Basuh tangan itu sangat penting. Tetapi bagaimana kita mahu gambarkan kepentingan basuh tangan ini?
Dayna Robertson, guru dari Discovery Elementary School di Idaho Falls baru-baru ini tunjukkan bagaimana untuk melakukan perkara itu di sosial media.
Roti disediakan dan murid-murid diminta untuk menyentuh roti-roti tersebut. Kemudian, setiap roti itu disimpan satu-satu ke dalam beg plastik. Hasillnya akan dilihat pada sebulan kemudian.
Setiap roti tersebut ada yang tidak disentuh, ada yang disentuh oleh tangan yang tidak dibasuh, ada yang disentuh oleh tangan yang dibasuh dengan pembasmi kuman, ada yang disentuh oleh tangan yang dibasuh dengan air dan sabun.
Roti yang disentuh dengan Chrombooks (sejenis komputer ribu) menunjukkan hasil yang tidak baik. Termasuk juga mana-mana roti yang disentuh melainkan roti yang disentuh itu dibasuh dengan air dan sabun.
Roti yang tidak disentuh lebih berada dalam keadaan baik daripada roti yang disentuh oleh tangan yang tidak dibasuh.
Roti yang disentuh oleh komputer riba dan tangan yang kotor dipenuhi dengan kulat akibat daripada pencemaran microbial. Tangan yang dibasuh dengan pembasmi kuman (hand sanitizer) juga turut memberikan hasil yang buruk.
Hal ini menunjukkan bahawa membasuh tangan guna air dan sabun jauh lebih baik dan tidak dapat digantikan dengan basuh dengan pembasmi kuman.
Dengan eksperimen ini kita berharap ramai orang lebih kerap mencuci tangan dengan baik untuk menjaga kesihatan bersama.
RUJUKAN:
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih