Apabila 17 bandar di Wilayah Hubei diisytiharkan perintah berkurung, ramai masih sempat menuding jari dan mengatakan 2019-nCoV ialah bala atas tindakan China terhadap Uighur di Xinjiang.

Tetapi sekarang ini naratif secara jelas berlainan. COVID-19 telah merebak ke seluruh dunia, dengan pusat-pusat penularan baharu selain China.

Itali telah mengisytiharkan perintah berkurung, disusuli bermula 15 Mac 2020 Sepanyol (Reuters, 2020). Isteri Perdana Menteri Sepanyol pun telah disahkan positif COVID-19.

COVID-19 sudah tidak lagi menjadi bahan jenaka. Liverpool pun berkemungkinan dinafikan kejuaraan andainya Liga Perdana Inggeris dibatalkan (yang sekarang ini digantungkan).

Sementara itu kerajaan Malaysia pula sedang berhempas-pulas untuk menyelesaikan masalah ini, terutamanya Jabatan Kesihatan yang diketuai Dr. Noor Hisham Abdullah.

Masyarakat Malaysia pun dinasihatkan supaya menjauhi diri daripada orang lain dengan jarak sekurang-kurangnya satu meter (Tharanya, 2020).

Malah ada yang menggalakkan penjarakkan dua meter pun. Terdapat juga beberapa rumah ibadat seperti masjid dan gereja menghentikan segala program keramaian.

Solat Jumaat pun mula dibatalkan di Perlis, dengan Yusuf Qaradawi menggalakkan pembatalan seluruh dunia (Malaysia Kini, 2020).

Jadi andainya ingin menyendiri di rumah (walaupun tiada perintah berkurung diisytharkan), rakyat Malaysia digalakkan mengosongkan peti ais dahulu.

Semua makanan runcit cepat luput perlu dimasak supaya boleh menjimatkan pembelian. Kemudian barulah beli:

  • Beras (jelas sekali)

Cadangan ini mungkin berbunyi lucu kerana semua rakyat Malaysia makan nasi. Tetapi ia harus diwartakan juga sebab semua rakyat Malaysia makan nasi.

Itali harus dijadikan contoh bila berkaitan makanan. Mereka sebagai pengeluar makanan pasta terbesar dunia pun kekurangan pasta apabila COVID-19 melanda (Fottrell, 2020).

Beras mempunyai jangka penggunaan selama lima tahun, yang boleh dilanjutkan lagi jika disimpan dalam bekas kedap udara.

Sudah pastinya COVID-19 takkan berterusan selama itu. Tetapi tempoh sedemikian memberikan jaminan untuk kemudahan semua.

  • Makanan Sesuai Beku

Bukan daging sahaja yang boleh dibeku untuk jaminan kualiti berpanjangan. Sayur-sayuran pun mempunyai kepelbagaian yang bersesuaian dengan suhu bawah sifar. Brokoli dan kobis bunga terbukti makanan paling mesra peti ais.

Selain itu ubi, keledek, lobak dan bawang pun usah dilupakan juga. Untuk protein, ayam dan ikan sesuai disimpan dalam beg atau bekas kedap udara sebelum dibekukan.

Malah telur pun boleh dibekukan sehingga setahun (tetapi sudah pastinya tidak perlu simpan terlalu lama).

  • Makanan Dalam Tin

TESCO menawarkan sekurang-kurangnya 28 kategori makanan dalam tin yang terdiri daripada 51 jenama.

Yeo’s misalnya menjual kari ayam dengan ubi yang dikhaskan dalam tin untuk kegunaan segera dan jaminan tahan lama. Harganya juga dipromosikan TESCO iaitu RM6.59/405g.

Adabi pula menawarkan rendang/kurma ayam dan ubi pada harga mahal sedikit iaitu RM6.89/280g. Dan Campbell’s pula ialah jenama popular dengan sup cendawan yang mudah dimasak pada bila-bila masa.

Pengalaman belajar semestinya mendedahkan rakyat Malaysia dengan makanan-makanan dalam ini. Sardin masih lagi laris dalam pasaran, begitu juga dengan tuna dan sotong.

Jika terlalu terdesak, rakyat Malaysia boleh saja masak nasi untuk dimakan bersama sardin dan kacang panggang tomato.

  • Produk Selain Makanan

CDC mencadangkan pembelian makanan hanya untuk dua minggu sahaja. COVID-19 mampu ditewaskan sepertimana SARS-CoV dan MERS-CoV ditundukkan satu masa dahulu.

Jadi bersama makanan, rakyat Malaysia juga tidak boleh lupa: berus gigi, ubat gigi, syampu, pisau cukur dan pembersih tangan +60% alkohol.

Ubat-ubatan penting pun perlu ditambah kuantitinya.

Akhir sekali, ingat orang lain sama. Memborong 100 botol pembersih tangan sampai menidakkan akses kepada 99 orang lain ialah suatu tindakan bodoh. Untuk menewaskan COVID-19, kesemua 100 orang perlu ada penampan supaya virus dim4tikan secara semulajadi.

RUJUKAN:

Fottrell, A. (2020, March 14). Burdened with highest rate of coronavirus infections in Europe, Italians pull together during nationwide lockdown. Market Watch. Retrieved from https://www.marketwatch.com/story/pasta-started-flying-off-supermarket-shelves-in-milan-as-italy-imposes-nationwide-coronavirus-lockdown-italians-struggle-to-adjust-to-the-new-normal-2020-03-09

Malaysia Kini. (2020, March 15). Covid-19: Kesatuan Ulama Islam Sedunia fatwakan harus tangguh solat Jumaat. Retrieved from https://www.malaysiakini.com/news/514741

Reuters. (2020, March 15). Spain goes under lockdown to fight coronavirus as PM’s wife tests positive. The Straits Times. Retrieved from https://www.straitstimes.com/world/europe/spanish-pms-wife-has-tested-positive-for-coronavirus-pms-offfice

Tharanya, A. (2020, March 12). ‘All mass-gatherings should be postponed’. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/news/nation/2020/03/573977/all-mass-gatherings-should-be-postponed


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.