Dunia Islam sebenarnya pernah terkena pukulan wabak yang keras setanding Eropah melalui wabak bubonic. Yersinia pestis dimulakan di China dan disebarkan oleh kaum Mongol melalui Jalan Sutera. (jenis wabak yang sama saja tapi nama peristiwa berbeza)
Namun, mengapa semasa peristiwa Black D3ath menimpa dunia, umat Islam di Asia Tengah menerima kesan yang sedikit berbanding orang Kristian di Eropah yang hilang dua pertiga populasi nya?
Pertamanya, Black D3ath itu sendiri datang dari Timur, orang-orang Islam telah menghadapinya terlebih dahulu untuk jangka masa yang pendek, kemudian wabak menular ke Eropah dan berlanjutan di sana di saat umat Islam di Asia sudah pulih.
Umat Islam tidak mempunyai tradisi seperti yang diwajibkan Pope Gregory IX dengan menganggap kucing sebagai makhluk yang tidak suci, jelmaan syaitan dan harus dimusnahkan. Teori sains telah menjelaskan bahawa kutu dari tikus menyebabkan wabak Black D3ath. Anda membvnuh lebih banyak kucing – anda mendapat lebih banyak tikus.
Idea orang Barat mendakwa sumber air sebagai punca wabak Black D3ath. Mereka percaya air menembusi kulit melalui liang-liang, maka mereka sanggup tidak mandi dan tidak membersihkan diri dengan sempurna berminggu-minggu, tetapi hanya menggunakan kain lembap untuk membersihkan diri. Sebaliknya, dalam budaya Islam, diwajibkan untuk memastikan diri sentiasa bersih dalam apa jua keadaan, terutamanya ketika pergi ke masjid.
Masyarakat Eropah tidak memiliki sistem pembersihan dan pembuangan sampah yang sewajarnya. Mereka adakalanya mandi sekali setahun sahaja, tidak membasuh tangan, tidak mencuci selepas menggunakan tandas dan lagi teruk apabila najis mereka hanya dikumpulkan dalam satu bungkusan kertas dan dibuang di tengah jalan. Mereka tidak peduli tentang kebersihan dan ada di antara mereka yang percaya bahawa kotoran adalah sumber perlindungan.
Dalam Islam, anda tidak dibenarkan meludah di laluan orang berjalan, di tempat orang berteduh. Orang Islam mengamalkan Wudhu’ di mana mereka mencuci muka, tangan, tangan, rambut, janggut, telinga, hidung dan kaki, dan mereka mencukur rambut kemaluan setiap 40 hari maksima. Akhirnya, apabila wabak menimpa sesebuah negeri, mereka tidak akan sesekali masuk ke tempat itu, jika sudah berada di dalam negeri tersebut, mereka tidak akan keluar selagi tidak reda.
Orang-orang Katolik Rom di Eropah ketika berhadapan wabak Black D3ath, mereka hanya mengharapkan keajaiban, mereka menunggu penyembuhan turun dari langit, mereka dipermainkan pihak gereja yang memeras wang dan harta mereka. Sedangkan dalam ajaran mereka sendiri tidak pernah tertulis Jesus menjanjikan penyembuhan secara mukjizat.
Berbeza dengan orang Islam di mana ketika wabak Black D3ath yang datang dari Timur melanda mereka di Asia Tengah, mereka tidak mengharapkan keajaiban dari Allah SWT semata-mata tetapi mereka memanfaatkan kemajuan Islam dalam bidang intelektual dan sains, ditambah lagi dengan pengalaman mereka yang telah berkali kali menghadapi wabak dan epidemik terutamanya bangsa Turk yang pernah terkena tempiasnya di China dan India.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih