Lautan dunia dipenuhi dengan lego-lego plastik. Sebuah kajian mendapati bahawa lego mengambil masa sekitar 100 hingga 1,300 tahun untuk hancur di dalam laut. Ini bergantung pada komponen plastik yang membentuk lego tersebut serta keadaan laut.
Pada masa lalu, organisasi sukarelawan seperti LEGO Lost at Sea Project telah menemui beribu kepingan plastik di pantai-pantai. Kalau kajian yang dibuat itu benar, mungkin kita akan menemui lebih banyak lego di masa-masa akan dating.
Lego merupakan permainan yang paling popular dalam kalangan kanak-kanak. Antara bahagian yang menarik tentang lego ialah ketahanannya. Hal ini telah menarik perhatian Andrew Turner dari University of Plymouth yang mengkaji sifat tabii bahan kimia sampah-sampah laut.
Para penyelidik telah mengumpul 50 blok lego dari pantai-pantai di barat daya England. Kemudian, perbandingan dibuat antara lego-lego tersebut dengan lego-lego dalam keadaan yang asal sebelum dicampak ke dalam laut.
Lego dalam keadaan asal diperbuat daripada acrylonitrile butadiene styrene (ABS). Walaupun syarikat pembuat lego mempunyai visi untuk mencipta lego daripada bahan yang lebih tahan pada tahun 2030, bahan polimer yang digunakan sekarang pun sudah cukup memberikan bahaya.
Blok lego yang dikutip tadi menunjukkan pelbagai bentuk kelunturan, kekuningan, ketumpulan dan kecemaran. Hal yang mengejutkan ialah lego ini tetap tahan dan tidak hancur. Mereka mendapati lego ini pernah dijual pada sekitar tahun 1970 hingga 1980-an. Walaupun telah berpuluh tahun berada dalam laut, lego-lego ini tetap berada dalam keadaan, secara relatifnya, baik.
Bahan plastik seperti ABS merupakan bahan yang agak baru untuk kita ketahui evolusi plastik ini dalam jangka masa panjang. Tetapi kajian mendapati plastik ABS mampu memberikan kehidupan laut ancaman. Walaupun plastik ini tidak hancur, tetapi kelunturan warnanya serta bentuknya tidak setajam dan selicin seperti keadaan asal menunjukkan lego ini terhakis menjadi plastik-mikro (microplastic).
Pentingnya untuk kita kalau mahu buang suatu barang, buanglah di saluran yang betul supaya tidak memberikan bahaya kepada alam sekitar.
RUJUKAN:
- Turner, A., Arnold, R., & Williams, T. (2020). Weathering and persistence of plastic in the marine environment: Lessons from LEGO. Environmental Pollution, 114299.
- https://www.sciencealert.com/those-little-lego-bricks-could-survive-in-the-ocean-for-more-than-1-000-years
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih