Ada satu masalah besar yang rakyat Malaysia terlupa. Ada 76,258 orang pelancong dari China yang masuk ke Malaysia tapi tiada rekod keluar dari Malaysia. Manakala, terdapat 39,806 orang pelancong dari India yang tiada rekod tarikh keluar dari Malaysia.
Statistik ini telah direkodkan dari tahun 2016 hingga 2018. Den tak kisahlah parti mana memerintah. Tapi, isu kedaulatan macam ni perlu ditangani.
Rekod ketibaan dan keluar pelancong China:
2017 – 22,495 (masuk), 629 (keluar)
2018 – 50,603 (masuk), 2,691 (keluar)
Jumlah kemasukan – 79,799
Jumlah keluar – 3,541
Jumlah yang tak keluar – 76,258
Peratusan tak keluar – 95.6%
Rekod ketibaan dan keluar pelancong India
2017 – 15,666 (masuk), 304 (keluar)
2018 – 25,677 (masuk), 1,133 (keluar)
Jumlah kemasukan – 41,243
Jumlah keluar – 1,437
Jumlah yang tak keluar – 39,806
Peratusan tak keluar – 96.5%
Lebih 90% pelancong dari China dan India direkodkan tidak keluar dari Malaysia selepas masuk ke negara ini (Jabatan Audit Negara, 2019).
Kerajaan Malaysia sebelum ini telah melaksanakan program pengecualian VISA. Yang mana pelancong dari China dan India boleh memohon VISA dan dibenarkan berada di Malaysia selama 15 hari. Tempoh 15 hari ini pula tidak boleh dilanjutkan.
Dalam beberapa siri berita warga China memiliki Mykad yang ‘sah’
1. Seorang ahli perniagaan China beli Mykad harga RM 400,000
https://
2. 1000 miliki Mykad ‘sah’.
3. Pegawai Kanan JPN jual Mykad pada warga China.
4. Rayer tarik diri bela orang tertuduh jual Mykad.
5. 6 orang pegawai JPN Pulau Pinang jual Mykad.
https://
Kita bising dengan isu pelarian Rohingya yang masuk ke Malaysia secara haram. Tapi, kita terlupa yang ada orang dalam Malaysia sendiri jual kedaulatan Malaysia.
RUJUKAN:
Jabatan Audit Negara. (2019). Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan Tahun 2018 Siri 2, Muka surat 416. Retrieved from https://www.audit.gov.my/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih