Fez (juga dikenali sebagai Tarbus dalam budaya Arab), adalah sejenis perhiasan kepala yang dipakai lelaki Turki Uthmaniyyah selama satu abad, turut menarik perhatian dan keterujaan orang Eropah.
Pernah sekali untuk sementara waktu, Fez menjadi item fesyen yang terkenal di kalangan lelaki-lelaki Eropah yang bergaya dengan gambar-gambar model lelaki yang memakai Fez turut diterbitkan dalam majalah fesyen.
Para bangsawan muda dan juga warga tua jatuh cinta dengan fez, yang mereka gelar sebagai ‘Turk Blue.’ James, watak dalam novel ‘Helen With a High Hand’ hasil karya seorang novelis British, Arnold Bennett, memakai ‘topi Turki’ berwarna baldu merah apabila dia pulang ke rumah.
Kotak rokok yang dihasilkan dari tembakau Turki kegemaran orang Eropah, memaparkan imej Fez untuk menarik pengguna. Malah pada hari ini, topi yang sama dengan Fez adalah sebahagian dari seragam beberapa organisasi atau entiti sosial, termasuklah bangsa Melayu dengan identiti songkok nya yang seakan serupa dengan Fez.
Pakaian askar marin perlu lincah dan ringan. Komander armada laut Uthmaniyyah, Hüsrev Pasha meletakkan garis panduan berpakaian tenter4nya dengan memasukkan Fez sebagai salah satu aksesori rasmi, yang pertama kali dilihat di Tunisia.
Sultan Mahmud II melihat gaya baharu ini dalam sebuah majlis istiadat angkatan laut, lalu memerintahkan semua tenter4 dan pegawai awam untuk memakai fez pada tahun 1828, disinilah bermulanya undang-undang yang mengharuskan memakai Fez.
Ketika pasukan elit Janissari baru sahaja dibubarkan, hinggakan masyarakat yang hidup di bawah panji-panji Uthmaniyyah membenci segala sesuatu yang mengingatkan mereka tentang Janissaries.
Maka oleh kerana terdapat elemen yang berkaitan dengan Islam dalam rekabentuknya, rekaan Fez yang membolehkan serban dililit di sekelilingnya telah mendapat penerimaan meluas di kalangan orang ramai. Pembaharuan yang digubal oleh Sultan Mahmud II itu dilakukan berdasarkan struktur kebangsaan.
Aksesori kepala ini mendapat namanya dari sebuah kota di Maghribi yang bernama Kota Fez, ia mengimbau kembali sejarah pemakaian topi kerucut Phrygia Anatolia. Ia adalah pakaian yang biasa di negara-negara Mediterranean, dan bukan berasal dari budaya Greek atau Hungary, tetapi disesuaikan dengannya selepas diperkenalkan.
Evliya Çelebi dalam penulisannya mendakwa bahawa lelaki Algeria memakai Fez merah. Sebuah puisi telah ditulis tentang Fez, mengatakan bahawa ia membuat seorang lelaki kelihatan lebih kacak. Lagu ciptaan artis Uthmaniyyah, Rıfat Bey ‘Pek Yakıştı Eğri Fes’ (Fez Bengkok Sesuai Untuk Mu) sangat popular.
Jauh sebelum itu, topi Fez diimport dari Tunisia; Walau bagaimanapun, masyarakat bukan Islam di Uthmaniyyah kemudiannya mendirikan kilang menghasilkan Fez. Feshane merupakan kilang fez yang dikawal oleh kerajaan, ditubuhkan pada tahun 1836.
Hereke Feshane pula adalah hasil usaha Sultan Abdülhamid II yang menghasilkan Fez berkualiti tinggi. Lebih-lebih lagi, sebelum itu untuk mendapatkan Fez berkualiti tinggi dan mahal perlu diimport dari Austria.
Apabila Austria menaklvk Bosnia pada tahun 1908, barang-barang Austria telah diboikot untuk sementara waktu, kemudian, pengeluaran domestik tidak dapat memenuhi permintaan dan masyarakat mula memakai topi conical gaya Albania.
Memandangkan duduk di meja makan atau berhadapan dengan orang tua tanpa pakaian kepala dianggap memalukan, Fez juga turut dipakai di rumah. Rekaan Fez adalah bervariasi dalam bentuk, warna, rumbai, cara pemakaian, dan tersedia dalam gaya yang berbeza.
Sebagai contoh, Sultan Mahmud lebih menyukai Fez yang panjang dan lurus yang dipanggil ‘Mahmudi,’ Sultan Abdülaziz memakai Fez pendek bernama ‘Azizi’ dan Sultan Abdülhamid mengenakan Fez tirus yang panjang dan disebut ‘Hamidi’.
Sesetengah orang memakainya di atas kening mereka sementara ada yang memakainya secara condong ke belakang kepala mereka. Walau bagaimanapun, cara paling mudah untuk memakai fez adalah untuk memiringkannya ke arah salah satu telinga.
Warna Fez melambangkan pandangan politik dan profesion orang yang memakainya. Mereka yang memakai Fez merah dianggap sinikal, memetik sebuah pepatah, ‘layang-layang akan muncul dan petik lah ia, anggaplah bahawa ia adalah daging segar’, ini kerana semasa gencatan senjata, Fez yang dipakai oleh ketua daerah İnegöl Bursa dicuri oleh seekor burung layang-layang.
Jika fez itu tidak berkualiti, orang yang memakainya dianggap memperbodohkan dirinya sendiri; apabila hujan, warna merah akan mengalir turun ke dahi mereka, dan menjadikan orang yang memakainya kelihatan sebagai ‘Badut Apukurya,’ merujuk kepada tradisi lukisan muka Greek semasa Pesta Apukurya yang berlaku sebelum sambutan festival Easter.
Sebuah Fez dihasilkan dari kain lebar dan permukaan rata di atas mempunyai lubang di mana 2 sentimeter kain lebar diletakkan, dan rumbai disambungkan ke permukaan ini. Rumbai akan dibuat dari sutera trem hitam atau biru.
Pada tahun 1845, satu undang-undang mengenai rumbai telah berkuatkuasa dan berat yang diinginkan oleh pegawai-pegawai awam diumumkan. Corak melengkung rumbai akan mempunyai ciri khas dan makna tersendiri.
Dalam sebuah novel karya İzzet Melih, rumbai Fez seorang lelaki muda yang melakukan perjalanan ke Pera terayun pada seorang jurulatih kuda muda wanita berbangsa Inggeris. Ukuran ideal rumbai Fez itu cukup panjang untuk terkena bahagian belakang leher. Memakai Fez dengan bahagian rumbai dialih ke bahagian hadapan adalah identiti seorang gengster. Memakai fez tanpa rumbai pula seumpama memakai blazer tanpa tali leher.
Topi Fez juga memerlukan penjagaan rapi. Ia perlu sentiasa diberus dan dibentuk. Kerja para petukang yang membentuk dan menjaga Fez adalah sangat sukar. Mula-mula, rumbai dikeluarkan dan Fez diletakkan di atas acuan tembaga kuning yang dipanaskan di dalam ketuhar. Kemudian tukang akan menyemburkan air sebelum meletakkannya di atas acuan sekali lagi.
Lima minit kemudian, acuan kedua diangkat dari pemegangnya dan Fez yang masih berasap akan dipakaikan di kepala untuk mendapatkan bentuk dikehendaki. Sekiranya tukang tersebut berbangsa Greek dan tidak mempunyai peralatan untuk menyembur air, mereka akan menyembur dengan mulut mereka.
Fez ‘Şlık’ (jenama fez), yang bahagian dalamannya dilitupi dengan bahan jerami, mengambil masa yang lebih lama untuk dihasilkan dan dipulihara, harganya juga mahal. Untuk membentuk mengikut acuan, jerami dan lapisan bawah sutera dikeluarkan sekaligus. Walau bagaimanapun, bagi yang malas untuk menjaga Fez, Fez ‘Şlık’ yang tidak memerlukan pengacuan lebih afdhal jadi pilihan.
Fez yang belum dibentuk dipanggil ‘fabrika kalıbı’ (acuan kilang). Sesetengah lelaki meletakkan logam di atas permukaan rata Fez mereka untuk membuat mereka kelihatan dibentuk. Orang miskin akan memotong sudut-sudut Fez mereka apabila kotor, dan Fez mereka akan kelihatan pendek seperti Azizi fez.
Apabila pemakaian Fez dilarang melalui Undang-undang Topi, salah satu pembaharuan oleh Atatürk, seorang guru dan aktivis konservatif Turki, Muallim Cevdet akan meludah kepada topi gaya Eropahnya seperti yang dilakukan para tukang Greek setelah pulang ke rumah dan menanggalkan topinya yang tidak pernah ingin dipakai olehnya.
Rumbai Fez perlu disikat, dahulu terdapat kanak-kanak Yahudi yang berkeliaran di sekitar jalanan kota yang mengambil upah menyikat rumbai. Rumbai akan ditukar sama ada apabila pemakainya semakin tua atau mengikut fesyen tertentu waktu itu. Kanak-kanak menggunakan rumbai dalam permainan ‘Rumbai”.
Malahan terdapat lagu yang tercipta secara tidak langsung melalui permainan rumbai bertajuk “Ben biliyorum kıyamet habercisi / Püskül benim fes koptu” (Saya kenal siapa pembawa malang / Rumbai saya tercabut dari Fez saya).
Para ulama Islam membalut serban putih di sekeliling Fez, sementara yang lain membalut dengan serban yang berlainan dalam warna yang berbeza. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang memakai Fez tanpa balutan serban. Fez untuk kanak-kanak dihiasi dengan kepingan pingat emas yang dipanggil ‘maşallah’, sejenis tangkal azimat untuk perlindungan rohani.
Menteri Per4ng, Enver Pasha, yang terkenal dengan projek-projeknya yang eksentrik dan aneh, mempunyai Fez yang dihiasi dengan bulan sabit dan bintang, dengan itu dia menjadikan Fez lebih kelihatan ‘Turki’.
Ketika anggota tenter4 dan orang awam memakai Fez, Enver Pasha membuat perubahan dengan anggota tenter4 mula memakai topi per4ng yang dipanggil ‘kabalak’ semasa Per4ng Dunia I, ia mempunyai ciri-ciri belenggu yang agak menyerupai topi pegawai-pegawai British. Walaupun topi dengan belenggu dianggap sebagai fesyen “kafir” oleh masyarakat Uthmaniyyah.
Enver Pasha menganggap dia akan dapat menghentikan persepsi awam, walau bagaimanapun, orang awam Uthmaniyyah sering tersalah anggap tenter4 Uthmaniyyah yang mengenakan ‘kabalak’ sebagai tenter4 asing. Namun sebenarnya ciri-ciri topi kabalak lebih menyerupai aksesori kepala kaum Arab.
Pada mulanya, puak Kemalis memakai calpac sebagai protes terhadap pemerintah Uthmaniyyah di Istanbul dan pemakaian Fez. Mereka akan memakainya dengan cara dua sudut tajam ditemukan bersama. Selepas penubuhan Republik Turki, mereka meninggalkan pemakaian calpac kerana ia menyerupai gaya Bolshevik di Russia. Selepas Rusia berdamai dengan Eropah, hubungan Moscow dan kerajaan Turki kembali tegang.
Pada tahun 1925, satu undang-undang yang belum pernah dilaksanakan memerintahkan orang lelaki memakai topi gaya Eropah. Denda akan dikenakan terhadap mereka yang menentang undang-undang ini.
Memakai Fez dianggap sebagai tindakan jenayah. Bagaimanapun, tradisi memakai Fez dikekalkan di negara lain bekas pemerintahan Uthmaniyyah seperti Syria, Iraq, Palestin, Mesir, Thrace Barat, Macedonia dan Bosnia, semuanya negara yang pernah menjadi sebahagian daripada Empayar Uthmaniyyah.
Fez tidak pernah kehilangan populariti di Tunisia, Libya, Maghribi dan Algeria. Tambahan pula ia secara amnya dilihat sebagai simbol Uthmaniyyah dan bangsa Turk. Pada tahun 2015, artikel yang mewajibkan penggunaan topi Eropah telah dimansuhkan dengan pindaan perundangan yang dicadangkan oleh Altan Tan dari Parti Demokratik Rakyat (HDP), namun undang-undang yang melarang memakai Fez masih sah tetapi tidak lagi dikuatkuasakan secara umum.
Fez mempunyai persamaan dengan songkok dalam budaya bangsa Melayu. Asal-usul songkok agak kabur. Menurut sumber dari Brunei, pemakaian songkok mula tiba di Asia Tenggara seiring dengan penyebaran Islam pada abad ke-13. Para ilmuwan menyanggah fakta tersebut dengan mengatakan bahawa Uthmaniyyah yang membawa fesyen Fez pada ketika awal abad ke-19.
Bandingkan Fez Uthmaniyyah dan Songkok Melayu, perhatikan persamaan mereka. Memang banyak persamaan berbanding perbezaan, kecuali Songkok hanya tidak ada rumbai. Rata-rata sejarawan bersetuju dengan teori pedagang maritim Uthmaniyyah abad ke-19 memperkenalkan Fez yang kemudian berkembang menjadi Songkok tradisional yang dipakai hari ini. Ia dipopularkan oleh gerakan-gerakan politik Melayu di Malaysia dan gerakan kemerdekaan di Indonesia dengan panggilan “peci” sebagai identiti masing-masing.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih