Bagi saya, kalau dilihat secara halus, terdapat banyak tanda-tanda bahawa komunis sedang cuba bangun kembali. Perlu diingat, mereka tidak menyerah kalah, sebaliknya hanya bersetuju untuk meletak senjata. Sesiapa yang mengikuti sejarah akan lihat bagaimana perkara sebegini pernah berlaku, di mana mereka berehat sebentar hingga menyebabkan zaman darurat tamat pada 1960. Mereka bukannya menyerah kalah, namun sebaliknya berundur dan mengatur kembali pergerakan mereka yang disusun semula dalam beberapa fasa, sebelum kembali mengganas pada tahun 1968. Jika pembunuhan tokey estet orang putih di Sg. Siput menjadi punca tercetusnya darurat, serang hendap ke atas konvoi pasukan Pasukan Polis Hutan dari Ulu Kinta di kawasan Kroh-Betong pada 17 Jun 1968 yang telah mengorbankan 16 anggota dan mencederakan 17 orang telah menjadi antara testamen kebangkita semula komunis semasa Insurgensi ataupun Darurat Kedua antara tahun 1968-1989.
Force 136
Pada tahun 1943, British telah menubuhkan South East Asia Command (SEAC) berpengkalan di Colombo, Sri Lanka. Tujuannya adalah untuk menubuhkan pasukan-pasukan gerila yang bakal beroperasi di belakang garisan musuh di Malaya, Sumatera dan Pulau Andaman bagi persediaan serangan oleh pasukan British ke atas Jepun bagi membebaskan Malaya. Melalui SEAC inilah tertubuhnya Force136. Di Malaya, Force136 ini telah berhubung terus dengan antara kumpulan gerila paling tersusun yang terdapat di Malaya pada ketika itu, yang telah menerima bantuan peralatan dan latihan daripada British iaitu MPAJA ( Malayan People Anti Japanese Army).
Antara ahli dalam MPAJA pada ketika itu adalah Kuomintang dan Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng yang beroperasi di kawasan hutan. Perhubungan yang ditetapkan itu telah membawa Force136 terus kepada MPAJA . Anggota Force136 British telah dibawa masuk melalui kapal selam (seperti dalam gambar), antaranya oleh sub Belanda yang dikenali sbg Sub023 yang membawa anggota masuk melalui “Ops Most Secret” ddari Sri Lanka. Ada juga anggota yang digugurkan melalui udara.
Tapah, Perak pada 31/12/1943.Perjanjian tersebut mempunyai kandungan yang cukup ringkas. Antara lainnya :
MPAJA akan bekerjasama dan menerima arahan daripada SEAC sepanjang tempoh keganasan dan tempoh peralihan tentera selepas itu. British pula akan memberi bantuan kpada MPAJA dalam bentuk senjata, peluru dan bahan letupan serta sejumlah dana. Setiausaha PKM mencadangkan jumlah antara 50000 ke 70000 Straits Dollar sebulan.
Perjanjian itu telah ditandatangani antara :
- John LH Davis – bekas polis bertugas di Kangar, Perlis sebelum peperangan. Kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Perhubungan (LO) di Pahang. Dia kemudian dibawa ke Singapura untuk menyertai 101 Special Training School (STS). Lari ke India sebelum Singapura jatuh ke tangan Jepun.
- Richard N Broome – bekas pegawai daerah (DO) Ipoh. Sampai ke Singapura pada Disember 1941 dan menyertai 101 STS sebelum lari ke India. Dia sampai semula ke Malaya di Segari pada 1943 dan menyertai Davis di Kem Blantan.
- Lim Bo Seng – LO bagi Kuomintang dan Force136. Lari dari Singapura ke Sumatera selepas ia jatuh ke tangan Jepun, sebelum ke Sri Lanka. Sampai di Malaya pada November 1943 dan dibawa oleh Chin Peng ke Blantan. Telah ditangkap oleh Jepun pada 1944 di Batu Gajah. Dia disiksa hingga mati di dalam penjara pada Jun 1944, dipercayai dikhianati oleh Lai Tek.
- Major F. Spencer Chapman – beroperasi di Pahang. Dijemput oleh Chin Peng menyertai mesyuarat di Blantan.
- Chin Peng – nama asal Ong Boon Hua. Menyertai PKM pada umur 17 tahun (1940an) sebelum bergerak ke bawah tanah bagi mengelakkan ditangkap. Dilantik sebagai LO kepada Force 136 di Perak. Merupakan koordinator utama mesyuarat pada Disember 1943 tersebut. Menggantikan Lai Tek yang melarikan diri selepas menggelapkan dana PKM jutaan dollar, sebagai setiausaha. Disyaki sebagai individu bertanggungjawab ke atas arahan pembunuhan Lai Tek yang dilaksanakan di Vietnam.
Perjanjian pertama tidak memuaskan hati pihak British kerana isi kandungannya terlalu ringkas. Ia membawa kepada perjanjian kedua yang ditandatangani di Kem Bidor, Perak pada 16 April 1945. Antara isi perjanjian tersebut adalah :
– PKM diperbesarkan
– lebih senjata dan peluru digugurkan daripada udara
– turut digugurkan adalah jongkong emas dan duit Jepun palsu
– bantuan bulanan kepada PKM sebanyak 300 Pound seminggu
– bekalan makanan digugurkan kpada PKM
– sebagai timbal balas, PKM akan menerima LO daripada SEAC di mana setiap LO akan ditemani oleh 1x platun Gurkha yang akan berada bersama PKM ketika senjata dihantar dan diserahkan. Kesemua senjata harus diserahkan kembali kepada pihak British selepas peperangan berakhir.
– samada Major Davis diletakkan di markas PKM atau seorang pegawai tinggi PKM diletakkan bersama-sama Mjr. Davis. PKM telah mencalonkan Chin Peng.
Selepas perjanjian tersebut ditandatangani, bekalan digugurkan seperti sepatutnya. Kesempatan ini telah digunakan oleh PKM untuk mengumpul bekalan di kem-kem mereka yang terletak jauh di dalam hutan. Pada masa yang sama juga, Force136 turut melatih gerila MPAJA. Menjelang Ogos 1945, Force136 telah melatih 30x patrol yang diperkuatkan oleh 5x kumpulan bantuan Gurkha. Setiap kumpulan mempunyai 1x pegawai British dan 17x pegawai dan anggota Gurkha lain-lain pangkat. Keseluruhannya pada ketika itu terdapat 308 orang anggota Force136 yang mana 88 daripadanya adalah pegawai British. Kebanyakannya bekerja bersama MPAJA. Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, terdapat juga pecahan Force136 Melayu yang beroperasi di Perak, Kedah dan Pahang.
Force136 Ulu Perak – Askar Melayu Setia
Beribu pejabat di Istana Kuning, Bkt. Chandan, Kuala Kangsar. Keutamaan tugas mereka adalah menjaga kawasan Ipoh dan Taiping sebelum kembalinya pentadbiran British.Melalui Ops Hebrides yang telah dilancarkan pada 16/12/1944 yang dilancarkan di Utara Perak, 5x pegawai Melayu bersama-sama GLO, Mjr. Peter G. Dobree dan Capt. Clifford telah terjun daripada udara ke Padang Chermin di kawasan Empangan Temenggor.
Dibantu oleh penghulu Kg. Temenggor, Awang Muhammad dan Penghulu Kg. Bersia, Lahamat B Piah, mereka telah menghubungi Pegawai Daerah (DO) Gerik, Capt. Mohd Salleh Hj. Sulaiman lalu membentuk Askar Melayu Setia. Perhubungan radio telah ditetapkan dengan markas Force136 di Kandy, dan kumpulan kedua melalui Ops Beacon telah dihantar seterusnya untuk menubuhkan kumpulan Pahang.
Force136 Pahang – Pahang Wataniah
GLO, Mjr J. Douglas Ricahrdson dengan dibantu oleh Mat Nanyan (operator W/T) bersama-sama Osman Mahmud dan Jamal telah menubuhkan kumpulan Wataniah Raub-Kuala Lipis dengan bantuan ADO, Yeop Mohidin. Menjelang Ogos 1945, pasukan ini telah berkekuatan 244 anggota, 1 mejar, 3 Kapten , 6 Leftenan, dan 13 Leftenan Muda.
Dikatakan,Tengku Mahmood Mahyiddeen adalah putera terakhir kerajaan Melayu Patani. Meninggal dunia secara misteri di Pantai Semut Api atau Pantai Cinta Berahi sehingga mengejutkan ramai orang. Nama pantai itu sekarang Pantai Cahaya Bulan.
Force136 Kedah
Ops Fighter dilancar pada 26 Februari 1945. Mjr. Hasler yang merupakan LO, bersama-sama Tengku Osman B Tengku Mohd Jiwa (Panglima TD Melayu pertama pada 1964) telah terjun di Kg. Kuala janing, Kedah pada 1/07/1945. Mereka telah dibantu oleh DO kawasan tersebut iaitu Tunku Abdul Rahman, yang juga merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia.
Tun Abdul Razak dikatakan seorang pegawai Jepun semasa zaman tersebut, walhal beliau pada ketika itu merupakan perisik bagi Force136 yang telah banyak menyalurkan maklumat sehingga pasukan tersebut mampu melancarkan banyak serangan ke atas kedudukan strategik Jepun terutamanya melalui sabotaj. MPAJA pada ketika itu pula, sibuk mencanang kononnya mereka memainkan peranan melindungi orang kampung daripada Jepun dan kemudian mengutip cukai pula daripada penduduk terutamanya di kawasan luar bandar. PKM pula sibuk dengan agenda mereka, dengan menghimpunkan sebanyak mana bekalan yang diberi oleh British di pusat persembunyian mereka dengan niat lain yang hendak diteruskan selepas Jepun beredar.
Pembubaran MPAJA
Pengunduran mengejut Jepun telah benar-benar membuatkan semua pihak terpinga sebentar. Peluang yang terhidang di depan mata utk PKM menguasai Malaya walaubagaimanapun berlalu begitu saja apabila Lai Tek mengarahkan kader-kader komunis untuk menerima kembali kuasa British melalui Pentadbiran Tentera British pada September 1945. Ini ditambah dengan tindakan MPAJA yang bermaharajalela semasa tempoh lompang antara berlalunya Jepun dan kembalinya British, membuatkan rakyat Malaya secara umumnya enggan memberikan sokongan kpd mereka.
Lai Tek juga turut memujuk MPAJA untuk membubarkan pertubuhan tersebut pada Disember tahun yang sama. Sebagai balasan, pihak British mengiktiraf PKM sebagai parti politik yang sah dan setiap anggota MPAJA diberikan sekampit beras dan wang $350 sebagai tanda terima kasih di atas penglibatan mereka semasa pendudukan Jepun. Perarakan pembubaran telah dijalankan oleh MPAJA di seluruh negara dan proses demobilisasi MPAJA lengkap menjelang 1946.
Selain daripada itu, MPAJA juga diminta menyerahkan kembali senjata yang telah dibekalkan kepada mereka. Walaubagaimanapun, seperti dalam gambar, tidak semua senjata diserahkan kembali. Ada di antaranya kembali menjadi punca hilangnya nyawa anggota kita yang memburu mereka selepas mereka kembali mengganas selepas itu..=WRA=
Sumber:
Reminiscences of Insurgency, Lt. Kol. ( B) Mohd Azzam Bin Hanif Ghows, Penerbitan Wangsa Zam
Arkib Negara
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih