Umur alam ini sudah 13 bilion tahun. Kini, sudah terdapat jutaan galaksi, bintang & planet. Di galaksi Bima Sakti (Milky Way) saja ada 40 bilion planet yang boleh diduduki. Takkan kita saja ada, mana yang lain?
Nah, itulah Paradoks Fermi. Berkata Fermi, “Where is everybody?”
Umur Bumi 4.5 bilion tahun. Hidupan mula di Bumi 3.5 bilion tahun yang lalu. Homo sapien mula muncul 200,000 tahun yang lalu. Dalam tempoh 200K tahun, kita hampir eksploitasi seluruh jenis tenaga yang ada di Bumi. Dijangka dalam 100 tahun, Bumi akan mencapai tamadun tahap I.
Aduh, tamadun apa pula ini? Menurut Nikolai Kardashev, tahap suatu tamadun berdasarkan kemajuan teknologinya dapat diukur melalui penggunaan tenaga yang dapat digunakan oleh tamadun itu. Dengan cara itu, Kardashev mengusulkan idea Skala Kardashev.
Tahap I — penggunaan seluruh tenaga di Bumi
Tahap II — penggunaan seluruh tenaga Matahari.
Tahap III — penggunaan seluruh tenaga galaksi .
Buat masa ini, Bumi masih belum pun mampu mencapai tahap I, tetapi dijangka kita dapat mencapainya dalam tempoh 100 tahun lagi. Tahap II pula kita dapat capai dengan eksploitasi tenaga matahari.
Tenaga matahari yang sampai ke Bumi cuma sekitar 0.0000000001% saja. Daripada peratusan itu, tidak sampai 40% pun yang dapat kita gunakan kerana selebihnya diserap/dipantulkan oleh Bumi.
Bayangkan kalau kita dapat gunakan semua tenaga matahari? Kita sudah ada cetak biru (blueprint) untuk gunakan tenaga matahari secara langsung iaitu gunakan sfera Dyson (Dyson Sphere). Kalau kita dapat gunakan tenagah Matahari sepenuhnya, kita dapat capai tamadun Tahap II.
Dengan tamadun tahap II dijangka dapat dicapai dalam tempoh ribuan tahun lagi oleh Bumi. Kalau kita dapat capai, pergi planet-planet lain dalam sistem solar (marikh, pluto, dll) itu macam pergi melancong ke negara-negara lain.
Tahap ke III pula dapat dicapai kalau kita dapat gunakan seluruh tenaga di galaksi Bima Sakti. Bumi dijangka dapat mencapai tahap ini dalam tempoh jutaan tahun lagi.
Walaupun manusia moden telah muncul seawal 200K tahun lalu, teknologi kita mula berkembang pesat sekitar 100 tahun yang lalu. Apabila teknologi moden dah mula, perkembangannya amat laju. Tak sampai 20-30 tahun kita pakai fon picit, terus tukar ke telefon pintar.
Apa kepentingan pengkelasan tamadun ini dengan Paradoks Fermi? Anda bayangkan, umur alam semesta ialah 13 bilion tahun. Bumi lahir sekitar 4 bilion tahun yang lalu. Sebelum Bumi lahir, ada tempoh sekitar 10 bilion tahun untuk alien mencapai tamadun tahap III.
Sepatutnya kita dah boleh nampak kapal-kapal angkasa bertebaran macam filem Star Wars. Saintis pun telah menemui banyak planet yang boleh diduduki yang lebih tua daripada Bumi. Di mana mereka? Inilah dia paradoks.
Selain itu, dengan saiz alam semesta yang amat luas ini terdapat jutaan, malah bilion planet seperti Bumi. Dalam galaksi Bima Sakti saja dah ada 40 bilion planet, di mana mereka? Inilah lagi satu paradoks.
Saintis usulkan pelbagai hipotesis untuk selesaikan paradoks ini. Apa dia?
1. Mungkin makhluk asing ada di planet lain, tapi mereka tak mempunyai kepintaran macam manusia. Contohnya kucing. Kalau anda bagi kucing telefon, kemudian anda menelefonnya, adakah kucing akan angkat? Tentulah tidak. Dia manalah faham. Yang dia tahu, makan, tidur, mengarah.
2. Mungkin tiada langsung makhluk asing. Terbentuknya hidupan adalah kes yang nadir (rare). Planet lain mungkin ada udara, air atau sumber yang cukup untuk manusia hidup. Tetapi planet² tersebut mungkin tak mempunyai unsur² tertentu yang membolehkan terbentuknya hidupan/spesis.
3. Saiz alam ini terlalu besar iaitu 93 bilion tahun cahaya. Itu pun cuma saiz yang manusia mampu cerap. Jadi, makhluk asing ini mungkin duduk jauh sehingga sukar untuk kita berhubung. Kalau kita hantar maklumat, tak tahu bila boleh sampai.
4. Ingat tak filem Arrival (2016)? Alien datang Bumi, tapi komunikasi guna bahasa yang susah difahami. Mungkin Alien terima mesej daripada kita, tetapi dia orang tak faham apa yang kita cakap. Mungkin juga mesej mereka pernah sampai ke kita, tapi kita tak sedar sebab tak faham.
5. Paradoks SETI bersempena dengan nama institut yang cari alien. Paradoks ini cakap mungkin kita masih belum jumpa alien sebab manusia dan alien masing-masing menunggu signal. Usaha nak hantar signal itu tak ada. Macam suka sama suka, tapi tak nak luah. Hujung² tak jadi apa.
6. Alien mungkin sudah wujud lebih awal daripada Bumi dan manusia. Mungkin mereka telah mencapai tamadun tahap III, tetapi tamadun mereka musnah sebelum munculnya manusia.
7. Alien mungkin dah ada. Tapi zuhud ya amat. Mereka anggap perjalanan angkasa itu sesuatu yang terkebelakang. Jadi, hidup depa ringkas saja. Kita hantar signal pun mana depa tahu sebab tak ada teknologi. Manusia macam ini biasa susah nak jumpa. Tetapi bagi alien mungkin normal.
8. Hipotesis zoo. Ini paling femes. Mereka mungkin sedang memerhatikan kita macam mana kita memerhatikan haiwan di Zoo. Mereka tutup kehadiran mereka dan terus melakukan cerapan ke atas kita. Alien ini mungkin baik. Jenis tak kacau orang macam Christopher Columbus.
9. Alien mungkin tengah sibuk simpan tenaga untuk kegunaan masa depan iaitu waktu alam dah tak ada tenaga lagi. Waktu simpan tenaga ini, depa tidur sat. Nanti bangun bila alam dah mula tiada tenaga.
Tenaga yang disimpan banyak ini dapat bangunkan kemajuan yang tak terbayangkan.
10. Anda rasa Naruto kenal tak kita? Mestilah tak kenal. Kita ja kenal depa dan kitalah (manusia) yang mencipta depa. Sesetengah saintis berhipotesis, mungkin kita adalah hologram yang dicipta oleh alien sebagai satu bentuk hiburan pengunjung alien. Macam simulasi gitu.
Rasanya ada lagi beberapa hipotesis yang diusulkan untuk selesaikan masalah Paradoks Fermi. Tapi cukuplah 10.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih