Berbulan-bulan para saintis menyiasat tentang Koronavirus, akhirnya mereka jumpa pembawa sebenar dengan bukti yang mengiringi Koronavirus dari kelawar ke tubuh manusia. Pembawa tersebut adalah tenggiling.

Sejak awal perebakan Koronavirus atau COVID-19 dari Huanan Seafood Wholesale Market di Wuhan, China pada akhir tahun 2019, virus ini telah merebak seramai sejuta orang di seluruh dunia. Untuk memahami dan mengawal jangkitan Koronavirus ini, para saintis berusaha untuk mengkaji virus ini.

Koronavirus atau nama barunya SARS-CoV-2 bersifat zoonotik, bermaksud virus ini berasal dari tubuh haiwan kemudian berhubung kepada manusia. Cabaran utama sekarang ini adalah apakah haiwan yang berpotensi sebagai pembawa Koronavirus yang berhubung dengan manusia ini?

Menurut kajian yang dijalankan oleh pengkaji bernama Yang Zhang, Cheng Xin Zhang, dan Wei Zheng, mereka percaya bahawa tenggiling, bukannya ular, adalah pembawa sebenar yang menjangkiti Koronavirus kepada manusia dan penyebab kepada tersebarnya wabak COVID-19. Tenggiling atau pangolin, adalah satu-satunya haiwan mamalia bersisik yang ditemui di Asia dan Afrika.

MISTERI PEREBAKAN ZOONOTIK

Sejak Januari 2020, kenyataan yang dibawa oleh komuniti saintifik adalah SARS-CoV-2 berasal dari spesis kelawar horseshoe. Walau bagaimanapun, kelawar bukanlah haiwan yang berpotensi sebarkan virus itu kepada manusia kerana penyebaran virus didasari dari pembawa virus zoonotik yang menghubungkan kelawar dengan manusia

Jadi, para saintis mengesyaki bahawa kelawar yang menghasilkan Koronavirus menjangkiti haiwan lain, kemudian menjadi ‘pembawa pertengahan’, yang mampu sebarkan virus tersebut kepada manusia.

Contoh paling dekat adalah virus SARS-CoV yang menjadi penyebab kepada wabak SARS pada 2003, berkaitan dengan Koronavirus ini. Virus SARS ini juga didapati tersebar dari kelawar kepada pembawa pertengahan – spesis musang bernama masked palm civet – yang menjangkiti manusia.

Sama juga dengan virus MERS-CoV, sejenis koronavirus yang menyebabkan berlakukan wabak MERS pada 2012, dari kelawar, haiwan ini menjangkit pembawa pertengahan iaitu unta sebelum merebak kepada manusia.

Pembawa pertengahan bagi SARS-CoV-2 masih misteri yang mana para saintis berharap untuk menemui jawapannya. Maka mereka mampu selesaikan masalah perebakan ini jika mengetahui apakah haiwan yang menjangkiti manusia.

Kajian awal menunjukkan bahawa spesis ular seperti Chinese Kraft dan Chinese Cobra adalah pembawa pertengahan kepada Koronavirus ini. Namun konklusi ini menyebabkan berlaku fahaman skeptik kerana tidak ada bukti kukuh menunjukkan koronavirus mampu menjangkiti haiwan berdarah sejuk.

ULAR BUKAN PEMBAWA PERTENGAHAN SEBENAR

Melalui kenyataan atas, kajian beralih kepada ular sebagai pembawa pertengahan berdasarkan analisis terhadap urutan genetik virus. Untuk melaksanakan sebaran jangkitan dari virus kepada sel haiwan, urutan genetik seperti DNA atau RNA perlu melalui proses terjemahan atau translated (bukan terjemahan buku ya!) untuk membentuk sebuah protein yang mampu mambawa tugas virus dan sel haiwan.

Protein terbentuk sebagai rantaian amino asid. Setiap amino asid di dalam protein telah dikodkan (encoded) oleh kumpulan 3 nukleotida (nucleotides) yang dikenali sebagai kodon.

Oleh sebab terdapat 64 buah kodon yang berbeza yang bakal kodkan 20 amino asid dalam protein, kodon spesifik akan merespon terhadap amino asid tersebut. Maka, organisma berbeza akan mempunyai kodon yang berbeza untuk kodkan amino asid.

Kajian terawal mengemukakan hipotesis bahawa jika mahukan Koronavirus tumbuh dalam sel haiwan, kodon dari virus diperlukan untuk hubungkan terhadap amino acid dari sel haiwan tersebut. Para saintis bandingkan kodon dari SARS-CoV-2 kepada lapan jenis amino asid sel haiwan berbeza yang dijual di Wuhan Huanan Seafood Wholesale Market.

Kajian tersebut menemui ular mempunyai amino asid yang berhubung kepada kodon SARS-CoV-2, maka ular disahkan sebagai pembawa pertengahan Koronavirus. Walau bagaimanapun, hipotesis padankan kodon dengan amino asid 8 jenis haiwan tidak pernah disahkan. Pasukan Yan Zhang di University of Michigan meneliti hipotesis ini, kemudian mengemukakan kajian analisis yang lebih lanjut.

Mereka padankan kodon ketiga-tiga Koronavirus (SARS-CoV-2, SARS-CoV dan MERS-CoV) kepada lebih 10,000 ekor haiwan yang berbeza spesis. Yang memeranjatkan, mereka menemui kodon yang digunakan tidak sepadan dengan pembawa pertengahan sebenar. Contoh seperti kodon dari SARS-CoV dan MERS-CoV padan dengan katak dan ular, namun tidak padan dengan haiwan pembawa iaitu musang civet dan unta.

Tuntasnya, penggunaan kodon untuk padankan amino asid haiwan adalah mustahil. Kumpulan Yan Zhang memutuskan bahawa ular adalah pembawa pertengahan Koronavirus adalah tidak benar.

TENGGILING ADALAH HAIWAN PEMBAWA YANG DICARI-CARI

Kajian seterusnya menemui bahawa urutan genetik Koronavirus SARS-CoV-2 wujud dalam sampel paru-paru spesis tenggiling Malayan. Kedua-dua virus yang ditemui dalam tenggiling dan pesakit mempunyai 91 peratus persamaan urutan genetik. Kedua-dua virus mempunyai duri protein yang sama di permukaan virus, berfungsi untuk menceroboh sel haiwan.

Manakala kumpulan saintifik lain menemui tenggiling yang dijangkiti Koronavirus mempunyai persamaan dengan SARS-CoV-2. Jadi, tenggiling adalah suspek sebenar dalam perebakan Koronavirus kepada manusia.

Walau bagaimanapun, saintis perlu peka yang mana bukan tenggiling saja pembawa pertengahan sebenar. Mereka perlu mengkaji haiwan lain yang juga mempunyai potensi yang sama. Seperti virus SARS, selain musang civet, anjing rakun dan ferret badger adalah haiwan lain berpotensi sebagai pembawa pertengahan SARS.

Saintis setakat ini menemui kucing dan ferret juga terjangkit oleh Koronavirus SARS-CoV-2 namun ia masih tidak diketahui adakah manusia terjangkit oleh kedua-dua haiwan ini.

Maka, video wanita China yang tular memakan sup kelawar bukanlah penyebab kepada penyebaran Koronavirus. Mereka yang menjamah lauk tenggiling itulah penyebab kepada penularan wabak Koronavirus sekarang ini.

TERJEMAHAN:

More Evidence Suggests Pangolins May Have Passed Coronavirus From Bats to Humans. https://www.sciencealert.com/more-evidence-suggests-pangolins-may-have-passed-coronavirus-from-bats-to-humans


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.