Siapa tidak kenal seorang ulama kibar tabi’in yang begitu hebat dengan alim, zuhud dan wara’nya. Fudhail bin Iyadh atau nama penuhnya Abu Ali al-Fudhail ibn Iyad ibn Mas’ud ibn Basyar al-Tamimi al-Yarbu’I al-Khurasani adalah seorang ulama yang lahir di Kota Samarqand.

Bukan calang-calang orangnya sehingga digelar sebagai Abidul Al-Haramain kerana teguhnya berbuat ibadah di dua tanah suci iaitu Kota Mekah dan Madinah. Kata al-Mizzi bahawa Fudhail adalah seorang orang soleh dan orang yang sangat kuat beribadah. Manakala Imam Al-Dzahabi mengatakan bahawa beliau merupakan seorang yang zuhud, kuat hafalannya, dan disepakati keterpecayaan dan kemuliaannya.

Namun siapa sangka di sebalik kehebatannya ada suatu kisah yang mengangkat martabatnya daripada seorang per0mpak yang hina menjadi ulama yang masyhur dan mulia. Bahkan beliau tersangat masyhur atas sebab kisah taubatnya. Sesungguhnya Fudhail dahulunya adalah seorang per0mpak dan penyamun jalanan yang menyamun di antara Abiyut dan Syarhaz.

Suatu hari, beliau terpikat dengan seorang gadis yang cantik sehingga menyebabkan beliau sanggup memanjat tembok untuk melihat gadis tersbut. Tatkala itu beliau terdengar satu ayat al-Quran yang menggetarkan hati dan jiwanya sehingga datang satu perasaan insaf di dalam kalbunya.

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang ke atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Al Hadid:16).

Maka siapa sangka, ayat ini menjentik hatinya sehingga hidayah benar-benar mula bermesra di dalam hatinya sehingga keinginan bertaubat sudah mula bermain di jiwa. Al-Maqdisi menyebutkan bahawa Fudhail berkata, “Benar, sesungguhnya demi Allah, inilah saat yang telah tiba untukku bertaubat” lalu dia beransur pulang.

Dalam perjalanan pulang itu Fudhail mendapati satu kafilah sedang beristirehat di waktu malam. Lalu Fudhail terdengar sebahagian mereka berkata, “Marilah kita singgah di desa ini kerana kalau kita melanjutkan perjalanan, sudah tentu kita akan dirompak oleh penyamun yang terkenal bernama Fudhail.”

Al-Maqdisi berkata bahawa mendengar perkataan itu, maka gementarlah hati Fudhail kerana dia sendiri tidak menyangka bahawa sampai ke tahap itu kafilah merasa gusar akan dirinya. Lalu dia berkata, “Wahai kafilah, akulah Fudhail, berlalulah! Demi Allah, aku berusaha sekuat tenagaku untuk tidak berbuat maksiat kepada Allah selamanya”.

Sejurus itu beliau lantas berdoa kepada Allah SWT “Ya Allah, sekarang aku telah bertaubat kepada-Mu dan aku jadikan taubat aku ini dengan tinggal di Baitullah al-Haram.”

Bermula dari situlah Fudhail bertaubat dengan sesungguhnya dan mula mendalami ilmu agama daripada ramai tokoh ketika itu seperti Jaafar al-Saadiq, Sufyan al-Tsauri, Al-A’masy dan Mansur ibn Mu’tamar.

Benar-benar ayat al-Quran itu menjentik hatinya sehingga menjadi hamba yang sangat takut kepada Allah dan kuat beribadah terutamanya di Mekah dan Madinah. Ishaq bin Ibrahim At-Tabari menukilkan bahawa, “aku tidak pernah melihat seorang yang mempunyai perasaan khauf (takut kepada Allah) dan pemurah kepada manusia selain Fudhail bin Iyadh. Al-Quran benar menyentuh hatinya dan tatkala melewati bacaan ayat-ayat tentang syurga maka beliau mengulang-ulangnya dan memohon syurga kepada-Nya.”

Setelah bertaubat, beliau bekerja menguruskan air menggunakan seekor unta dan kemudian menjual air tersebut untuk menyara dirinya dan keluarga serta hidup dalam keadaan yang sangat sederhana. Fudhail akhirnya meninggal dunia pada tahun 186 hijrah sepertimana dikatakan oleh Al-Madini dan Bukhari serta meninggal pada usia 80 tahun.

“Kosongkan jiwamu untuk sedih dan takut supaya kedua perasaan itu dapat bersarang di dalamnya. Apabila sedih dan takut bersarang dihatimu, ketahuilah keduanya akan membentengi dirimu daripada melakukan maksiat dan menjauhkan dirimu dari api neraka.” – Fudhail Bin Iyadh

RUJUKAN:

Ibnu Qudamah Al-Maqdisi, Kitab At-Tawabbin.

Abu Faiz Sholahuddin Bin Mudasim, Fudhail Bin Iyadh: Ahli Ibadah Di Dua Tanah Suci.

Edi bahtiar, Menyimak Pertaubatan Para Sahabat dan Tabi’in, Jurnal Riwayah 1 (2), 2015, 291-310.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mahasiswa Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya. "Cinta kepada Tamadun diiringi kebenaran Sejarah."

Comments are closed.