Ya, ini adalah solusi dinyatakan dalam filem bersiri The Purge. Terdapat 4 siri untuk filem ini. Dan The Purge ni ada juga dalam TV Series, tapi timelinenya tidak sama. Kira lain versi dengan yang filem.
1. The Purge adalah dimana satu acara untuk satu malam dibenarkan segala aktiviti jenayah termasuk pembvnuhan. Namun, senjata kelas 4 seperti bom tidak dibenarkan digunakan dan pegawai kerajaan diberikan imuniti pada malam tersebut (kecuali untuk The Purge : Election Year).
2. Acara ini bermula pada 7 PM dan berlangsung sehingga 7 pagi. Pada tempoh 12 jam ini semua polis, bomba dan pusat perubatan tidak akan beroperasi dan hanya akan beroperasi pada pukul 7 pagi pada keesokan harinya.
3. Malam yang penuh huru hara. Bukan semua membvnuh disebabkan mahu membvnuh. Ada yang membvnuh untuk mempertahankan diri, ada juga yang membvnuh akibat dendam.
4. Acara ini diperkenalkan oleh parti politik baru, New Founding Fathers of America (NFFA) sebagai satu solusi bagi mengatasi masalah kejatuhan dan kemelesatan ekonomi. Acara ini juga didakwa telah mengurangkan masalah jenayah di US pada ketika itu.
5. Segala masalah gelandangan, penggangguran, kekurangan dana juga dapat diatasi dengan The Purge menurut NFFA dalam filem berkenaan.
6. Dalam movie tersebut juga kerajaan telah menghantar tentera dan pembvnuh upahan bagi memghapuskan semua penempatan orang miskin dan membvnuh mereka. Hal ini dilakukan kerana bagi mengurangkan kos yang ditanggung kerajaan kepada rakyat miskin.
7. Untuk data DUNIA SEBENAR, sememangnya perbelanjaan kerajaan US untuk membasmi kemiskinan meningkat dari hari ke hari. Hampir 16 trillion dibelanjakan oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan dalam tempoh 50 tahun kebelakangan ini.
8. Tapi betul ke dakwaan yang dinyatakan dalam filem tersebut? Semudah itu? Jawapannya TIDAK. Banyak masalah akan timbul dengan aktiviti tersebut dalam dunia filem berkenaan.
9. Ketidaksamaan akan berlaku. Anda bayangkan orang kaya dengan duit yang mereka ada, mereka mampu untuk berbelanja untuk alat alat keselamatan seperti dinding besi dan senjata senjata bagi mempertahankan diri.
Orang miskin tidak mampu berbuat demikian. Maka, orang miskin sahajalah yang akan menjadi mangsa pada malam berkenaan. Masalah rasis serta jurang antara yang miskin serta kaya akan semakin besar dan huru hara.
10. Masalah dari sektor pekerjaan. Jika yang miskin serta kelas pertengahan sahaja yang dihapuskan dalam filem ini, bagaimana kedudukan dan ruang ruang kosong dalam pekerjaan hendak diisi? Tak akan orang kaya hendak bekerja dalam sektor buruh mahupun menjadi pelayan kan? Orang miskin kena kerja 2 in 1 bagi memenuhi sektor pekerjaan? Penindasan!
11. The Purge ini pun bakal menimbulkan masalah buat industri insurans dari pelbagai sudut. Sebagai contoh, dari segi policy, pihak insurance terpaksa membatalkan keputusan mereka untuk memasukkan sekali kemusnahan pads malam Purge dalam apa yang mereka cover.
Jika mereka mahu cover sekali kemusnahan pada malam tersebut, mereka perlu mengambil pakej yang mahal dimana rata rata peniaga kecil tidak mampu (rujuk Purge Election Year, Joe Dixon punya kes).
12. Beban dari segi tanggungan syarikat insurans pun bakal bertambah. Sama ada untuk cover pelanggan yang mengalami kecederaan semasa malam terbabit, mahupun impak selepas kejadian tersebut.
13. Masalah monopoli juga akan berlaku. Syarikat mahupun perniagaan kecil semakin parah dan kian sukar untuk mendapatkan tempat dalam pasaran. Sebab apa?
13. Masalah monopoli juga akan berlaku. Syarikat mahupun perniagaan kecil semakin parah dan kian sukar untuk mendapatkan tempat dalam pasaran. Sebab apa?
14. Aktiviti The Purge mampu mengurangkan masalah jenayah? Tidak. Perbuatan jenayah seperti membvnuh ini bakal menimbulkan masalah ketagihan dan sentiasa ini melakukan lagi dan lagi. Umpama masalah mental.
Dengan aktiviti ini juga, ramai akan menyimpan d3ndam untuk membalas semula jen4yah yang dilakukan oleh seseorang.
Jadi segala apa yang digembur-gemburkan dalam filem ini adalah palsu belaka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih