Pelayaran dari neraka. Penerangan paling tepat untuk kapal persiaran Diamond Princess di mana ia menjadi tempat lebih ramai orang dijangkiti Covid-19 di luar China dengan kes sebanyak 621 kes. Tetapi bagaimana perkara seumpama ini berlaku?!

Bagi para penumpang Diamond Princess yang datang dari pelbagai negara, pelayaran sebegini dianggap satu peluang untuk bercuti dan merapatkan hubungan masing-masing.

Tetapi bala menimpa dalam bentuk seorang penumpang lelaki yang menaiki kapal berkenaan semasa mereka berlabuh di Jepun. Penumpang yang berasal dari Hong Kong ini berada di kapal selama lima hari sebelum turun di situ untuk pulang.

Tanpa diketahui mereka, penumpang tersebut sebenarnya sudah dijangkiti Covid-19. Dan berdasarkan laporan New York Times, pihak berkuasa Jepun mengambil masa selama 72 jam atau lebih tepat sehingga 1 Februari untuk mengesahkan perkara itu.

Semasa Diamond Princess berlabuh di Yokohama, Diamond Princess membawa 3,711 krew dan penumpang. Menjelang pagi 2 Februari, 10 orang disahkan positif Covid-19. Akibatnya, Kementerian Kesihatan Jepun (MOHJ) mengenakan kuarantin ke atas kapal selama 14 hari.

Namun, jika ada menjangkakan usaha kuarantin Diamond Princess ini akan berjaya, ia jauh meleset sama sekali. Ramai pakar perubatan tidak bersetuju kerana permukaan kapal yang licin memudahkan bakteria melekat dan tersebar sekaligus menjangkiti mereka satu persatu

Dan itu sebenarnya yang berlaku di Diamond Princess. Sudahlah ujian mengambil masa lama, penumpang dan krew pula tidak tahu keputusan ujian walaupun telah lama mengambil ujian pengesahan Covid-19. Ini mencetuskan situasi kekeliruan di atas kapal.

Antara cara penumpang dan kru mengira siapa yang positif ialah mengira bilangan ambulans yang dibawa ke pelabuhan. Tanpa sebarang pemberitahuan yang dibuat pihak kementerian, mereka hanya boleh meneka bilangan penumpang atau krew yang dibawa keluar.

Kekeliruan ini juga menyebabkan ramai penumpang mengeluh bukan saja akibat kekurangan makanan tetapi juga akses kepada ubat-ubatan. Misalnya pada 7 Februari, seorang wanita mengibar bendera Jepun yang mengandungi mesej berbunyi ‘Kekurangan ubat’.

Empat hari kemudian, seorang kru memberitahu media bahawa masih ada lebih 1,800 penumpang dan krew di atas kapal. Antara permintaan mereka ialah lebih banyak akses kepada bekalan ubat-ubatan.

Bagi salah seorang penumpang, Alan Steele, pengalaman kuarantin di Diamond Princess diibaratkan seperti berada di neraka dunia. Dalam temubualnya bersama akhbar The Washington Post, para penumpang dilayan seperti banduan dan penjenayah.

Berikutan itu, pengendali pelayaran iaitu Princess Cruises berjanji memastikan pengalaman semasa kuarantin ditambahbaik termasuk akses kepada akhbar dan lapan saluran televisyen untuk kegunaan penumpang. Mereka juga turut dibekalkan dengan topeng muka.

Bagi krew kapal, mereka berusaha sedaya upaya membantu usaha kuarantin termasuk menghantar makanan secara individu. Tetapi tindakan mereka makan bersama di dewas mes langsung tidak membantu usaha kuarantin dan mengekang penyebaran Covid-19.

Dan bilangan kes semakin bertambah, ramai penumpang semakin resah memikirkan prospek m4ti di atas kapal. Manakala bagi yang sihat terutama warga asing merayu agar mereka diselamatkan dari petaka ini.

Selepas dikecam berbakul-bakul oleh ramai pihak, barulah MOHJ mengubah pendirian mereka. Pada 12 Februari, penumpang berusia 80 tahun ke atas dibenarkan turun mendarat dengan syarat mereka diisytiharkan negatif Covid-19.

Tawaran ini bagaimanapun terpakai kepada penumpang-penumpang yang duduk di ruang kabin tanpa tingkap dan mempunyai masalah perubatan sedia ada.

Pada 14 Februari, 11 penumpang berumur 80 tahun ke atas dibenarkan turun. Mereka diberi sejambak bunga ros, coklat dan sebuah iPhone baru (ihsan daripada MOHJ) yang mengandungi aplikasi khas untuk sokongan perubatan.

Akhirnya selepas sebulan terperangkap di Diamond Princess, akhirnya baki penumpang dibenarkan turun pada 19 Februari. Bagi para penumpang, ia ibarat memberi nafas baru kepada mereka.

Bagi penumpang yang berasal dari Kanada, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Australia, mereka perlu menjalani tempoh kuarantin tambahan selama 14 hari. Bagi mereka, itu lebih baik dari terperangkap di atas kapal bernama neraka itu.

Pada ketika itu, terdapat 621 kes positif Covid-19 membabitkan Diamond Princess. Dan ia melebihi separuh daripada semua kes positif Covid-19 yang direkodkan di luar China. Ironinya, beberapa pegawai kesihatan Jepun turut disahkan positif Covid-19 semasa menguruskan kuarantin penumpang dan krew.

Mimpi ngeri ini bukan sekadar dialami Jepun tetapi juga negara-negara yang memindahkan warga mereka kembali ke tanah air masing-masing. Wujud laporan kes-kes sama ada penumpang yang tidak menunjukkan simptom atau ujian negatif menunjukkan tanda atau positif Covid-19 semasa dalam penerbangan pemindahan ini.

Bila isu ini menarik perhatian ramai, banyak pihak saling menuding jari dengan cubaan mengelak daripada dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku. Tetapi yang pasti Covid-19 mendedahkan ketidakcekapan organisasi sama ada kerajaan atau swasta dalam menangani 4ncaman luar jangka ini.

Untuk memastikan 4ncaman Covid-19 dapat dibendung, Princess Cruises mengumumkan akan menghentikan pelayaran semua kapal mereka selama dua bulan. Dijangkakan mereka akan kembali berlayar pada Mei ini.

Tetapi terbaru, 3,700 orang penumpang dan krew Golden Princess pula yang ketakutan selepas kapal mereka tidak dibenarkan berlabuh selepas tiga penumpang diarah kuarantin oleh doktor kapal berkenaan.

Ini berikutan salah seorang daripada penumpang positif Covid-19 manakala dua lagi menunjukkan simptom penyakit berkenaan. Kini, kita perlu tunggu dan lihat apa tindakan New Zealand dalam menghadapi isu ini.

Diharap kerajaan pimpinan Jacinda Arden ini tidak mengulangi kesilapan yang dibuat Tokyo demi keselamatan dan kebajikan penumpang, krew dan rakyat New Zealand. Ini kerana Covid-19 tidak mengenal siapa mangsanya walaupun yang berada di atas kapal persiaran mewah!

RUJUKAN:

AFP. (2020). 3,700 stranded on cruise ship off N Zealand over suspected Covid-19 case. New Straits Times. https://www.nst.com.my/world/world/2020/03/574840/3700-stranded-cruise-ship-n-zealand-over-suspected-covid-19-case

McFall-Johnsen, Morgan. (2020). How the ‘failed’ quarantine of the Diamond Princess cruise ship started with 10 coronavirus cases and ended with more than 630. Business Insider. https://www.businessinsider.my/how-diamond-princess-cruise-ship-coronavirus-quarantine-went-wrong-2020-2?r=US&IR=T


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.