Panglima Jerman era P3rang Dunia Kedua ini telah membantu Hitler dalam kempen men4kluk Poland (1939) dan Perancis (1940). Ikuti kisah beliau.

Mukadimah

Moritz Albrecht Franz Friedrich Fedor von Bock dilahirkan di Küstrin, timur Jerman pada 3 Disember 1880. Dilahirkan di kalangan golongan aristokrat Jerman, beliau mengikut jejak ayahnya, Karl von Bock yang merupakan seorang komander divisyen ketika P3rang Franco-Prussia (1870-1871). Ayah saudaranya merupakan ketua staf tentera Empayar Jerman ketika P3rang Dunia Pertama iaitu Erich von Falkenheyn.

Seawal usia 8 tahun, Fedor von Bock dihantar ke akademi tentera di Berlin dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (Leutnant) pada 1897. Beliau melanjutkan pelajaran ke Berlin War Academy pada 1908 dan mula mengenali beberapa bakal panglima-panglima hebat Jerman seperti Gerd von Rundstedt dan Franz Halder.

P3rang Dunia Pertama

Ketika P3rang Dunia Pertama, beliau memimpin sebuah batalion dan berjaya dianugerahkan pingat Pour le Merite (antara pingat paling rare di Jerman).

Selepas Jerman tewas pada P3rang Dunia Pertama, beliau menjadi antara 100,000 anggota yang dibenarkan untuk kekal dalam Angkatan Bersenjata Jerman (Reichswehr). Angkatan ini diadakan selaras dengan Perjanjian Versailles yang membenarkan Jerman mempunyai angkatan tentera yang minima dan kecil.

Pada 1920an, beliau dan beberapa orang pegawai tentera atasan Jerman membentuk sebuah organisasi dipanggil Black Reichswehr, sebuah organisasi bayangan untuk mengelakkan Jerman melanggar Artikel 5, Perjanjian Versailles.

Organisasi ini bertanggungjawab dalam membvnuh spy dan mata-mata musuh. Selain itu, organisasi ini juga membolehkan Jerman untuk membentuk askar bayangan yang bertopengkan pekerja. Oleh itu, jumlah tentera Jerman secara tidak langsung telahpun melebihi 100,000 anggota.

Berkhidmat di bawah Hitler

Ketika Adolf Hitler mengambil tampuk pemerintahan Jerman pada 1933, beliau mula secara senyap menubuhkan sebuah angkatan bersenjata Jerman (Wehrmacht) yang lengkap.

Hanya pada tahun 1935, baru lah heboh satu dunia yang Jerman kini boleh merekrut lebih 100,000 orang tentera. Walaupun ia jelas melanggar Perjanjian Versailles, namun British dan Perancis tidak langsung mengambil tindakan. Terhadap Jerman.

Bock merupakan salah seorang panglima yang dipilih oleh Hitler untuk memimpin tentera di timur Jerman. Walaupun Bock merupakan seorang monarkis, namun Hitler kagum dengan sifat dan keberanian beliau.

“Tiada siapa yang boleh mengajar dan menyuruh tentera Jerman m4ti untuk Fatherland seperti von Bock” – Hitler.

Selepas dinaikkan pangkat ke General der Infantrie, Bock ditugaskan untuk memimpin tentera Jerman dalam men4kluk Austria secara aman pada 1938 selepas peristiwa Anchluss (menyatukan Austria kedalam Jerman).

Beliau juga terlibat dengan pen4klukan Jerman terhadap Czechoslovakia pada hujung tahun tersebut. Atas kejayaan ini, Hitler menaikkan pangkat beliau kepada Colonel-General (Generaloberst).

P3rang Dunia Kedua

Pada 1 September 1939, Hitler meny3rang Poland dan terjadinya P3rang Dunia Kedua. Bock dipilih sebagai komander ketumbukan tentera iaitu Army Group North. Tentera-tentera beliau diletakkan di bahagian utara s3rangan dengan objektif untuk menusuk masuk ke ibu kota Warsaw. Manakala dirusuk kanan beliau dijaga oleh Generaloberst Gerd von Rundstedt yang memimpin Army Group South.

Bock selepas kejatuhan Perancis melawat ibu kota Paris, 1940

Akibat daripada ketidak-sediaan tentera Poland untuk menangkis s3rangan Jerman, tentera pimpinan Bock men4kluk Warsaw pada 28 September 1939. Pada 17 September, tentera Soviet pula meny3rang Poland dari arah timur sebelum Poland jatuh sepenuhnya pada 6 Oktober 1939.

Pada 6 Mei 1940, khidmat Bock sekali lagi diperlukan di medan barat iaitu di France. Beliau dipilih oleh Hitler untuk memimpin Army Group B dengan komposisi 6th Army dan 18th Army. Beliau ditugaskan untuk membuat s3rangan ke atas Belanda dan Belgium sebelum menusuk masuk ke utara Perancis. Seterusnya bertemu dengan pasukan Army Group A pimpinan Gerd von Rundstedt yang menusuk dari hutan Ardennes.

Dengan bantuan Luftwaffe dan taktik Blitzkrieg kereta kebal panzer, Jerman berjaya menawan Perancis pada 22 Jun 1940.

Bock yang merupakan seorang monarkis menjadi tetamu kerap kepada bekas Maharaja Jerman iaitu Wilhelm II yang ketika itu menetap di Doorn, Belanda. Hitler begitu kurang senang dengan tindakan Bock ini namun disebabkan oleh kebijaksanaan beliau memimpin tentera, Hitler membiarkan sahaja tindakan beliau.

Bock (tiga dari kiri) ketika majlis pemakaian pangkat kepada Field Marshal, 1940

Pada 19 Julai 1940, Hitler telah mengadakan majlis pemakaian pangkat kepada 12 orang panglima Jerman yang telah berbakti dalam “kemenangan agung terhadap Perancis”. Kesemua 12 orang tersebut dianugerahkan pangkat kepada Field Marshal;

– Fedor von Bock (komander Army Group B)

– Gerd von Rundstedt (komander Army Group A)

– Wilhelm von Leeb (komander Army Group C)

– Wilhelm Keitel (Panglima Angkatan Tentera)

– Walther von Brauchitsch (Panglima Tentera Darat)

– Albert Kesselring (komander Armada Udara 2)

– Erhard Milch (Ketua Setiausaha Kementerian Udara)

– Hugo Sperrle (komander Armada Udara 3)

– Gunther von Kluge (komander 4th Army)

– Erwin von Witzleben (komander 1st Army)

– Walther von Reichenau (komander 6th Army)

– Wilhelm List (komander 12th Army)

Field Marshal Hermann Goering (Panglima Tentera Udara) walaubagaimanapun juga dianugerahkan pangkat yang lebih tinggi iaitu Reichsmarschall untuk membuatkan beliau lebih senior daripada panglima-panglima yang lain dan juga atas dasar kepentingan politik Hitler.

S3rangan Ke atas Soviet Union

Bock amat risau jiga Hitler mengambil keputusan untuk meny3rang ‘gergasi’ Soviet Union. Hitler menjelaskan kepada Bock bahawa sumber p3rang yang Jerman miliki amat cukup untuk menumbangkan gergasi berkenaan.

Tambahan pula, Soviet pada ketika itu rapuh akibat pembvnuhan-pembvnuhan yang dilakukan Stalin sekitar 1936 hingga 1939. Lihatlah betapa teruknya prestasi tentera Soviet ketika berp3rang dengan Finland (P3rang Musim Sejuk 1939-1940).

Oleh itu, Bock menerima penjawatan baru beliau di medan timur dan bersiap sedia untuk berp3rang dengan Soviet Union. Beliau kini memegang jawatan komander Army Group Center yang memiliki 4th Army (von Kluge), 9th Army (Strauss), Armada Udara 2 (Kesselring), 2nd Panzer Army (Guderian) dan 3rd Panzer Army (Hoth).

Pada 22 Jun 1941, Jerman mengisytihar p3rang terhadap Soviet Union. Bock bersama-sama Army Group Center meny3rang barisan hadapan tentera Soviet yang lemah dipimpin oleh Soviet Marshal Semyon Timoshenko.

Seminggu selepas s3rangan, Bock seperti tidak percaya apabila tentera Jerman telah menusuk sangat jauh kedalam wilayah Soviet. Tentera Panzer Guderian dan Hoth menusuk masuk kedalam kedudukan musuh dengan bantuan Armada Udara 2 pimpinan Kesselring.

Formula s3rangan Blitzkrieg Jerman adalah mudah;

  1. S3rangan Artileri
  2. S3rangan Udara
  3. S3rangan Panzer
  4. Pembersihan oleh Infantri

Bock mengarahkan agar panzer-panzer Jerman melalui sahaja bandar-bandar supaya dapat di ‘cut-off’ daripada menerima sebarang bantuan. Kemudian bandar tersebut akan dibedil dengan artileri dan Luftwaffe sebelum infantri datang untuk membersihkan dan menawan bandar-bandar tersebut.

Selepas 2 minggu, Army Group Center pimpinan Bock telah mara 480 batu dan menawan bandar bandar penting Soviet seperti Brest-Litovsk, Pskov, Novgorod, Mogilev, Minsk dan Vitebsk. Pada 17 Julai 1941, tentera Bock telah menawan Smolensk iaitu “Pintu Gerbang Ke Moscow”. Bock mara dengan sangat pantas sehingga membimbangkan Adolf Hitler dan Walther von Brauchitsch (Panglima Tentera Darat.

Alangkah terkejutnya Hitler dan Brauchitsch apabila Bock meminta kebenaran untuk menggempur masuk Moscow pada Julai 1941. Hal ini walaupun dipersetujui oleh Brauchitsch tetapi dilarang oleh Hitler yang risau rusuk kiri dan kanan Bock terlalu terdedah. Mana tidaknya, Army Group North pimpinan von Leeb masih lagi berhempas pulas untuk menuju ke objektif mereka iaitu Leningrad.

Situasi yang sama juga berlaku kepada Army Group South pimpinan von Rundstedt dimana mereka masih bergelut untuk menawan Kiev yang pada ketika itu mempunyai komposisi tentera yang sangat besar yang tiada daya untuk Rundstedt melakukan taktik Blitzkrieg.

Hitler mengarahkan Bock untuk berhenti di Smolensk sehingga situasi Leeb dan Rundstedt dapat diatasi. Hitler juga mahu tentera Soviet yang masih lagi terp3rangkap di bandar-bandar akibat Blitzkrieg ‘dibersihkan’ dahulu sebelum mara ke Moscow.

Bock sangat terkilan apabila Hitler mengarahkan 2nd Panzer Army (Guderian) untuk membantu Rundstedt menawan Kiev manakala 3rd Panzer Army (Hoth) untuk membantu Leeb menawan Leningrad. Walaubagaimanapun, Bock akur dan membuat posisi pertahanan di Smolensk sehingga Guderian dan Hoth selesai dengan objektif masing masing.

Hasilnya, Rundstedt berjaya menawan Kiev dan mengambil 700,000 tentera Soviet sebagai tawanan. Leeb pula walaupun tidak berjaya menawan Leningrad, berjaya mengepung bandar tersebut selama 900 hari.

Akhirnya, Hitler memberi lampu hijau kepada Bock untuk melakar pelan s3rangan ke atas Moscow. Beliau juga memulangkan semula 2nd Panzer Army (Guderian) dan 3rd Panzer Army (Hoth, kemudian digantikan oleh Reinhardt) serta menambah lagi kapasiti tentera Bock iaitu 4th Panzer Army (Hoepner) dan 2nd Army (von Weichs) menjadikan jumlah keseluruhan Army Group Center ialah 1,929,000 anggota tentera.

Menggempur Moscow

Fedor von Bock di Rusia, 1941

Pada pandangan Bock dan ramai lagi panglima-panglima Jerman, menawan Moscow sudah cukup untuk menjatuhkan kerajaan Soviet Union. Hitler membalas bahawa “hanya otak yang reput je yang fikir macam tu”.

Dalam strategi pemikiran Hitler, Soviet Union akan tumbang jika Jerman menawan ekonomi Soviet yang berada di selatan wilayah berkenaan. Di sana, banyak hasil bumi seperti minyak, arang, makanan yang boleh diperolehi untuk membantu keperluan pep3rangan Hitler.

Namun, orang-orang seperti Bock mahu pendekatan yang pendek dalam misi menjatuhkan Soviet Union. Beliau mahu tenteranya menggempur terus dan menawan Moscow. Hal ini kerana Moscow merupakan hub atau ‘center’ kepada kerajaan Soviet.

Jika, Moscow ditawan pentadbiran, pengangkutan jalan, ketenteraan akan lumpuh. Lihatlah peta Moscow ketika itu. Setiap jalan-jalan di seluruh Soviet Union akan berpaksikan Moscow. Oleh hal yang demikian, Bock yakin jika Moscow ditawan, Jerman akan dapat menguasai seluruh Soviet Union dengan mudah.

Peta s3rangan ke arah Moscow

Namun Hitler berkeras untuk melewat-lewatkan s3rangan ke atas Moscow. Beliau berkata, frontline Leningrad dan Kiev masih lagi belum stabil. Setelah stabil barulah s3rangan ke atas Moscow akan dibuat.

Jelasnya lagi, Napoleon pernah menawan Moscow ketika P3rang Perancis-Rusia 1812 dan Rusia masih lagi berdiri. Hal ini kerana Napoleon tidak memusnahkan sepenuhnya angkatan tentera Rusia yang berkampung di selatan dan utara Rusia.

Bock menjelaskan bahawa, tentera Jerman memerlukan Moscow untuk berkampung ketika musim sejuk menjelang tiba. Jika tidak menawan Moscow dengan segera, tentera Jerman akan m4ti kesejukkan dan kelaparan di luar Moscow.

Hitler berhujah bahawa tentera Soviet lebih sanggup membakar Moscow sama seperti taktik ‘bumi hangus’ (scotched earth policy) yang dilakukan oleh tentera Rusia ketika mereka membakar Moscow pada 1812 untuk mengelakkan tentera Perancis berehat di kota berkenaan ketika musim sejuk.

Maka, Hitler berpendapat jika dapat menawan Kiev di selatan dan memusnahkan ketumbukan tentera Soviet di utara, tentera Jerman akan dapat bersenang-lenang ketika musim sejuk tiba.

Bock akhirnya terdiam. Beliau tahu terdapat banyak keberangkalian jika berp3rang dengan Soviet Union. Bock sedar terdapat pro dan kontra jika Moscow ditawan dahulu sebelum menstabilkan keadaan di utara dan selatan.

Akhirnya, selepas berjaya menstabilkan kedudukan tentera Jerman di utara dan selatan, Hitler memberi lampu hijau kepada Army Group South pimpinan Fedor von Bock untuk melancarkan s3rangan ke atas Moscow. Kod rahsia operasi untuk s3rangan adalah ‘Operation Typhoon’.

Berada di tempat Field Marshal Fedor von Bock bukanlah sesuatu yang mudah. Beliau terpaksa organize hampir 2 juta tentera Jerman. Dalam s3rangan ke atas Moscow, beliau meletakkan 4th Army (Kluge) dan 3rd Panzer Army (Reinhardt) untuk menusuk Moscow dari utara. 2nd Army (Weichs) dan 4th Panzer Army (Hoepner) akan menusuk di tengah dan 2nd Panzer Army (Guderian) akan menusuk dari arah selatan.

Pada 30 September 1941, Operation Typhoon dilancarkan. Bock mahu Moscow ditawan pada 7 November sebelum musim sejuk tiba. Ia juga merupakan tarikh Revolusi Rusia. S3rangan awal dilakukan oleh tentera panzer Guderian yang menawan Vyazma, iaitu pekan terakhir sebelum Moscow pada 3 October. Kemudian, diikuti dengan tentera-tentera Jerman yang lain. Selepas itu, mimpi ngeri berlaku.

Hujan mula membadai permukaan tanah serta laluan-laluan. Keadaan tanah menjadi sangat tidak sesuai untuk kenderaan motorkar dan panzer. Ini melambatkan lagi perjalanan tentera Jerman untuk ke Moscow. Ditambah pula dengan asakan demi asakan oleh barisan pertahanan tentera Soviet.

Semakin jauh, tentera Jerman meny3rang, semakin sakit mereka dibuatnya. Pertahanan Soviet semakin lama semakin kuat ketika menghampiri Moscow.

Rupa-rupanya pertahanan Soviet ini telah dirangka oleh – tidak lain tidak bukan – General Georgy Zhukov. Beliau dipanggil oleh Stalin untuk menguruskan pertahanan di pekeliling Moscow. Kejayaan beliau menangkis s3rangan tentera Jerman di Leningrad membuatkan Stalin tertarik dengan panglima berkenaan. Zhukov juga memberi jaminan bahawa Moscow tidak akan jatuh dan Stalin tidak harus meninggalkan Moscow. Stalin akur.

Perjalanan Field Marshal von Bock masih belum berakhir. Army Group Center pimpinannya membedil satu-satu lingkaran pertahanan yang dibuat oleh Zhukov. Bock mengaku bahawa Zhukov merupakan hantu yang mengigaui s3rangan tentera Jerman terhadap Moscow.

Semakin lama Bock mengambil masa untuk ke Moscow, semakin susahlah beliau dibuatnya. Musim sejuk hampir tiba. Tanah yang basah akibat hujan lebat sejak kebelakangan ini sudah mula membeku. Inilah dia malapetaka untuk Bock.

Bekalan minyak, peluru dan makanan sudah nak habis. Bock sudahpun kehilangan 35,000 orang serta 250 kereta kebal dan artileri. Hampir kesemua motorkar tentera Jerman lenyap di dalam selut akibat hujan lebat.

Walaubagaimanapun, s3rangan tetap diteruskan. Selepas menawan pekan Kaluga, tentera pimpinan von Bock cuma tinggal 40km sahaja dari ibu kota Moscow. Namun, Hitler semakin tidak sabar. Hitler mahukan s3rangan drastik dan mengugut Bock supaya ikut jadual yang diberikan. Hitler mahukan Moscow dan semestinya Bock mahukan perkara yang sama.

Bock menekan panglima-panglima bawahannya supaya terus maju ke hadapan walaupun begitu banyak masalah teknikal yang dihadapi. Kluge melaporkan bahawa tentera dibawahnya kekurangan baju sejuk dan tidak berdaya untuk meny3rang.

Guderian pula melaporkan kereta kebal panzer langsung tidak boleh bergerak kerana tidak ada minyak dibekalkan. Artileri-artileri Soviet terus membedil jalan-jalan yang tentera Jerman lalui untuk ke Moscow, menyukarkan lagi keadaan.

Memasuki bulan November, suhu dilaporkan sudah mencapai bawah -28 darjah Celcius. Baju sejuk masih belum lagi tiba di barisan hadapan menyebabkan ramai m4ti kesejukkan. Guderian melaporkan bahawa 70 peratus unit yang terbvnuh dibawahnya bukan akibat s3rangan musuh tetapi akibat cuaca sejuk melampau (frost bite).

Pada 20 November, Bock memindahkan markasnya ke hadapan dan melawan pos artileri berdekatan. Di sana, beliau melihat sendiri bangunan-bangunan kota Moscow. Beliau juga terbang ke ruang udara Moscow bersama Kesselring untuk melihat keadaan dari atas.

Setem mempengingati s3rangan ke atas Moscow

Bock sudah betul-betul berada di pintu masuk Moscow. Beliau hanya perlu membuka sahaja pintu tersebut. Namun, setiap kali beliau ingin membuka, semakin kuat tekanan yang diberikan musuh. 4th Panzer Army sudah berada di utara Moscow. 2nd Army sudah berada di Stesen Metro bahagian barat Moscow. Dari situ, beberapa unit Jerman sudah boleh nampak menara Kremlin di hadapan mata mereka. Bock yakin Moscow boleh ditawan.

S3rangan balas General Zhukov

Pada 6 Disember, dibawah suhu -45 darjah Celcius, Zhukov melancarkan s3rangan balas ke atas 2nd Panzer Army (Guderian) di sebelah selatan. Zhukov membawa masuk 1 juta tentera segar dari Siberia ke Moscow dan meny3rang kedudukan-kedudukan lemah tentera Jerman di sekitar Moscow. Tentera-tentera Siberia ini dilengkapi dengan pakaian sejuk dan latihan musim sejuk membedil tentera Jerman yang kesejukan merangkak ke arah Moscow.

S3rangan balas General Zhukov

Berita ini amat mengejutkan Bock kerana s3rangan balas Zhukov ini berskala besar. Tentera dibawahnya yang selama ini perlahan-lahan mara ke Moscow hanya menerima s3rangan-s3rangan kecil sahaja dari tentera Soviet. Tetapi kali ini, mereka tidak lagi merangkak tetapi berlari lintang-pukang meninggalkan posisi mereka. Tentera Jerman berundur secara mendadak. Kereta kebal T-34 dan KV-1 Soviet membedil kedudukan tentera Jerman.

“Armor T-34 dan KV-1 milik Soviet terlalu tebal sehingga tidak boleh di tembusi oleh Panzer IV muncung pendek milik tentera Jerman. Hanya tembakkan ke arah belakang kereta kebal berkenaan sahaja yang mampu memusnahkan mereka” – Heinz Guderian.

“Saya sudah menekan Pemerintah Tertinggi untuk meny3rang musuh ketika mereka sedang terduduk. Kita dah boleh memusnahkan musuh pada musim panas lepas. Musnahkan mereka secara menyeluruh. Pada bulan Ogos yang lepas, jalan ke arah Moscow terbuka luas – sangat luas. Terdapat rongak di situ. Kita sepatutnya dah ada di tengah kota Moscow dengan kemenangan mutlak. Pemimpin atasan membuat kesilapan besar dengan mengarahkan saya membuat posisi pertahanan ketika itu. Sekarang kita semua akan membayar kesilapan tersebut.” – Fedor von Bock.

Bock kemudiannya mengarahkan tentera Jerman untuk berundur. Kini, mereka sudah berundur sejauh 80 km. Maka, itu lah kali terakhir tentera Jerman melihat Moscow. Bock merupakan komander Jerman yang pertama dan terakhir yang meny3rang kota berkenaan.

Pada 16 Disember, beliau diberhentikan oleh Hitler atas kegagalannya menawan Moscow.

Selepas Moscow

Pada Mei 1942, Field Marshal von Bock diberi peluang sekali lagi oleh Hitler untuk memimpin Army Group South yang ketika itu sedang bersiap-siap untuk meny3rang ke Stalingrad. Kebijaksanaan Bock dihorm4ti oleh Hitler yang telah memenangi banyak pertempuran sebelum itu.

Di bawah Bock, beliau berjaya menawan Kharkov, hub industri terbesar di Ukraine. Namun, semakin hampir mereka ke Stalingrad, semakin banyak pertelingkahan di antara beliau dan Hitler. Ia semakin parah apabila Hitler membuat keputusan untuk membahagi dua Army Group South – Army Group A dan Army Group B.

Objektif asal Army Group South adalah untuk menawan minyak di Caucasus. Hitler mengarahkan Army Group A (pimpinan Wilhelm List) untuk menawan minyak di Caucasus manakala Army Group B (pimpinan Bock) untuk bergerak menuju ke Stalingrad.

Bock (kanan sekali) bersama-sama panglima-panglima medan Army Group South, 1942

Bock menegaskan idea gila ini tidak akan menjadi kerana tentera Jerman terpaksa menghadapi masalah supply dan lojistik yang sangat kronik. Amarah Bock menjadi-jadi apabila beliau mengherdik Hitler ketika mesyuarat pada 12 Julai 1942. Beliau terus dipecat Hitler dan digantikan dengan Maximilian von Weichs.

“Aku dah tidak boleh bekerja dengan orang begini” – Fedor von Bock.

Jenayah P3rang

Sebagai komander p3rang, Fedor von Bock tidak lari daripada melakukan kesalahan. Beliau menjalankan arahan yang melanggar Perjanjian Geneva dengan mengarahkan pembvnuhan tawanan p3rang Soviet pada 1941.

Walaupun begitu, pembvnuhan yang dibuat sejajar dengan arahan yang dikeluarkan Hitler sebelum s3rangan ke atas Soviet bertarikh 6 Jun 1941. Arahan yang diberi nama Comissar Order itu menulis bahawa semua pegawai-pegawai Soviet yang ditahan perlulah dibvnuh kerana disyaki menjadi komisar Komunis.

Tetapi Bock juga terkenal dengan panglima yang menulis surat mengecam penganiayaan dan kekurangan makanan yang diberikan kepada tawanan p3rang. Namun, kerosakkan telahpun dibuat. Sudah ramai tawanan p3rang m4ti dibawah pimpinan beliau.

Bock juga dilaporkan menerima rasuah daripada Hitler sendiri. Taktik rasuah Hitler ini digunakan untuk membeli kesetiaan panglima-panglimanya. “Hadiah” berbentuk duit ini biasanya disogok dalam jumlah 150,000 hingga 40 juta Reichsmarks. Bock merupakan salah seorang komander yang menerima “hadiah” ini.

Epilog

Fedor von Bock terbvnuh pada 4 Mei 1945, iaitu lima hari sebelum tentera Jerman menyerah kalah. Beliau dis3rang oleh Royal Air Force British pada pagi 3 Mei ketika dalam perjalanan ke utara untuk bertemu dengan Grand Admiral Karl Doenitz (Presiden Jerman, ketua negara selepas kem4tian Hitler). Tujuan Bock untuk bertemu dengan Doenitz adalah untuk menunjukkan taat setia kepada pemimpin Jerman yang baru.

Beliau dikebumikan di sebuah gereja di Lensahn, utara Jerman.

RUJUKAN:

  1. Summary of Fedor von Bock https://ww2gravestone.com/people/bock-fedor-von-the-starver-moritz-albrecht-franz-friedrich-fedor/
  2. Fedor von Bock, Britannica, Biography. https://www.britannica.com/biography/Fedor-von-Bock
  3. Battle of Moscow, Armchair Historian, 29 September 2019. https://www.youtube.com/watch?v=yus9N3AG_WE
  4. Gerbet, Klaus and Johnston, David. Generalfeldmarschall Fedor von Bock: The War Diary 1939–1945. Schiffer Publishing. 1 January 2000

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang lepasan UPNM berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Strategi yang kini berkhidmat di dalam Rejimen Renjer Diraja. Penulisan yang lebih cenderung kearah sejarah Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

Comments are closed.