Kemelut yang dihadapi minoriti Rohingya di Myanmar telah menjadi dilema di rantau ASEAN. Sepertimana pelarian-pelarian Syria mencuba nasib di bumi orang, begitu jugalah dengan golongan Rohingya.

Kedatangan mereka di Malaysia berpunca daripada k0nflik di tanahair mencetuskan pendapat yang bercampur-baur. Namun isu inilah antara yang paling susah untuk diselesaikan.

Pertama sekali secara jelas Myanmar tidak mahu Rohingya. Maka membantu minoriti Rohingnya dengan menyediakan tempat dan memastikan makanan sebenarnya membantu Myanmar capai matlamat.

Kedua pula berbuat sedemikian semestinya meng4ncam ny4wa saudara seagama Islam.

Inilah dilema yang dihadapi Malaysia sejak pentadbiran Najib Razak lagi.

Bangsa Rohingya banyak terhutang budi kepada beliau, atas keterbukaan dan diplomasi yang dicurahkan sehingga hampir 150,000 pelarian Myanmar diberikan tempat di Malaysia (UNHCR, n.d.).

Tetapi bantuan yang diberikan kepada sebilangan besar ini ibaratkan dilupakan begitu saja pada Mei 2015.

Mufti Perlis siap menuduh kerajaan Najib tiada belas ihsan kemanusiaan dan ukhuwwah keagamaan kononnya Malaysia dengan rela melihat Rohingya m4ti kehausan dan kelaparan (Astro Awani, 2015).

Pelik benar. Sejak bila Malaysia berbuat sedemikian?

Naratif sebegini dimainkan dengan begitu rapi sehingga Malaysia terlebih bantu pelarian-pelarian ini.

Namun tohmahan Dr Maza dilontarkan semasa Malaysia berada dalam keadaan baik.

Sekarang ini situasi sudah berbeza. Jauh berbeza. Malaysia baru saja mengharungi perubahan politik yang begitu pelik.

Dan kedatangan koronavirus pula memaksa semua duduk rumah dan tidak pergi mana. Dan Eric Paulsen pula bermain naratif sedemikian, sekali lagi seolah-olah Malaysia tidak pernah berkebajikan kepada Rohingya.

Kata Eric Paulsen:

Konteksnya: Ini tidak berhati perut. Tiada apa untuk dibanggakan. Menyekat pelarian-pelarian terdesak daripada pendaratan selepas berbulan/berminggu di laut boleh menyebabkan kem4tian. Dunia telah melihat perkara ini berkali-kali.

Siapakah Eric Paulsen?

Itulah persoalan yang ditanya. Paulsen ialah seorang peguam yang mewakili Malaysia di peringkat Suruhanjaya Antara-Kerajaan ASEAN berkaitan Hak Asasi Manusia. Dan beliau juga mempunyai perwatakan yang jelik terhadap Islam.

Beliau pernah berdepan tuduhan mengh4sut atas kenyataan tidak bertanggungjawab terhadap JAKIM (Maizatul, 2015).

Dalam hal Rohingya, hujah Eric Paulsen boleh diterima akal. Tetapi sebelum mengeluarkan kenyataan, perlulah berlaku adil terhadap situasi di Malaysia.

Minoriti Rohingnya ini merupakan golongan tertindas yang perlu dikenalpasti, direkod nama, diberikan tempat dan ditentukan pemahaman tentang koronavirus dan Perintah Kawalan Pergerakan.

Malah belum lagi dikira dengan peranan Jabatan Kesihatan yang perlu menjalankan ujian koronavirus terhadap setiap seorang.

Harap Maklum Dalam Gambar BUKAN Rohingya

Pada masa ini barisan hadapan yang terdiri daripada tiga jabatan utama (Kesihatan, Dalam Negeri dan Pertahanan) perlu bergiat aktif untuk menewaskan koronavirus yang menular dalam negara atas kecuaian Pakatan Harapan.

Sepertimana gabungan Harapan dulu menyalahkan kerajaan lama, bala telah menimpa mereka atas kata-kata sendiri. Mereka tidak menutup pintu negara (membenarkan sebilangan orang masuk dan wujudkan kluster-kluster tertentu).

Mereka tidak memberikan pemahaman dan direktif kepada rakyat iaitu mengharamkan perhimpunan keramaian (punca utama Kluster Tabligh berlaku, sedangkan golongan tabligh setiap tahun berkumpul).

Kerajaan secara keseluruhan pula perlu bertimbang jika bantuan kewangan kepada golongan miskin dan sederhana (golongan paling terkesan) perlu ditambahkan.

Ekonomi negara sudah tidak lagi berkembang, malah ada yang berpendapat akan menguncup pun (The Star Online, 2020).

Takkan atas kapasiti dimiliki Paulsen perlu diperingat semua ini? Apa guna belajar tinggi-tinggi kalau ini pun kena diberitahu?

Malah beras negara pun hanya mencukupi selama dua bulan setengah sahaja (Reuters, 2020). Maka Paulsen perlu syukur bahawa Malaysia tidak mengambil langkah yang biasa digunakan Indonesia.

Sementara jiran seberang dengan berani menangkap dan mengkaramkan kapal, Malaysia sekurang-kurangnya memberi bantuan makanan lagi. Tidak pelik pun jika kapal ini cuba nasib semula.

Apabila negara berdepan musibah, sekurang-kurangnya berakal dan bersatulah. Sebab itu ramai yang menyuarakan bahawa mereka tidak mahu Paulsen wakili Malaysia.

RUJUKAN:

Astro Awani. (2015, Mei 16). Kita sakan ‘Selawat Perdana’ tetapi tidak mahu selamatkan Rohingya – Dr Maza. Retrieved from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kita-sakan-selawat-perdana-tetapi-tidak-mahu-selamatkan-rohingya-dr-maza-60073

Maizatul, N. (2015, February 5). Lawyer Eric Paulsen charged with sedition. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2015/02/05/eric-paulsen-charged

Reuters. (2020, March 27). Ministry: Malaysia has rice stock for two-and half months as Vietnam curbs exports. The Malay Mail Online. Retrieved from https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/03/27/malaysia-has-rice-stock-for-two-and-half-months-as-vietnam-curbs-exports/1850864

The Star Online. (2020, April 3). GDP between -2.0% and +0.5% in 2020. Retrieved from https://www.thestar.com.my/business/business-news/2020/04/03/bank-negara-malaysias-gdp-projected-to-be-between–20-and-05-in-2020

UNHCR. (n.d.). Figures at a glance in Malaysia. Retrieved from https://www.unhcr.org/en-my/figures-at-a-glance-in-malaysia.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.