Sahur ni kena banyak minum air, supaya badan kekal bertenaga. Air ni sekali di masuk dalam tubuh akan terus diproses, tak ada istilah tubuh simpan cecair untuk proses kemudian.
Tubuh akan mengeluarkan air melalui urin bila berlakunya lebihan cecair. Urin atau air kencing turut mengandungi kandungan garam lebihan yang tidak diperlukan tubuh. Maka untuk menggantikan air yang keluar, manusia kena minum air. Jumlah yang disarankan ialah lapan gelas sehari iaitu lebih kurang dua liter.
Tubuh manusia mengandungi 60 peratus cecair. 40 peratus cecair tersebut ialah cecair luar sel (extracellular fluid) seperti plasma darah dan cecair limfa. Baki 20 peratus ialah cecair dalam sel (intracellular fluid) iaitu garam mineral tubuh seperti natrium, kalium, kalsium.
Cecair tubuh dikawal oleh organ buah pinggang. Buah pinggang kita akan mengawal seberapa banyak air yang perlu diserap semula, atau dibuang disamping mengawal kuantiti/paras garam di dalam badan, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Paras garam yang terlalu tinggi membuatkan sakit kepala dan terlalu rendah membuatkan kelesuan.
Bila kita minum air, organ usus besar akan menyerap kandungan air ke dalam darah. Hati (Liver) akan menapis kandungan air dan dihantar ke jantung melalui salur darah. Maka isipadu darah manusia akan bertambah dan jantung perlu mengepam darah ke buah pinggang. Darah akan ditapis dan lebihan cecair akan keluar menjadi air kencing.
Untuk seseorang pesakit buah pinggang dan individu yang mempunyai masalah jantung, pengambilan air perlu dihadkan. Sekiranya berlaku lebihan air, buah pinggang pesakit gagal berfungsi dengan baik akan menyebabkan air tersebut tidak ditapis. Sama juga masalah jantung, jumlah cecair yang terlalu banyak menyebabkan jantung perlu mengepam lebih cepat. Ini boleh menyebabkan komplikasi iaitu kegagalan jantung.
Air tersebut akan terkumpul dibahagian paru-paru seterusnya menyebabkan pulmonaru oedama, keadaan dimana lebihan cecair dalam paru-paru. Pesakit akan merasakan kesesakan semasa bernafas dan rasa kelemasan.
Untuk orang yang sihat sekalipun, buah pinggang mempunyai had untuk bekerja. Buah pinggang boleh menapis cecair sebanyak 20-28 liter sehari, akan tetapi tidak boleh menapis cecair lebih dari 1 liter dalam tempoh satu jam. (Arlene Semeco, 2020)
Maka untuk mengelakkan hyponatremia, individu tidak boleh minum air lebih dari 1 liter dalam tempoh satu jam. Hyponatremia ialah ketidakseimbangan cecair dan garam dalam badan. Pengambilan air yang banyak akan menyebabkan darah kita menjadi cair, dan kandungan garam sodium (natrium) menjadi rendah (tidak seimbang kerana lebihan cecair). Air akan meresap ke dalam sel dan menyebabkan berlakunya bengkak pada bahagian sel.
Sekiranya berlakunya bengkak pada sel otak, ini akan menyebabkan tekanan didalam tempurung kepala. Keadaan ini dipanggil Cerebral edema, tekanan dalam bahagian tempurung yang berpunca dari lebihan cecair (intracanial pressure).
Darah yang mengandungi oksigen gagal memasuki organ ini menyebabkan bengkak lebih teruk atau sel itu mati. Ini boleh menyebabkan individu itu muntah-muntah, diserang sawan, pengsan dan paling teruk membawa maut.
Had dua liter atau lapan gelas sehari itu sebenarnya tepat pun sebab pengambilan air ini bergantung kepada faktor individu seperti tahap kesihatan, umur, dan aktiviti seharian. Hasil kajian setiap tahun mendapati maklumat yang berbeza (Mayo Clinic, 2017) Had pengambilan air yang disarankan ialah 3.7 liter untuk lelaki dan 2.7 liter untuk perempuan dalam sehari ( Arlene Semeco, 2020).
Kalau rasa haus, minum lah. Kalau tengok urin berwarna pekat maka anda kekurangan air. Tapi bersederhana lah, jangan terlalu banyak. Kalau kurang sangat pun bawa penyakit, banyak sangat pun bawa penyakit.
Cerita pasal air tengahari macam ni, teringat dekat air sirap dalam peti sejuk.
RUJUKAN:
1. Arlene Semeco (2020) What happens if you drink too much water? Medical Health News Website.
https://www.medicalnewstoday.com/articles/318619…
2. Kris Gunnars (2020) How Much Water Should You Drink Per Day? Healtline Website
https://www.healthline.com/…/how-much-water-should-you-drin…
3. Kathryn Watson (2018) Is Blue Urine Normal? Urine Colors Explained, Healthline Website.
https://www.healthline.com/health/urine-color-chart
4. Mayo Clinic (2017) Water: How much should you drink every day? Mayo Clinic Website.
https://www.mayoclinic.org/…/nu…/in-depth/water/art-20044256
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih