memperdagangkan komoditi tersebut dengan wang perak. Tetapi selepas tahun 1765, Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) bertapak di India dan melaksanakan dasar monopoli ke atas perdagangan negara itu.
Monopoli ini dicapai menerusi satu sistem yang dipanggil sistem cukai dan dagang. Apabila SHTI mengutip cukai di India, sepertiga daripada hasil cukai berkenaan digunakan untuk membeli komoditi-komoditi negara itu untuk tujuan penggunaan British. Realitinya, SHTI mendapat barang-barang tersebut secara percuma dengan menggunakan wang cukai yang diambil daripada rakyat seperti petani dan penenun.
SHTI tahu sekiranya skim penipuan mereka diketahui, ia sudah pasti akan menimbulkan pemberontakan terhadap pemerintahan mereka. Justeru, mereka memastikan individu yang bertanggungjawab untuk mengutip cukai dan membeli barang dagangan bukan orang yang sama.
Sesetengah daripada barang dagangan dieksport ke Britain untuk kegunaan domestik dengan bakinya dieksport semula ke negara-negara lain. Taktik sebegini membenarkan Britain mengimport lebih banyak komoditi termasuk tar, kayu balak dan besi yang amat diperlukan untuk sektor perindustriannya. Pendek kata, nadi utama Revolusi Perindustrian Britain sebenarnya dibiayai oleh sistem curian yang sistematik mereka ke atas India.
Selain itu, dengan mengeksport semula komoditi dagangan ke tempat lain, mereka boleh menjual komoditi tersebut dengan harga jauh lebih mahal berbanding harga asal. Ini membolehkan mereka meraih keuntungan berlipat kali ganda dari taktik berkenaan.
Jika ada menyangka keadaan akan berubah selepas penubuhan British Raj menggantikan SHTI berikutan impak Pemberontakan India 1857, sangkaan itu ternyata meleset. Walaupun dasar monopoli yang diamalkan sebelum ini ditamatkan dan peniaga-peniaga komoditi dibenarkan mengeksport semula, semua bayaran pengeksportan tetap berakhir di London berikutan penguatkuasaan sistem cukai dan dagang British.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih