Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Berkurung mula dilaksanakan di kebanyakan negara di seluruh dunia bersempena dengan krisis yang melanda. Bagi rata-rata masyarakat, ini merupakan kali pertama dalam sejarah dikenakan perintah berkurung atau duduk dalam rumah oleh kerajaan.

Langkah-langkah pencegahan penularan wabak perlu dipastikan jika ada orang yang ingin keluar rumah seperti memastikan jarak yang selamat dan lain-lain. Masyarakat yang duduk di rumah mula berfikiran kreatif dan inovatif dengan mencuba pelbagai jenis masakan, pertukangan, riadah dan lain-lain.

Namun, adakah anda tahu bagi masyarakat Bali,aktiviti berkurung secara tahunan merupakan suatu tradisi bagi mereka sejak sekian lama? Bahkan talian internet juga akan diputuskan di Bali selama 24 jam! Perayaan Nyepi merupakan perayaan yang penting di kalangan masyarakat Hindu di Bali yang menandakan Tahun Baru di Kalendar Caka (antara kalendar yang digunakan masyarakat Bali).

Nyepi merupakan hari senyap yang berlaku selama 24 jam pada hari pertama dalam 10 bulan kalendar Cakka. Ia merupakan hari yang diwajibkan untuk senyap dan dikhaskan supaya masyarakat boleh bermuhasabah diri.Nyepi merupakan masa untuk penyucian diri pada Tahun Baru.

Semua roh-roh jahat dianggap meninggalkan Bali semasa Hari Nyepi. Mereka percaya bahawa roh-roh jahat akan menganggap tiada sesiapa yang tinggal di pulau itu, dan akhirnya roh-roh itu pun akan meninggalkan tempat mereka.

Perayaan Nyepi melibatkan beberapa siri aktiviti yang diadakan selama beberapa hari. Seminggu sebelum Hari Nyepi, anda akan melihat setiap banjar (kampung) mencipta patung berbentuk raksasa gergasi. Patung-patung ini dipanggil ogoh-ogoh dan mewakili roh-roh jahat yang dipandu untuk keluar dari pulau itu semasa perayaan diadakan. Beberapa hari sebelum perayaan Nyepi, upacara Melasti diadakan.

Upacara ini dinamakan bersempena nama Pantai Melasti yang menjadi tempat utama upacara itu. Dalam kepercayaan Hindu, sumber air dianggap sebagai air kehidupan.Dalam upacara ini, masyarakat dibentuk berkelompok-kelompok ke sumber air seperti danau di laut. Setiap kelompok berasal dari wilayah atau desa yang sama.

Seluruh peserta memakai baju berwarna putih. Para pemangku (pendeta) akan berkeliling dan memercikkan air suci kepada seluruh warga yang datang. Ia merupakan suatu proses penyucian bagi menghadapi Hari

Nyepi.Anda boleh melihat upacara Melasti melalui video ini:

 

Upacara Melasti

Sehari sebelum Nyepi akan diadakan suatu upacara lagi. Upacara ini bermula dengan berdoa di kuil diikuti dengan ‘pengrupukan’ iaitu aktiviti di mana ahli keluarga dan sanak saudara akan memukul objek-objek seperti periuk, kuali dan lain-lain yang berbunyi kuat di sekeliling rumah mereka bagi menghalau roh jahat.

Roh-roh ini diwakili dengan patung ogohogoh yang akan diarak di jalanan hingga ke pekan pada jam 3 petang. Tempat yang popular untuk melihat perarakan ogohogoh ialah di Jalan Monkey Forest pada jam 5 petang. Di situ, kanak-kanak dan  laki-laki akan mengangkut raksasa-raksasa mereka di atas rangka buluh dan dibawa di atas bahubahu mereka sambi diangkut di jalan. Akhirnya, patung itu akan dibawa pulang untuk dibakar di setiap kampung.

Ogoh-Ogoh

Maka, hari berikutnya, tibalah hari kesepian atau Hari Nyepi. Setiap orang yang berada di    Pulau Bali ketika ini harus menghormati peraturan Nyepi. Terdapat empat pantang larang utama bagi penganut Hindu dalam Hari Nyepi iaitu: Amati Geni (tiada api, lampu, elektrik), Amati Karya (tiada aktiviti pekerjaan), Amati Lelunganan (tiada pelancongan ) Amati Leanguan (puasa dan tiada hiburan). Pantang larang itu mencipta suasana yang begitu tenang di mana masyarakat akan berehat seketika dari teknologi dan dapat merehatkan mata dari skrin-skrin gajet untuk sehari.

Suasana di Bali pada Hari Nyepi

Manakala pada hari berikutnya, merupakan Hari Ngembak Geni. Pada hari itu, masyarakat Hindu Bali akan saling ziarah-menziarahi dan saling memaafkan antara satu sama lain. Mereka juga akan melakukan aktiviti Dharma Canthi iaitu aktiviti membaca Sloka, Kekidung, Kekawin dan lain-lain ( lirik dan lagu purba).

Anda ingin melihat bagaimana Hari Nyepi disambut di Bali? Bagi tahun 2021 tahun depan jika berkesempatan, Hari Nyepi akan disambut pada 14 Mac. Antara peraturan yang perlu dipatuhi dan perkara yang perlu dipertimbangkan semasa Hari Nyepi:

  • Dilarang keluar ke jalan. Setiap kampung akan menghantar pecalang (penguatkuasa undang-undang) untuk melakukan rondann menggunakan basikal bagi memastikan tiada orang yang meninggalkan rumah mereka.
  • Dilarang menggunakan kendeaan bermotor. Melainkan servis kecemasan.
  • Pastikan suara anda berada tahap minimum hingga orang di luar rumah tidak mendengar suara anda.
  • Tiada lampu dipasang. Hargai waktu yang anda untuk melihat sinaran bintang-bintang di langit!
  • Tiada peralatan elektrik digunakan. Secara teknikalnya memang tidak boleh. Namun tiada siapa yang akan menghalang anda jika anda memasangnya di dalam rumah. Pastikan tiada bunyi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
  • Lapangan terbang akan ditutup pada jam enam pagi hingga enam pagi keesokan harinya. Pengangkutan juga sama sekali tidak disediakan. Segala penerbangan yang dijadualkan pada hari itu akan dibatalkan.
  • Dari jam 3 petang sehari sebelum Hari Nyepi, penduduk kampung akan mula mengagkut patung ogoh-ogoh mereka ke tengah bandar dan menyebabkan kesesakan trafik.
  • Sekiranya anda tinggal di rumah pelancongan, anda perlu menyediakan makanan dan minuman untuk 24 jam. Sekiranya di hotel, pihak hotel akan sediakan untuk anda.
  • Perhubungan internet akan diputuskan pada jam enam pagi Hari Nyepi hingga jam enam pagi berikutnya.Segala perancangan anda atas talian, anda perlu susun semula.
  • Kebanyakan kedai akan ditutup jam sembilan malam sehari sebelum Hari Nyepi dan dibuka semula pada jam sembilan pagi selepas Hari Nyepi.

Pengalaman melihat suasana Hari Nyepi pasti berbeza dengan perayaan lain. Dalam masa 24 jam, anda akan merasakan suasana di pulau yang begitu sunyi melainkan bunyi burungburung, itik dan haiwan-haiwan lain.

Walau bagaimanapun, sambutan Hari Nyepi di Bali tahun ini pada bulan Mac lalu menimbulkan kontroversi kerana krisis yang sedang melanda dan perhimpunan mereka yang melibatkan ribuan orang semasa upacara Merasti dan perarakan patung raksasa mereka. Pada 31 Mac, Bali telah mengumumkan darurat berikutan bilangan orang yang dijangkiti meningkat dengan mendadak.

Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa Hari Nyepi merupakan suatu tindakan nyata yang dibuat oleh masyarakat Bali untuk memelihara alam sekitar, kebersihan udara dan mengawal pencemaran alam sekitar walaupun hanya sehari dalam setahun. Begitu juga, Hari Nyepi dianggap sebagai suatu inisiatif untuk menjaga keharmonian sosial.

RUJUKAN:

1) indo.com (n.d.) Bali”s Day of Silence. Retrieved from http://www.indo.com/culture/nyepi.html

2) Elly Earls (1 May 2020). Bali’s Day of Quiet Reflection. Retrieved from http://www.bbc.com/travel/story/20200430-where-lockdown-is-an-annual-tradition

3) Ni Komang Erviani (28 February 2019). Denpasar airport to close 24 hours for Nyepi. Retrieved from https://www.google.com/amp/s/www.thejakartapost.com/amp/news/2019/02/28/denpasarairportt  o-close-24-hours-for-nyepi.html

4) Ni Komang Erviani (31 March 2020). COVID-19: Bali declares state of emergency as cases climb, local transmission detected. Retrieved from

https://www.google.com/amp/s/www.thejakartapost.com/amp/news/2020/03/31/covid-19-  balideclares-state-of-emergency-as-cases-climb-local-transmission-detected.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Hadith) dari Universiti Sultan Azlan Shah. Sangat berminat dalam penulisan isu-isu semasa.

Comments are closed.