Ketika virus Covid-19 mula memberikan kesan kepada operasi wilayah Hubei, sudah ada banyak gesaan awam agar perjalanan terhad dikenakan ke atas pelancong China.

Tetapi disebabkan WHO ketika itu merendah-rendahkan ancaman wabak ini, maka sebahagian negara termasuk Malaysia menganggap pelaksanaan sekatan ke atas pelancong China adalah sesuatu yang tidak munasabah dan exaggerate. Sehinggakan kumpulan pendesak digelar coronapalatau atau Covid-19 dianggap kecil berbanding Denggi dahulu.

Kenapa WHO jadi begini?

Jawapannya politik.

Tedros Adhanom Ghebreyesus, Pengarah WHO sebenarnya adalah orang politik. Beliau adalah DG pertama yang dilantik bukan daripada kalangan doktor perubatan walaupun thesis PhDnya adalah dalam bidang kawalan wabak malaria.

Tedros adalah bekas Menteri Luar Habsyah (Ethiopia) dan merupakan ahli majlis eksekutif Tigray People’s Liberation Front (TPLF). Beliau juga adalah sebahagian daripada DERG iaitu kerajaan junta yang menggulingkan Raja Habsyah terakhir, Haile Selassie I pada tahun 1974

Fahaman DERG adalah Marxist – Leninist.

Apabila Tedros tercalon dalam senarai akhir DG WHO pada tahun 2017, China adalah negara utama yang berusaha melobi negara-negara Afrika dan Amerika Selatan untuk mengundi Tedros.

Benda yang China buat ni sebenarnya logik. Sebab ketika Tedros menjadi Menteri Luar Habsyah, negara itu adalah kunci kepada dasar ‘One Belt One Road’ sampai digelar sebagai Little China in Africa. Jadi China memang mahukan individu yang pro mereka dalam mengetuai badan-badan dunia yang signifikan.

Benda ni menjadi cabaran kepada PM Habsyah baru Abiy Ahmed Ali – seorang Muslim teknokrat yang dilantik pada 2018 untuk mengubah dasar2 ekonomi negara daripada terlalu bergantung kepada China.

Abiy ni bagus sebab dia berani buat perikatan politik yang tendang terus group TPLF daripada kabinet walaupun mereka sangat berpengaruh. Sebaliknya dia bentuk kabinet teknokrat daripada orang muda dan profesional yang ada pengalaman antarabangsa untuk reform ekonomi Habsyah

Kunci dia: Kerajaan Teknokrat

Sambung balik, jadi apabila Tedros berjaya menang jawatan DG WHO atas bantuan China, banyak pihak mula melihat tindak tanduknya yang sangat pro kepada kuasa besar itu. Malahan antara benda bangang yang Tedros buat adalah bila dia cuba lantik seorang diktator Afrika sebagai Duta Muhibbah (Goodwill) WHO

Ce teka siapa. Teka teka.

Ya.. Robert Mugabe ????

Mujurlah semua orang mengamuk sampai ke tahap desak Tedros letak jawatan. Tak sampai 2 hari, Tedros terpaksa tarik balik cadangan tersebut.

Bila Covid-19 merebak ke China, Tedros terbang ke Beijing dan mengadap Xi Jin Peng. Apa yang dia sebut lepas tu? Dia puji ‘kejayaan’ China mengawal wabak dan bagitahu China ni layak kena tabik spring sebab dah lockdown Wuhan. Jadi tak ada keperluan mana-mana negara untuk laksana travel ban.

Kenyataan inilah yang akhirnya dijadikan dalil oleh kerajaan kita pada ketika itu sampai keluar perkataan-perkataan tak manis macam coronapalatau. Naif.

Naiflah sebab kita terima 100% kenyataan orang politik sedangkan kita ni ada kedaulatan sendiri. Apa-apa kenyataan orang politik terhadap sesuatu isu yang ada kepentingan pada dirinya patut diambil ‘with a pinch of salt’.

Sampailah pertengahan bulan ini selepas Jerman berani bertindak sendiri dengan isytihar wabak COVID-19 sebagai pandemik global, barulah WHO isytihar benda yang sama.

Ketika itu semua dah tak terkawal.

Jauh berbeza apabila WHO menangani wabak SARS pada 2003. Masa itu walaupun pesakit SARS cuma sekitar 2000-3000 orang, WHO dah berani keluarkan nasihat perjalanan yang melarang sebarang kemasukan pelancong ke seluruh China. Sebab itu SARS ini walaupun berbahaya, kesannya jauh lebih rendah kepada dunia berbanding COVID-19

DG WHO ketika itu adalah Gro Harlem, seorang doktor perubatan Norway. Teknokrat dan bukan orang politik

Kunci: Teknokrat

Sekarang ini, Tedros sudahpun menerima tekanan global untuk meletak jawatan. Petisyen di laman Change .org sudahpun memperoleh lebih setengah juta tandatangan.

Sebab hakikatnya, kesan Covid-19 tidak akan seburuk ini jika Tedros mengenepikan kepentingan politiknya ketika bertindak. Politik adalah punca sebenar krisis yang kita hadapi hari ini.

Apa yang kita boleh belajar:

1. Kerajaan mesti dibentuk dengan asas teknokrat. Kerajaan atau badan yang dibentuk berdasarkan asas kepentingan politik tidak akan efisien dan berkesan

2. Setiap negara ada kedaulatan. Kita tak perlu jadi apologetik atau sekadar mengikut-ngikut apabila melibatkan kepentingan tanah air

3. Jangan hina rakyat. Sentiasa address concern rakyat. Kunci kepada keteguhan negara adalah penyatuan rakyat.

Peperangan tidak akan dimenangi sekadar dengan kekuatan senjata. Ia hanya boleh dimenangi dengan kepercayaan kepada kerajaan dan perpaduan seluruh warganya.

Jangan bimbang. Sebesar manapun perang, kita akan menang.

Kita sentiasa akan menang.

Kerana kita ada Tuhan. Dan Dia tidak akan meninggalkan kita sendirian


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Kejuruteraan Elektrik Kuasa daripada Universiti Tenaga Nasional. Berpengalaman hampir 10 tahun di alam pekerjaan termasuk dalam bidang pengurusan kontrak, pentadbiran korporat dan pengurusan jabatan. Beriltizam melihat perpaduan negara melalui amalan politik yang sihat dan sejahtera. Melihat fitnah dan adu domba sebagai ancaman sebenar negara yang perlu dilawan semua.

Comments are closed.