WHO dan FIFA ada buat kempen kebersihan dan cuci tangan sekali berserta dengan mesej keselamatan dan kesihatan menghadapi penularan COVID-19 oleh bintang bolasepak dunia.

Kempen turut memaparkan Alisson Becker, penjaga gol Brazil dan kelab paling power dalam dunia iaitu Liverpool ada beri nasihat untuk kerap basuh tangan dengan air dan sabun. Mesejnya diceritakan dalam bahasa rasmi Brazil, bahasa Portugis.

Sabun dalam bahasa Portugis adalah ‘sabão’ atau disebut sebagai ‘sa-bau’. Hampir sama dengan perkataan Arab ‘صابون’ yang disebut sebagai ‘sabun’, sebutan yang sama dalam Bahasa Melayu bagi benda sama.

Ejaan dan sebutan yang seakan menjauhi perkataan ‘soap’ dalam Inggeris.

Jelas, ini mengesahkan bahawa wujud perkaitan antara Melaka, Arab dan Portugis dalam perihal sabun.

Sebenarnya, ada tiga bahan utama pembuatan sabun yang ditemukan oleh Arab semasa Zaman Emas Islam antara penghujung abad ke-8 hingga abad ke-14.

Bahan tersebut ialah gaharu, cendana, dan kapur. Bahan-bahan ini digunakan bersama minyak zaitun selain lemak haiwan dan bahan-bahan lain bagi membuat sabun.

Penemuan sabun memang asalnya dari tamadun Babylon lagi, tetapi Arab menemukan sabun yang hampir dengan sabun moden hari ini.

Dunia Arab atau lebih tepat lagi empayar kerajaan Islam ketika itu; sejak Abbasiyyah hingga Uthmaniyyah turut didatangi Black Death dan mengesankan mereka, tetapi nilai agama yang menganjurkan amalan kebersihan dan kesucian, memastikan mereka lebih bersedia dan ampuh ketika ancaman wabak itu.

Sabun misalnya dikaitkan dengan amalan kebersihan diri menjadikan mereka ada kelebihan berbanding Eropah yang terkesan teruk dek Black Death ini tadi. Hanya kemudiannya sabun dari Arab ini tiba untuk membersihkan Eropah, itupun selepas mereka mempelajari teknik sama dari Arab.

Tau tak dari mana Arab memperolehi bekalan gaharu, cendana dan kapur ini tadi?

Yang terbaik datangnya dari Nusantara dan didagangkan di pelabuhan Melaka. Dibeli oleh pedagang-pedagang Arab yang datang melalui kapal, membawa semula pulang komoditi penting ini ke Timur Tengah. Tiga bahan ini juga penting dalam ilmu apotekari Arab yang kemudiannya menjadi ikutan masyarakat Eropah.

Hub perdagangan Melaka inilah yang diidamkan oleh Portugis malah komoditi gaharu, cendana dan kapur ini dikawal dan dibolot oleh mereka kemudiannya selepas menguasai Selat Melaka selepas 1511.

Kita tahu bahawa sarung tangan getah Malaysia sekarang ini digunakan dengan meluas di Amerika dan seluruh dunia oleh petugas barisan hadapan melawan ancaman COVID-19.

Tapi ketahuilah juga bahawa suatu ketika dahulu, Alam Melayu telah lama menyumbang kepada pembuatan sabun dan apotekari dunia Arab dan Eropah, memastikan mereka menjadi lebih bersih dan suci, setidaknya lebih bersedia menghadapi ancaman wabak dan penyakit berjangkit dek kekurangan penjagaan aspek kebersihan diri dan persekitaran.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.