Mustahil jika ada seseorang yang tidak mengenali Ronaldinho Gaúcho. Semasa zamannya, Ronaldinho merupakan antara pemain bolasepak yang paling penting dalam skuad Barcelona (2003-2008) dan AC Milan (2008-2011) terutamanya Brazil (1999-2013).

Wajah inilah yang merupakan sebahagian daripada besi kukuh yang meleburkan Jerman dalam pusingan akhir Piala Dunia 2002. Dalam satu s3r4ngan tiga penjuru yang dikenali “Tiga R”, Ronaldinho bersama Rivaldo dan Ronaldo Nazário juga membantu Brazil jadi juara dalam Copa América 1999 dibawah CONMEBOL.

Lagenda ini memilih Piala Dunia Rusia untuk menamatkan kariernya yang begitu gemilang. Beliau juga hadir semasa majlis penutupan Piala Dunia 2018 di Stadium Luzhniki. Dunia juga secara perlahan-lahan melepaskannya dengan kedatangan pemain-pemain baharu yang begitu prolifik. Mungkin satu lumrah jugalah Ronaldinho tidak berpencak dalam Piala Dunia 2018 kerana Brazil ditewaskan 1-2 pada tangan Belgium. Ronaldinho juga tiada dalam skuad yang dilumatkan Jerman 1-7 di gelanggan sendiri iaitu Estádio Mineirão, Brazil.

Masalah mula menimpa Ronaldinho pada pertengahan 2019 apabila beliau didapati tidak membayar cukai dengan lengkap. Beliau juga perlu melangsaikan denda £2.06 juta kerana membina laluan jalan kaki tepi tasik di rumah Porto Alegre (BBC, 2019). Selain daripada denda tersebut, beberapa pihak memfailkan tuntutan sebanyak £1.69 juta lagi.

Angka ini sebenarnya kecil saja untuk Ronaldinho yang dijangka memiliki aset sebanyak £80-100 juta. Jika sesiapa ingin mempromosikan produk di Instagramnya, beliau meletakkan harga £150,000 bagi setiap hantaran. Jadi senang kata, Ronaldinho tidak jatuh miskin selepas bersara.

Rumahnya juga digeledah pihak berkuasa tempatan yang menemui beberapa pasport miliknya bagi negara Brazil dan Sepanyol. Namun pasport Ronaldinho semasa beliau di Paraguay didapati palsu. Dan beliau pun terus dip3nj4r4kan bersama adiknya.

Ronaldinho sebenarnya dijemput ke Paraguay untuk menyertai klinik bolasepak serta pelancaran buku. Pihak mahkamah enggan mengeluarkan perintah berkurung dalam hotel kerana risau jika Ronaldinho akan melarikan diri kembali ke Brazil.

Ini bukan kali pertama Ronaldinho terpalit dengan masalah pasport. Semasa zaman kegemilangannya, Ronaldinho hampir menyertai menyertai Liga Scotland. Yang sepatutnya beliau memasuki Paris Saint Germain, Ronaldinho sebenarnya ditawarkan tempat dalam St Mirren dengan harga £6 juta (McGowan, 2001). Tetapi pada masa itu pun Ronaldinho berdepan dengan skandal pasport palsu yang meruntuhkan prospek perpindahan dari Gremio ke St Mirren.

Pengurus Tom Hendrie juga telah membawa masuk nama-nama besar seperti Bebeto, Jorge Cadete dan Benito Carbone yang tidak membuahkan hasil. St Mirren pula berdepan dengan penyingkiran ke liga bawahan sekaligus punca kerunsingan Hendrie.

Namun kali ini nasib tidak menyebelahi Ronaldinho. Beliau tidak tahu yang beliau sebenarnya sedang melakukan suatu jen4y4h. Asasnya beliau tidak faham pun yang dokumen keluar negara diberikan ialah palsu. Malah peguamnya sendiri mengatakan bahawa Ronaldinho memang bodoh dalam hal ini (Couzens, 2020).

Dipercayai Presiden Brazil akan bercampurtangan supaya Paraguay melepaskan Ronaldinho. Tetapi jika gagal, Ronaldinho barangkali merepvt dalam penj4r4 selama enam bulan pun. Cuma buat masa sekarang, Ronaldinho kelihatan berbahagia juga di sebalik tirai besi. Pihak pengurusan juga menganjurkan suatu peraduan bolasepak yang pemenang akan mendapat seekor anak babi 16 kilogram.

Prospeknya agak mendukacitakan juga. Dari piala emas 2002 ke anak babi, itulah nasib menimpa Ronaldinho Gaúcho.

RUJUKAN:

BBC Sports. (2019, July 30). Ronaldinho: Ex-Brazil and Barcelona star has property seized over unpaid fines. Retrieved from https://www.bbc.com/sport/football/49150695

Couzens, G. (2020, March 13). Ronaldinho pictured in jail cell as ‘stupid’ Brazil icon arrested in Paraguay for using fake passport. The Sun. Retrieved from https://www.thesun.co.uk/sport/football/11129172/ronaldinho-jail-picture-paraguay-passport-brazil-arrest/

McGowan, S. (2001, March 30). Saints fail in Ronaldinho move. Soccernet. Retrieved from https://web.archive.org/web/20070629002913/http://soccernet.espn.go.com/archive/scotland/news/2001/0330/20010330smfcsronaldinho.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.