Pada tarikh ini, 29 Mac, 588 tahun yang lalu telah lahirnya seorang tokoh pejuang Islam yang bernama Sultan Muhammad II yang lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau menerajui Empayar Uthmaniyah berpusat di Turki. Gelaran “Al-Fath” itu bersempena kejayaannya ‘membuka’ kota Konstantinopel.

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw pernah berkata: “Konstantinople akan ditakluki oleh t3ntera Islam. Rajanya adalah sebaik baik raja, dan t3nteranya adalah sebaik baik t3ntera.” Hadis ini telah membakar semangat sekian banyak tokoh dan t3ntera Islam untuk menakluki Konstantinople yang terkenal dengan keutuhan temboknya yang berlapis. Dari masa ke semasa ada saja perwira yang mahu memenuhi maksud hadis Nabi itu.

Sejak zaman para sahabat sehingga 800 tahun kemudiannya, pelbagai kempen ket3nteraan dilakukan namun kesemuanya gagal menembusi tembok Konstantinople. Konstantinople yang berada dalam Empayar Byzantine ini sangat penting kerana ia merupakan laluan utama untuk membuka Eropah keseluruhannya. Runtuh sahaja pintu Eropah, bermaksud mudahlah untuk sesiapa sahaja menerobos ke luar sana.

Kronologi Penawanan Kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh

  • 18 Februari 1451 – Sultan Muhammad al-Fateh dilantik menjadi sultan ketujuh Uthamniyah menggantikan ayahnya, Sultan Murad II meninggal dunia pada 3 Februari 1451
  • 10-20 September 1451 – Memperbaharui perjanjian damai dengan Venice dan Hungary
  • Januari – Ogos 1452 – Pembinaan Rumeli Hissari sebagai persiapan menyerang Pengisytiharan p3rang ke atas Konstatinopel selepas Byzantine mencabuli perjanjian damai dengan menyerang wilayah Uthmaniyah
  • 6 April 1453 – Tiba di pintu gerbang Konstatinopel. Utusan diplomasi pertama dihantar tetapi maharaja Konstantinopel menolak utusan mentah mentah. Khemah ket3nteraan Uthmaniyah dipasang di hadapan pintu Saint Romanus di Topkapi.
  • 10-11 April 1453 – Pintu Bes musnah diserang meriam Uthmaniyah sementara benteng Konstatinopel semakin banyak musnah
  • 12 April 1453 – Pope di Rom menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi senjata dan t3ntera. Perairan Teluk Tanduk Emas direntang dengan rantai besi bagi menghalang kemaraan armada Uthmaniyah. Kapal Byzantine berhadapan dengan kapal Uthmaniyah yang berhadapan dengan Tanduk Emas. Kekalahan t3ntera laut Uthmaniyah hampir melemahkan semangat Sultan al-Fateh dan menaikkan semangat t3ntera Byzantine.
  • 20 April 1453 – Percubaan demi percubaan atas arahan agresif Sultan al-Fateh bagi memecahkan rantai besi. Kegagalan misi Sulaiman Palta Oglu Basha menunjukkan tanda tanda kekalahan Uthamniyah. Byzantine menawarkan perjanjian damai kepada Sultan al-Fateh yang disokong Khalil Basya tetapi ditolak kabinet p3rang Sultan Muhammad al-Fateh
  • 21-22 April – Berkat doa dan semangat daripada Syeikh Syamsuddin, 70 buah kapal dipindahkan secara senyap ke Tanduk Emas. Byzantine terkejut apabila 70 buah kapal Uthmaniyah berada di Tanduk Emas
  • 28 April 1453 – Tawaran diplomasi dan penyerahan secara aman ditolak Maharaja Konstatinopel
  • 7 Mei 1453 – Uthmaniyah menyerang selama 3 jam tanpa henti di Bayrampasa dengan 30 000 t3nteranya tetapi gagal.
  • 12 Mei 1453 – Serangan dilancarkan di Tekfursaray dan Edirnekapi tetapi dimenangi oleh Byzantine
  • 18 Mei 1453 – Taktik menara bergerak digunakan di Topkapi namun Byzantine berjaya membakar menara dengan panah berapi dan minyak panas
  • 24 Mei 1453 – Gerhana bulan separa melemahkan semangat Byzantine
  • 25 Mei 1453 – Sultan Muhammad al-Fateh menghantar Isfendiyar Ismail Bey Oglu menawarkan penyerahan secara aman buat kali ketiga tetapi ditolak maharaja.
  • 26 Mei 1453 – Sultan Muhammad al-Fateh mengadakan mensyuarat terakhir bagi membuat keputusan apabila menerima berita negara negara Eropah datang memberikan bantuan kepada Konstantinopel. Cadangan Khalil Basya ditolak Zugnush Basya, Syeikh Syamsuddin, Mulla Gizrani dan Mulla Hiszrev, Zugnush Basya dipilih mengepalai serangan akhir.
  • 27 Mei 1453 – Uthmaniyah mengisytiharkan serangan kemuncak dari semua sudut dan penjuru secara serentak kepada Byzantine.
  • 28 Mei 1453 – T3ntera Uthmaniyah direhatkan semalaman bagi persiapan serangan akhir keesokan harinya. Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan t3nteranya membuat solat hajat dan berpuasa pada hari esoknya. Unggun api dinyalakan dan takbir dikuatkan lagi memberikan ketakutan kepada musuh. Di Aya Sophia pula, upacara ritual diadakan dan seluruh penduduk awam berkumpul dalam gereja untuk berdoa. Maharaja Konstantinopel XI meminta rakyat menyertai t3ntera bagi mempertahankan Konstantinopel.
  • 29 Mei 1453 – Serangan akhir dilancarkan pada waktu malam. Paluan gendang menyemarakkan semangat t3ntera. Serangan pertama dilancarkan 300 t3ntera pejalan kaki dari Anatolian kesemuanya syahid. Inin diikuti t3ntera Janissari yang bertugas mengawal keselamatan al-Fateh.

Dengan diketuai al-Fateh, Janissari berjaya menembusi Belgradikapi manakala pertahanan Byzantine di Edirnekapi menyerah diri kepada t3ntera Uthmaniyah. Benteng Byzantine tumbang sepenuhnya dan Uthmaniyah memasuki Konstantinopel dari segenap sudut. Maharaja Konstantinopel XI terbvnuh dalam pergelutan sengit di tepi jalan Konstantinopel. Berjaya menawan Konstantinopel dan Sultan Muhammad al-Fateh mengisytiharkan Aya Sophia menjadi masjid dan pusat pentadbiran.

Tuhan telah menzahirkan kebenaran kata kata Nabi Muhammad saw itu melalui Sultan Muhammad al-Fateh. Seorang sahabat Nabi bernama Abu Ayyub al- Ansari menemui kesyahidan berhampiran tembok kota Konstatinopel pada zaman Kekhalifahan Bani Umayyah.

Dikatakan antara hujah Abu Ayyub ke sana ialah kerana beliau pernah mendengar Rasulullah saw memberitahu bahawa akan ada seorang lelaki yang akan dikuburkan di sana. Beliau berharap agar beliaulah orangnya. Selain itu, jika gagal membuka Kota Konstatinopel, beliau berharap dapat mendengar derap kuda “sebaik baik raja dan t3ntera” itu.

Wallahu a’alam.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan seorang Jurutera Mekanikal Lapangan di The Hub's Engineering Bergiat aktif dengan YADIM dan merupakan Presiden Kluster Belia di bawah YADIM iaitu Sahabat YADIM.

Comments are closed.