Itali mempunyai satu rahsia yang diketahui semua tetapi tidak boleh ditiru sesiapa. Keagungan keju Parmagiano-Reggiano dikatakan sangatlah mewah. Walaupun mengetahui resepi, ramai tidak dapat membuatnya.
Kerana sebarang keju sama yang dibuat di luar tanah Parma diharamkan sama sekali melabelkan parmagiano-reggiano.
Ini kerana dikatakan hanya bakteria di tanah Parma sahaja yang boleh menghasilkan kualiti keju setaraf dengan parmagiano-reggiano.
Bakteria ini terdapat di rumput Parma memasuki perut lembu yang mengeluarkan susu untuk dibuat keju. Jika menggunakan resepi ini di luar tanah Parma, di Rom sekalipun, keju tersebut perlu dilabel Parmesan sahaja.
Label khusus ini disangka boleh dinikmati Timur Tengah, Utara Afrika dan Lembah Indus bagi pengeluaran kurma.
Tetapi siapa sangka – kurma boleh dikeluarkan di negara-negara selain rantau tersebut. Pada 1765, kurma telah dibawa ke California dan Mexico oleh sebuah organisasi kepaderian bernama Misión San Ignacio.
Apabila imperialisme dan kolonialisme merancakkan persaingan perdagangan, bangsa Sepanyol banyak memainkan peranan untuk menawarkan barangan unik.
Tidak dapat dipastikan jika inilah pencetus kepada kegemilangan kurma di sana. Tetapi pengkhususan keju Itali nampaknya tidak dinikmati kurma, kerana ia boleh tumbuh dan berbuah dengan meriah di Amerika Syarikat.
Misi membangunkan industri kurma di Amerika Syarikat bermula sejak abad ke-19 lagi.
Pada masa ini Amerika Syarikat melalui Jabatan Pertaniannya mewujudkan suatu inisiatif iaitu untuk mengenalpasti tanaman yang boleh membangunkan ekonomi tempatan khususnya bagi petani miskin. Dan dari sinilah kurma menemui pintu masuk.
Hanya dua kurma sahaja boleh ditanam di Amerika Syarikat – delget nour dan medjoul. Kedua-dua ini mempunyai kemandirian lebih dinamik berbanding baka-baka sepupu lain.
Sudah tentunya ajwa tidak langsung boleh mekar di sana. Sungguhpun begitu, petani-petani Amerika mengambil langkah sangat proaktif untuk menanam kurma di Texas, Utah Selatan, Nevada, Florida, Arizona dan paling banyak sekali California Selatan.
Musim penuaian kurma bermula sekitar pertengahan Ogos sehinggalah pertengahan Mac. Untuk memanjangkan jangka hayat kualiti, kurma-kurma ini dibiar masak penuh pada tandan.
Ia tidak boleh diperam; disebabkan itulah kurma Amerika kering walaupun masih segar dari pokok.
Amerika Syarikat sudah tentunya tidak layak dinamakan gergasi pengeluar kurma. Maka kurma-kurma tempatan menemui tempat di meja petani, pasar basah dan pasar Timur Tengah di mana-mana pelusuk dan ceruk Amerika.
Kemajuan Internet dan pengeposan juga membolehkan pembelian jarak jauh. Untuk menambahkan lagi nilai semasa, kurma-kurma ini selalunya diproses dengan cara pengeringan atau produk untuk produk akhir.
Banyak produk akhir seperti biskut dan gula-gula memerlukan kurma mentah (apatah lagi daripada pasaran tempatan).
Jadi kurma yang dibuang biji atau dijerukkan sangatlah diperlukan, malah lebih murah dan mudah daripada kurma import. Tukang-tukang masak Amerika pun menggunakan kurma tempatan untuk masakan manis atau pedas.
Sememangnya California menjadi tulang belakang bagi membangunkan industri kurma tempatan. Ramai umat Islam Amerika berbuka puasa menggunakan kurma tempatan, yang dijangka bernilai AS$100 juta setiap penuaian ($2,840/1,000 kg).
Dan kurma tempatan juga berada dalam keadaan lebihan, sehingga boleh dieksport sebanyak 10 juta kilogram ($67.1 juta) ke Australia, Canada dan United Kingdom.
Keuntungan makroekonomi daripada pengeksportan ini dimendapkan dengan pengimportan 34 juta kilogram ($79.5 juta) daripada Israel, Pakistan dan Tunisia. Walaupun pengimportan lebih besar daripada pengeksportan, kurma tempatan lebih menguntungkan berdasarkan jurang pada nilai.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih