Mitologi dewa-dewi adalah pasca-animisme atau neo-animisme yang sentiasa diamalkan oleh setiap kaum di seluruh dunia apabila mencapai ketamadunan awal bangsa.

Misalnya dewa-dewi kaum Yunani Kuno. Mereka amat memelihara ajaran neo-animisme dengan merekodkan susur-galur dewa-dewi mereka selain menjadi sembahan.Tidak sekadar Yunani Kuno. Orang Asal Amerika, China, Scandinavia, Afrika, dan seluruh pelosok benua mempunyai sembahan dewa-dewi mereka. Takkan Asia Tenggara tidak mempunyai sembahan dewa-dewi mereka.

Sebenarnya ada namun terlalu sikit rekod diambil untuk pengenalan terhadap mitologi dewa-dewi ini. Contohnya melalui pengamatan saya adalah mitos dewa-dewi Orang Asli, dan bumiputra Sabah seperti Kadazan dan Kadazan Dusun. Akan dating saya bedahkan mitos dewa-dewi kaum-kaum asal Semenanjung Malaysia dan Borneo ini.

Untuk artikel ini saya akan dedahkan mitos dewa-dewi kaum-kaum dari negara Filipina. Mitos ini hadir sebagai sembahan kaum-kaum Filipina sebelum kedatangan kolonisasi penjajah Sepanyol yang meng-kristian-kan warga asal Filipina. Kaum Filipina di utara memanggilnya sebagai Anito manakala kaum Filipina di selatan memanggilnya sebagai Diwata.

Namun, berbeza dengan mitos dewa-dewi tamadun lain, setiap dewa dan dewi mempunyai kedua-dua personality gender mengikut setiap kaum yang menyembah dewa atau dewi yang sama, sebabnya mereka percaya tuhan yang mereka sembah tidak mempunyai ketetapan gender dan hanya berhubung dengan alam yang tidak mempunyai gender. Jadi mereka bebas menetapkan gender tuhan sembahan mereka.

Dewa-dewi kaum Filipina adalah pelbagai mengikut setiap kaum yang menyembahnya, Setiap etnik mempunyai hikayat hidup dewa-dewi mereka. Ada sesetengah dewa atau dewi disembah oleh dua buah etnik namun ia dibezakan mengikut budaya dan keunikan setiap etnik.

Etnik yang kita fokuskan untuk pengenalan mitos dewa-dewi mereka adalah etnik Tagalog. Etnik Tagalog menetap di Calabarzon (kecuali kepulauan Polilo), utara dan timur Quezon, Pulau Alabat, Semenanjung Bondoc dan barat daya Nueva Ecija. Etnik Tagalog mempunyai kerajaan mereka sendiri iaitu Kerajaan Tondo yang menguasai Luzon Tengah, Nueva Viscava, La Union, dan Benguet.

Mitos dewa-dewi wujud ketika kegemilangan Kerajaan Tondo dalam meluaskan jajahannya. Pada masa itu pengaruh Hindu telah wujud ketika berdagang dengan pedagang Asia lain. Maka, Anito orang Tagalog ada tiga maksud mengikut pengaruh hindu dan budaya Tagalog:

  1. Dewa-dewi utama dan kecil (minor) yang tinggal di syurga bernama Kaluwalhatian serta makhluk suci yang tidak tinggal di syurga tersebut.
  2. Roh suci bukan moyang yang dihantar oleh dewa-dewi ke dunia untuk memimpin rakyat.
  3. Roh moyang yang telah meninggal dunia. Ada sesetengah roh diseru oleh dewa-dewi untuk memimpin generasi kemudian melalui mimpi dan fenomena aneh.

Selain dewa-dewi, wujud juga makhluk mitos yang kelasnya lebih rendah dari dewa-dewi. Makhluk ini pelbagai dan mempunyai dua jenis: raksasa dan penjaga yang sentiasa bergaul dengan masyarakat.

Etnik Tagalog mempunyai perantara yang bertugas menghubungkan mereka dengan dewa-dewi mereka sembah. Perantara ini dinamakan sebagai Katolanon. Katolanon juga mampu mengambil alih tugas Datu (ketua etnik) apabila Datu belum kembali dari kembaranya atau lantikan Datu masih lagi berlangsung.

Lelaki atau wanita boleh menjadi Katolanon asalkan mempunyai kuasa perantara namun perwatakannya harus bersifat kewanitaan kerana watak tersebut adalah sebati dengan kuasa alam dan mampu membuatkan para dewa-dewi kesenangan.

Kaum Tagalog juga percaya konsep trinity dalam neo-animisme mereka. Namun konsep trinity dewa-dewi Tagalog berubah-ubah mengikut perubahan zaman, tidak seperti konsep trinity ajaran Kristian yang berkekalan sepanjang hayat. Contoh trinity dewa-dewi adalah trio Bathala, Ulilang Kaluluwa, dan Galang Kaluluwa. Ulilang Kaluluwa kemudian dibunvh oleh Bathala, manakala Galang Kaluluwa mati kerana penyakit.

BATHALA

Dikenali sebagai Abba, dewa ini adalah dewa agung bagi segala makhluk, pencipta manusia dan bumi. Pengkaji bahasa mengemukakan nama Bathala berasal dari Hindu, bermula dari kata Sanskrit iaitu bhattara, bermaksud tuan yang mulia.

Kadang-kala dipanggil sebagai Bathalang Maykapal. Bathala menetap di Kaluwalhatian bersama para dewa-dewi lain. Tugasnya menghantar Anito (roh moyang atau roh suci) ke dunia manusia untuk membimbing mereka.

Bathala sentiasa memberikan rezeki kepada manusia yang memerlukan sehingga wujud falsafah Tagalog iaitu ‘Bahala na’ bermaksud apa yang datang pasti datang, maka biarkan saja.

Dewa ini juga mampu menghukum manusia melalui kebuluran, bencana, dan malapetaka. Apabila Bathala berada dalam tidur yang Panjang, anak lelaki dan perempuan bernama Apolaki dan Mayari ditugaskan untuk menggantikan tempatnya.Bathala mempunyai haiwan suci Tigmamanukan berupa burung, ditugaskan sebagai pengutus berita kepada umat manusia.

AMANIKABLE

Amanikable adalah dewa pemburuan yang sentiasa memberikan gelaran terhormat kepada para pengikutnya yang mempunyai keberanian dalam memburu. Mengikut lagenda, Amanikable mengambil tempat Aman Sinaya sebagai dewa laut setelah Aman Sinaya mengambil keputusan untuk tenggelamkan dirinya ke dasar laut.

Dewa ini berhasrat untuk tidak memiliki pasaangannya setelah cintanya ditolak oleh wanita pertama dunia bernama Maganda yang dipasangkan bersama lelaki pertama bernama Malakas, diciptakan dari buluh oleh Bathala.

Amanikable kemudian berdendam terhadap umat  manusia dengan menghantar rebut taufan dan cemuhan melampau supaya para nelayan mati lemas di lautan. Walaupun Amanikable disifatkan sebagai dewa laut yang kejam, namun dia mempunyai sisi baiknya, jika manusia memuji kedewaannya. Busur dan panah serta lembing adalah kuasa symbolism Amanikable.

IDIYANALE

Dikenali sebagai Idianale atau Idianali, ia adalah dewi buruh dan kebaikan. Semasa pra-koloni kaum Tagalog, Idiyanale adalah dewi penternakan dan dewa pertanian. Dia juga dikenali sebagai dewa pertukangan. Kaum Tagalog biasanya meminta panduan dewi ini untuk memudahkan kerja buruh mereka. Jika nama dewi ini tidak disebut oleh salah satu penganut, kerjanya tidak akan siap sepenuhnya dan tiada masa untuk lengkapkan kerjanya.

Idiyanale berkahwin dengan dewa Dimangan dan dikurniakan dua cahaya mata yang bernama Dumakulem dan Anitun Tabu. Sifat perlu Idiyanale diserahkan kepada Anitun Tabu manakala sifat bekerja keras diserahkan kepada Dumakulem. Simbolisme Idiyanale adalah kerbau

DIMANGAN

Dikenali sebagai Dumangan, dia adalah dewa langit dan penuaian. Kaum tagalog menyembah dewa ini bagi menjaminkan hasil penuaian mereka mendapat berkat serta kualiti padi yang baik dan berkekalan. Dalam tradisi lama, nyanyian kepada Dimangan diamalkan bagi menenangkan dew aitu apabila tanaman dituai oleh para lelaki. Lagu tuaian ini menjadi kelaziman bagi sebilangan kaum Filipina.

Dimangan berupaya meningkatkan hasil tuaian dengan hayunan tangannya. Dari mukjizat ini, Dimangan disembah bersama dewa Ikapati yang mengajarkan bidang pertanian kepada manusia. Dia menjadi suami dewi Idiyanale dan dikurniakan dua cahaya mata. Pemberian sifat Dimangan sama seperti pemberian Idiyanale namun Dumakulem memperoleh sifat membantu manusia dari Dimangan.

Dalam mitologi kaum Sambal, Dimangan mempunyai 3 orang adik lelaki yang mempunyai kuasa luar biasa. Adik pertama bernama Kalasakas yang mempunyai kuasa menyuburkan pohon padi. Adik kedua pula bernama Kalasokus yang mampu menukarkan warna benih padi dari hijau kepada kuning. Dan adik terakhir bernama Damulag, melindungi bunga padi dari kemusnahan rebut taufan.

IKAPATI

Ikapati adalah dewi tanaman, dewi paling memahami berbanding dewa-dewi di bawah Bathala. Dialah dewi yang mengajarkan manusia tentang pertanian. Selain pemberi rezeki, Ikapati juga disayangi dan dihormati oleh manusia. Ikapati dikatakan pernah mengahwini dewa Mapulon, iaitu dewa musim. Mereka dikurniakan anak perempuan bernama Anagolay yang menjadi dewi kehilangan barang. Apabila meningkat dewasa, Anagolay mengahwini dewa Dumakulem. Dari perkahwinan mereka, lahir anak bernama Apolake iaitu dewa matahari dan anak perempuan bernama Dian Masalanta yang menjadi dewa cinta.

LAKAPATI

Lakapati adalah dewi kesuburan terpenting bagi kaum Tagalog. Dia tidak sekadar menyuburkan manusia dan entity ketuhanan, dia juga menyuburkan makhluk lain seperti haiwan liar, tanaman, dan tumbuh-tumbuhan. Dewi ini selalu disembah dengan korban yang banyak berbanding dewa-dewi lain.

Gender Lakapati mengikut seluruh kaum di Filipina adalah mempunyai kedua-dua personality gender atau hermaphrodite kerana kepunyaan kedua-dua gender ini menyeimbangkan keseluruhan alam. Lakapati juga adalah dewi pertanian. Seperti Ikapati, Lakapati juga disayangi oleh manusia. Jadi, dikatakan Lakapati adalah jelmaan atau variasi lain dari Ikapati

MAPULON

Dewa musim dan suami kepada dewi Ikapati. Mapulon juga dikaitkan dengan dewa kesihatan dan perubatan. Mapulon dikenali sebagai dewa paling baik hati menurut kaum Tagalog. Dia memberikan musim yang baik dan kesihatan kekapda manusia. Apabil salah satu penyembah sakit, tumbuh-tumbuhan herba tumbuh seiring dengan kebangkitan musim baik mengikut kekuasaan Mapulon, mmeberikan penyembahnya sebuah alternatif untuk menyembuhkan pesakit.

Dalam lagenda percintaan Mapulon dan Ikapati, Mapulon jatuh hati terhadap kebaikan dan perasaan memahami Ikapati kepada penyembahnya. Namun Ikapati tidak berminat dengan Mapulon. Dalam tempoh yang lama, akhirnya Ikapati jatuh cinta kerana kesanggupan dan berusaha keras Mapulon untuk menambat cintanya. Dari kisah inilah kaum Tagalog percaya akan cinta tetap menemukan pasangan walaupun terpaksa berusaha selama bertahun-tahun.

MAYARI

Dewi bulan, pep3rangan, revolusi, dan kesamarataan. Dia juga dikaitkan dengan dewi penyembuhan dan emosi. Mayari adalah salah satu 3 orang adik beradik perempuan hasil hubungan Bathala dengan manusia bergender wanita.

Mayari adalah dewi yang amat lawa berbanding dewi lain sehinggalah salah satu matanya diambil oleh dewa Apolaki dalam peperangan. Dalam mitos, Mayari memerintah bumi pada waktu pagi. Apabila sejenis naga seperti ular tedung mahu memakan bulan, Mayari datang pertahankan bulan. Naga yang memakan bulan sebenarnya gerhana bulan yang kaum Tagalog takutkan, maka penyembahan kepada dewi Mayari adalah caranya untuk ‘mengusir’ gerhana tersebut.

TALA

Tala adalah dewi bintang, adik perempuan Mayari dan Hanan. Dikatakan cahaya bintang dari Tala mampu memimpin pelayar untuk menentukan jalan. Pernah juga Tala menggunakan lampu sfera atau orbs bagi kegunaan pelayar untuk perjalanan selamat. Kehadiran dewi bintang ini membantu orang Tagalog mengenal pasti buruj bintang dan menggelarkan dengan bahasa Tagalog.

HANAN

Dewi waktu pagi, juga adik perempuan Mayari dan Tala. Dengan hadirnya dewa dan dewi yang memerintah waktu pagi seperti Bathala, Apolaki, dan Hanan, setiap pagi ketiga-tiga dewa-dewi disembah sebagai permulaan hidup baru. Hanan amat penting bagi penyembah setiap kali mulanya permulaan baru.

Korban tuaian yang banyak dijadikan korban untuk dewi Hanan dan sembahyang semasa kelahiran bayi, akil baligh anak lelaki atau perempuan, kematian, permulaan musim penanaman, permulaan musim tuaian, dan permulaan tahun baru.

DUMAKULEM

Anak lelaki Idiyanale dan Dimangan yang menjadi penjaga gunung-ganang. Dia juga dikenali sebagai dewa langit. Tugasnya adalah membimbing pejalan kaki yang sesat di gunung namun tidak membantu sesiapa yang cuba memusnahan hutan dan memburu haiwan liar. Dikatakan Dumakulem mencipta gunung-ganang bagi melindungi orang Tagalog dari bencana rebut oleh adiknya Anitun Tabu. Maka, terjadi gempa bumi sebagai tanda kelahiran gunung oleh Dumakulem.

ANITUN TABU

Dewi angin dan hujan, Apabila hujan renjis berlaku, ia bermaksud Anitun Tabu sedang gembira. Apabila berlaku rebut, Anitun Tabu tengah marah sekarang. Maka hujan renjis menjadi petanda baik untuk memulakan majlis perkahwinan. Adik perempuan Dumakulem ini, mengikut kaum Sambal adalah dewa dengan gelaran Aniton Tauo. Mengikut mitos mereka, Aniton Tauo adalah dewa yang paling dihormati antara dewa-dewi lain.

ANAGOLAY

Anagolay adalah dewi kehilangan barang serta anak lelaki Ikapati dan Mapulon. Kaum Tagalog biasanya menyembah Anagolay dan meminta petunjuk jika berlaku sesuatu benda atau seseorang itu hilang. Dikatakan aura Anagolay meliputi seluruh alam dan sebab itulah dia tidak pernah gagal menemui apa yang penyembah carikan. Walau bagaimanapun, dia tidak menyalahgunakan kuasanya kerana mempunyai sifat keadilan yang diberi oleh ibubapanya.

Dalam percintaan Anagolay diam-diam mencintai Dumakulem. Anitun Tabu membantu Anagolay bagi jadikan Dumakulem sebagai pasangan hidup. Namun dia tolak kerana cinta paksaan bukan jawapannya. Tidak lama kemudian, Dumakulem jatuh cinta kepada Anagolay kerana kepeduliannya terhadap manusia.

APOLAKI

Dewa matahari, kebijaksanaan, strategi perang, dan ketua segala pahlawan. Dia juga dipanggil sebagai Araw yang bermaksud matahari. Apolaki adalah dewa yang menuntut keadilan apabila dia merasa benar dan apabila dia merasa salah, dia akan pastikan kesalahannya itu diperbetulkan.

Perkara ini ditunjukkan apabila berlaku perang dengan Mayari atas perebutan kuasa memerintah matahari. Apabila Apolaki merasa bersalah atas tindakannya merobek mata Mayari, dia meminta maaf kemudian bersetuju untuk memerintah bersama-sama.

Anak lelaki Anagolay dan Dumakulem ini menurut kaum Kapampangan, dia bukanlah dewa matahari. Malah Apolaki adalah dewi bulan. Dikatakan mahkluk wanita berair yang kita kenal sebagai wanita duyung menyembah Apolaki. Apabila muncul penjajah Sdepanyol, Apolaki dikatakan turun dari Kaluwalhatian dan memarahi orang Tagalog yang ‘menjemput orang asing dengan gigi putih’.

Sebenarnya teguran Apolaki berkait dengan budaya orang Tagalog yang menghitamkan gigi mereka sebagai perhiasan diri. Jika senyum dengan gigi putih, ia tindakan menjijikan dan tidak hormat. Seperti Mayari, Apolaki melawan naga pemakan matahari bernama Sawa apabila tiba masa Sawa menelan matahari. Berkemungkinan Sawa adalah gerhana mahatari yang orang Tagalog rujukkan.

DIYAN MASALANTA

Dewi cinta, kelahiran, dan pelindung pasangan kekasih. Dia adalah anak kepada Anagolay dan Dumakulem dan antara dewi termuda berbanding dewa-dewi lain. Diyan Masalanta adalah dewi yang bijak dan sanggup berperang dengan roh jahat demi melindungi keluarga penyembah dari berpecah.

Musuh tradisinya adalah Manisilat, pemusnah hubungan kekeluargaan. Bagi Diyan Masalanta, keluarga umpama jarring yang menghubungkan sesama komuniti. Maka, dia harus melindungi keluarga bagi mengembangkan kominiti orang Tagalog.

Susur-galur ‘keluarga’ Bathala dan dewa-dewi lain

Terdapat juga dewa-dewi yang menetap di Kasamaan iaitu neraka. Dewa-dewi ini adalah entity jahat yang bertentangan Bathala dan seluruh dewa-dewi yang tinggal di syurga. Kasamaan seperti bayangan neraka yang kita tahu, alam tempat abadi roh manusia yang berbuat jahat di bumi.

SITAN

Penjaga Kasamaan serta roh-roh manusia. Dikatakan Sitan berada dari tiada sebelum lahirnya kejahatan manusia. Sitan tidaklah mempunyai watak jahat seperti yang digambarkan. Dia pernah membimbing manusia ke jalan yang betul, mengelak manusia dari ancaman berbahaya. Dia tahu bahawa jika dunia tanpa manusia berlaku, dia tidak akan wujud. Sitan mempunyai 4 orang anak buah yang mampu melakukan tugas kejahatan serta membantu Sitan.

Dalam rekod 1589, Sitan dan Bathala pernah berperang untuk menentukan siapakah pemerintah seluruh dunia termasuk roh-roh moyang dan suci. Perang ini berterusan tanpa henti dan pada akhirnya, bagi mengelakkan kemusnahan alam berlaku, kedua-duanya bersetuju untuk memerintah alam yang diberi: Sitan memerintah Kasanaan, Maca (syurga roh manusia) ditadbir Sitan dan Bathala, Bathala kekal memerintah Kaluwalhatian.

Menurut kajian bahasa, Sitan berasal dari kata Saitan atau Shaitan, kata bahasa Arab yang bermaksud syaitan.  Berkemungkinan semasa berlaku kegemilangan Islam di kerajaan Tagalog, nama Sitan wujud. Maka, nama asal Sitan menurut mulut Tagalag telah lenyap.

MANGGAGAWAY

Dewi bencana dan anak buah pertama Sitan. Kadang-kala dia menjelma dalam bentuk manusia, sebagai bomoh penyembuh. Jika dia ingin membunuh seseorang, dia harus menggunakan tongkat suci yang mampu memanggil bencana. Mangganaway juga mampu memanjangkan kematian manusia berminggu-minggu sehingga berbulan lamanya dengan mengikat ular yang disi dengan ubat buatan sendiri di pinggang mangsa.

MANISILAT

Dikenali sebagai Dewi Mansisilat, anak buah kedua Sitan. Tugasnya adalah penghancurkan setiap hubungan keluarga Bahagia. Biasanya dia akan menjelma sebagai bomoh perubatan atau pengemis masuk ke rumah pasangan. Kemudian dia jampikan seluruh rumah tersebut sehingga pasangan itu gelisah sesama sendiri dan membawa kepada pergaduhan.SDia jugalah musuh tradisi Diyan Masalanta, dewi cinta.

MANGKUKULAM

Satu-satunya dewa anak buah Sitan, Mangkukulam mampu menghasilkan api pada waktu malam dan apabila berlaku cuaca teruk seperti rebut petir. Dewa api ini juga boleh menjelma sebagai bomoh perubatan dan menyalakan api terhadap rumah mangsa. Namun memadamkan api saja tidak cukup untuk hentikan api Mangkukulam. Jadi kaum Tagalog harus menyembah Anitun Tabu untuk turunkan hujan supaya hentikan api tersebut.

HUKLUBAN

Dewi perubatan, anak buah terakhir Sitan yang mampu menjelma apa saja. Dewi ini mampu membunuh atau pengsankan manusia hanya memberi salam. Dia juga mampu sembuhkan manusia hanya mengangkat tangan sesuka hatinya. Maka, penyembah yang sakit sembah Hukluban untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. Tapi Hukluban tidak inginkan korban jika penyembuhannya dibenarkan oleh Sitan. Dia juga mempelajari ilmu perubatan kepada manusia.

RUJUKAN:

Landa Jocano (1969), Outline of Philippine Mythology, Centro Escolar University Research and Development Center

Rebecca R. Ongsotto; Reena R. Ongsotto; Rowena Maria Ongsotto, The Study of Philippine History, REX Book Store, p. 58

Sofronio G. Calderon (1947), Mga alamat ng Pilipinas : (Philippine mythology traditions and legends), M. Colcol & Corporation

William Henry Scott (1994), Barangay: sixteenth-century Philippine culture and society, Ateneo de Manila University Press, p. 79


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.