Tahukah anda, untuk membina sesuatu laman sesawang, ia memerlukan kod-kod tertentu bagi seeorang programmer? Antara kod yang diguna untuk menghasilkan laman sesawang adalah Java, Javascript, JSP, CSS, HTML dan juga PHP. Selain menggunakan kod, ada sesetengah laman sesawang tidak memerlukan kod seperti yang disebutkan tadi. Mereka boleh menggunakan WordPress, Weebly, Webs dan sebagainya bagi secara atas talian atau disebut online. Jika ingin membina sesawang diluar talian atau offline, ada bebearapa perisian yang boleh digunakan contohnya Adobe Muse, Joomla dan sebagainya.
Untuk permulaan ini saya akan berkongsi bagaimana laman sesawang dibina dengan menggunakan kod HTML bagi antara muka bagi sesebuah sesawang. Selepas tamat perkongsian saya mengenai HTML, saya akan berkongsikan langkah seterusnya untuk perantaraan di antara muka depan sesawang dan bagaimana di belakang sesawang itu berfungsi.
Apa itu HTML?
HTML bermaksud Hyper Text Markup Language. Pelayar seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan pelbagai lagi. Dengan pelayar ini, setiap kod HTML akan dapat memaparkan setiap document atau muka yang ingin dipaprkan. Setiap fail HTML tidak menggunakan sambungan seperti .txt atau .docx. Ianya menggunakan .htm atau .html. Tidak percaya? Anda cuba kod ini.
Sejarah HTML
Pada tahun 1989, Tim Barners-Lee telah mencipta World Wide Web atau dikenali sebagai WWW. Dia telah menulis untuk pertama kalinya yang melibatkan Web client atau server (pangkalan data) pada tahun 1990. HTML yang versi pertama direkabentuk bersempena dengan struktur sesawang dan pelayar sesawang yang pertama iaitu Mosaic pada tahun 1993. Beliau juga adalah pengasas kepada World Wide Consortium (W3C) pada tahun 1994. Kini, W3C telah menjadi sebagai sesawang yang utama bagi piawaian sesebuah organisasi.
HTML
Setiap elemen pada HTML akan dinyatakan menggunakan label HTML. Setiap label yang anda dapat lihat seperti contoh di atas akan mempunyai 2 sifat iaitu < dan >, atau dipanggil sebagai kurungan bersegi. Ada sesetengah label ia akan mempunyai pasangan mereka contohnya <br> dan </br>. Untuk label yang pertama bagi setiap pasangan akan dijadikan label permulaan, manakala pada label kedua itu akan dijadikan sebagai penghujung label.
Keseluruhan dokumen perlu ada label <html> kerana ia umpama ibu bapa kepada setiap label. Dalam dokumen ini juga perlu adanya kepala dan juga badan bagi sesebuah sesawang. Untuk label <title> pula, ia akan memaparkan tajuk bagi dokumen tersebut, di mana ia akan dipaparkan pada palang di jendela pelayar.
Jika anda perasan, setiap laman sesawang perlu log masuk tidak kira apa jua sesawang dan contohnya ialah Facebook sendiri. Saya akan berkongsikan sedikit antara muka untuk log masuk dan juga daftar masuk.
Untuk menghasilkan antara muka log masuk atau daftar masuk, ia memerlukan label Form. Form atau borang dalam istilah melayu, ia biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada pelayar untuk server. Label untuk sesebuah Form adalah <form> dan sudah semestinya setiap pembuka mesti ada penutupnya iaitu </form>. Saya selitkan sedikit contoh yang anda boleh cuba lakukannya sendiri dan lihat hasilnya.
Nantikan sambungan seterusnya di bahagian 2.
-MAF-
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih