Baru-baru ini, Epic Games memperkenalkan demo enjin permainan terbaru untuk platform permainan video iaitu Unreal Engine 5 di PlayStation 5. Dan sejak itu, reaksi terhadap enjin tersebut pelbagai. Ada yang merasa kagum tetapi ada juga yang memperlekeh sama ada enjin sebegini boleh memberi kesan positif kepada permainan-permainan video.

Pendedahan Unreal Engine 5 merupakan sebahagian daripada program Summer Games Fest yang dianjurkan oleh pengacara The Game Awards, Geoff Keighley. Program ini berlangsung selama sebulan sebagai pengganti kepada pelbagai ekspo permainan video yang sepatutnya dianjurkan pada musim bunga dan musim panas seperti E3 yang dibatalkan akibat pandemik Covid-19.

Unreal Engine 5 diperkenalkan menerusi demo bertajuk “Lumen in the Land of Nanite” yang menunjukkan seorang wanita melalui sebuah kuil bawah tanah yang terletak di padang pasir. Boleh lihat contoh demo di bawah:

Teknologi Lumen dan Nanite yang direka oleh Epic bertujuan membantu pembangun-pembangun permainan menjimatkan masa dengan menambahbaik langkah antara mengukir model dan kesan khas sehinggalah penghantaran permainan yang telah siap.

Ciri menarik Unreal ialah sistem Nanitenya yang membenarkan enjin memaparkan berbilion-bilion poligon berbentuk segi tiga yang membentuk rupa model permainan. Selain menjadikan pemandangan dan watak permainan kelihatan cantik dan teliti, pada masa sama ia juga menjimatkan masa pembangun permainan.

Selalunya model permainan yang berkualiti dan mempunyai bilangan poligon yang tinggi akan diukir menggunakan program rekaan Zbrush sebagai asas sebelum dikecilkan secara terperinci mengikut skala sehinggalah ia dapat diproses dengan betul oleh enjin permainan.

Beberapa model yang menunjukkan tahap perincian berbeza terselamat daripada dipaparkan apabila pemain berada pada jarak berbeza sekaligus membolehkan prestasi permainan lebih baik dengan menjadikan model-model lebih jauh mengambil sedikit kuasa pemprosesan.

Menerusi Unreal, pembangun-pembangun permainan boleh saja mengimport watak-watak mereka yang berkualiti dari Zbrush ke enjin dan enjin memaparkan bilangan segi tiga diperlukan untuk setiap model bergantung kepada bilangan jumlah piksel yang dipaparkan di skrin.

Taktik sebegini menjimatkan masa pembangunan permainan kerana pembangun tidak perlu mengoptimumkan setiap model mereka bagi menjaga prestasi permainan dan membuang kesan pop-in memandangkan hanya satu tahap perincian paling tinggi bagi setiap model dalam fail-fail permainan.

Sementara sistem Lumens pula turut mengubah cara pembangun permainan menggunakan pencahayaan kerana ia bersifat dinamik dan boleh berubah mengikut ciri geometri permainan. Ini menjimatkan masa pembangun permainan kerana hanya perlu mencipta sumber cahaya dan memasukkan sahaja ke dalam permainan berbanding mengubah sumber cahaya untuk adegan-adegan tertentu bagi menampakkan ia lebih realistik.

Dan dengan sistem ini boleh beradaptasi dengan perubahan geometri permainan, ia membolehkan sistem beradaptasi dengan interaksi pemain terhadap persekitaran mereka seperti bumbung roboh.

Ramai memberi reaksi positif terhadap inovasi yang diperkenalkan oleh Epic ini. Antaranya pengarah God of War, Cory Balrog:

Kedua, pereka Naughty Dog iaitu Asher Einhorn. Einhorn menggelar Unreal sebagai mengagumkan dan ia boleh dilihat menerusi ciapan di bawah:

Manakala bos Xbox Phil Spencer pula amat teruja dengan perkembangan ini dan bersedia memanfaatkannya untuk permainan-permainan Series X Xbox:

Tetapi sedikit berita buruk, ia hanya boleh dimanfaatkan oleh sesetengah pembangun permainan sahaja dan wujud ketidakpastian sama ada Unreal boleh diadaptasi untuk peralatan-peralatan berkuasa kecil (respon Epic: ia boleh dibuat). Paling penting, platform permainan perlu mempunyai SSD yang laju untuk memaparkan imej-imej terperinci di skrin.

Walaupun Xbox boleh menempatkan kedua-dua sistem dalam platform permainan mereka tetapi Unreal lebih sesuai untuk PlayStation 5 berikutan SSDnya yang pantas boleh memuatkan berbilion-bilion segi tiga dengan mudah.

RUJUKAN:

Jones, Camden. (2020). How The PS5 Could Utilize Unreal Engine 5. Screen Rant. https://screenrant.com/playstation-unreal-engine-5-differences-new-features-explained/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.